aku mahu peluk seluruh rasamu
mendakap detik sendumu;
untuk yang telah hilang
untuk yang telah musnah
untuk yang pernah diratapi
untuk rasa sunyi yang serba menghimpit
dan untuk hari-hari yang taat menyiat ragamu.
aku terlantun kepada kamu
kau ragut hati miskin ini sedikit demi sedikit
bersulam bebenang rindu kepadamu
menggumpal rasa yang semua orang ingin rasa
suka aku kepadamu
tapi
aku
tak mahu melanjutkan kemahuan ini,
tak ingin aku melabuhkan rasa ini keatasmu
kerna kita
punya jurang kasta paling dalam.
cukup untuk buat aku lemas dan mati bersama kamu
maka sesak aku mencari nafasmu.
p/s: pasta kasta telah lama aku masak untuk seseorang. cuma baru hari ini aku letak di sini kerana pasta kasta sudah pun basi tak dimakan. sila2. boleh rasa. :)
Sunday, October 25
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
apa nie...
semua org faham ker??, or aku sorang je yg tak faham...
wafi..
no need to feel sad okay?
maybe it's better for u to be like this right now,
rather than if it's happen in
the future.
lg saket kan?
sudah.
mari mula hidup baru.
=)
fatin entri ni bukan pasal tu lah. aha.
tapi aku faham kau cakap untuk apa.
terima kasih.
:)
ouh yea?
adoi.
ahah.
at least u know what i'm talking about.
aha.
hehe. aku tahu lah.
aku belum tulis lagi yang final punya tu. tunggu lah.
nanti kau copy paste je kat komen. haha.
huu.
*malu sorang.
ahaha..
Post a Comment