ada kisah seorang lelaki ini,
tidurnya sepanjang hari, cuma berlegar di ruang maya mimpi dan igau.
terlalu banyak bahana yang bermain di pemikirannya, lantas dia pejam untuk bebas dari bingar itu.
nyenyak dari taufan masalah.
tapi tidurnya bukan cuma atas alasan itu,
dia sebenarnya berlapar.
dia telah terjaga dan bangkit seketika, kala terik suria menegak di kepala.
dia mengambil bungkusan pos yang dikirim oleh seseorang yang dikenali jelata.
lalu kemudian digogoknya beberapa keping syiling untuk membeli roti.
dua bungkus roti dibelinya.
dan di setiap kunyahan itu, dia merengus rakus.
di petangnya, tatkala mentari memudarkan cahaya di muka bumi,
dia menyepak bola bersama taulannya.
sudah menjadi tradisi mereka saban hari.
yang dipanggil ramai, yang datang menyahut,
cuma empat orang.
bermainlah mereka di tanah lapang itu beserta sebiji bola yang baru diisi anginnya tengahari tadi,
sehingga dinihari.
dia teramatlah penat, sambil berlapar.
malamnya dia tidur.
mungkin penat, mungkin juga lapar.
atau mungkin mahu hindar dari segala akalan sumbang tentang perawannya yang pergi meninggalkannya.
maka berkaburlah bencana duka pabila ia lelap.
dia terjaga lagi ketikanya ada taulan sedang menggoncang pintu.
lantas ia bangkit, lalu mandi.
perutnya berkeroncong, perutnya kosong.
lalu dia menapak ke markas, mencari hiburan di malam hari.
kerana penat menggonggong perut kosong itu, dia tersadai di kerusi markas.
berkatalah ia kepada seorang sahabat yang kebetulan juga ingin berpesta di situ,
"aku laparlah. aku makan dua bungkus roti sahaja hari ini"
"kenapa kau tak makan? kau nak kuruskah?"
"bukan, aku segan. di hujung purnama ini wang kertas aku telah singkat. yang tinggal timbunan syiling yang aku simpan sebelum ini"
"habis tu kenapa tak guna saja syiling itu?"
"aku segan lagi. kerana sudah dua hari aku beli roti guna syiling di situ. mereka memandang aku runcing seperti aku ini papa kedana"
"mari sini aku belikan untuk engkau. berapa kau mahu?"
"dua, cukuplah untuk hari ini. sekejap aku ambil syiling di bilik"
sejurusnya sahabat itu mengagihkan bungkusan roti itu kepadanya, dia merakus lagi mengunyah lumat2 roti itu. jelaslah dia paling lapar.
4 comments:
=memang tak ramai yang men..haha=
sadis gila. haha.
..syian sunggoh lelaki itu
sedih doh aku baca ni
tapi ni paling best kot
seriously
Post a Comment