-

Monday, November 30

29 november 2009.







berbekal nikon d60, aku menangkap detik-detik siang tadi.

klik sini untuk lebih gambar di facebook aku.

Sunday, November 29

dulu berlalu.


berpalitlah pada luka dulu
biar tak tertaut lagi sumpah percaya lalu

kau dan aku
dua jiwa yang kini berpiatu.

Saturday, November 28

bosan.


masih mencari keriangan di kuantan.
cepat2 lah berlalu musim tengkujuh.

Friday, November 27

salam korban.



selamat hari raya aidiladha dari aku.

maaf tulus ikhlas lahir dari hati hanyir ini.

:)


Thursday, November 26

tak perlu tanya ke mana hilangnya aku.


dan bila matang dipertutur di bibir jari yang menaip
berdoalah seolah kau punya ilmu paling dalam
supaya kau lebih arif mentafsir lelaki
bersama definisi yang tak terbatas nafsi.


p/s: kadang kata aku tak tertuju kepada semua. tak juga tertuju kepada kamu. mungkin jua tertuju kepada seorang yang bukan kamu.

Wednesday, November 25

jalang.


kita pernah berhangat di bawah gebar yang sama
berintiman tika malam menyuntuk
berkongsi nikmat di balik katup alis
sehingga ke muara fajar pagi

dan bila tadi
aku menerobos masuk pintu kamarmu

kau
memana aku
memaku aku
yang melihat kau berseranjang bersama tubuh asing
tanpa menghiraukan ruh aku berlegaran di situ

kau
mematikan aku
buat kedua kalinya.

Wednesday, November 18

di sisimu, sahabat.

cinta menyongsang masuk dalam dua jasad
memanah halus tepat ke hati
berilusi bersama fantasi
bawa jauh dari segala realiti

manusia
lahirnya kerana sayang
zahirnya untuk sayang
takdirnya untuk seorang

tapi bukan untuk disongsang.


tapi bagi setiap rasa itu siapa mampu menghalang?
siapa yakin rasa itu akan hilang?
dan siapa mahu terus berjalan pulang,
sedang hari masih siang?


kehadapan sang pencinta songsang
berdoalah
satu hari kau pasti belajar untuk menghalang
satu masa rasa itu pasti hilang
dan kau akan terus pulang
bila hari belum sempat malam.

berdoalah.

Tuesday, November 17

di sela yang terkaku.

sudah lama aku tak blogging.
hampir seminggu rasanya.
cukup lama bagi aku yang dulunya setiap hari mengemaskini blog ini.

ada juga aku kadang2nya rasa seperti syok sendiri.
menaip panjang2. meleret-leret.
dengan harapan ada orang yang ramai membaca.
walhal sebenarnya tak ramai pun yang datang melawat.
inikan pula mahu membaca.
biarlah. lupakan.

bila aku berhenti seketika dari menulis di blog ini,
tak ada orang pun yang bertanya ke mana perginya aku.
tampak seperti tak ada orang kisahkan aku.
biarlah. lupakan.

sebenarnya blog ini sudah lama terbiar bukan atas sebab rajuk aku (tak wujud pun sebenarnya),
tapi aku sibuk dengan sesuatu yang lebih penting.

nak tahu apa?




sebetulnya aku sibuk mengemaskini kehidupan aku.


tunggulah.

:)

Monday, November 9

bintang di pucuk langit.

andai aku mahu gapai bintang di pucuk langit,
ada antara kalian mahu mendukung tinggi aku ke sana?

Saturday, November 7

untuk cinta yang tertinggal di shanghai.

simfoni lalu masih bergemersik dalam jiwa
angin itu
debu itu
dan salju itu

masih berdingin di sampingku;

ketika pesta lalu
di keramaian yang bertempiaran keliling aku
kelibat mayamu muncul
di celahan himpunan jasad picisan
kau seolah-olah 'hidup' di situ
bernyawa
di kota raya yang biasanya bingit
jadi sunyi berkedap di cupingku
gelumang manusia lumpuh
perlahan kemudiannya kaget
angin berhenti mengorak
awan tak lagi berarak
hanya kau dan aku
terus bernafas
bersatu

untuk rasa cinta yang aku tinggalkan di shanghai,
damailah engkau di situ
bersepilah segala tempik hati lalu
bernyamanlah amarah jiwa dulu
amanlah dalam kalbu


aku
tak punya lagi awan
tak punya lagi bintang
tak punya lagi bulan
tak punya lagi salju


cuma yang tinggal,
rindu.

Thursday, November 5

20000.

semasa aku datang melawat,

kemudian aku refresh,

kalian,
sila datang lagi.
terima kasih.
:)

Wednesday, November 4

muhasarawak.

kalau2 esok kita tak mampu lagi menghirup udara,
kalau2 esok angin monsun sangkakala bertiup dari langit,
kalau2 esok kita kaku, dengan mungkar yang berat di buku.

kalau2 itu,
gimana?

Tuesday, November 3

promo.



republikhearttee.blogspot.com

24 helai lagi untuk kalian beli.
aku nak makan.
perut kosong.
tolong.

(bohong.)


:)


sila baca blog faizal sidek, dan komen. beliau sangat berduka cita kerana tak ada orang komen di blog beliau.

Monday, November 2

hujan.

seperti sang hujan yang lebat meriuh
seperti titis2 kuncunya terewang jauh

sepertinya juga raga aku merebah jatuh

rapuh.

Sunday, November 1

konserto malam itu.

di masih keramaian puak anti-mongos
bermelodi denting piano menyeru bintang rebah
dengan degup drum yang bernyawa pada setiap pukulan
berserta desingan gitar pop membelah siuman malam itu
lalunya vokalis ulung memukau sekalian iblis menunjuk langit
segala umat beraksi separa meta
khayal di setiap kinja
mabuk di setiap hambur
ekstasi di setiap laungan intonasi
maka seluruh ruh berlinyap
tertiup angin neraka
lesap.

dan di sedang kerenyaian itu
aku bukan lagi aku.

dari mana mereka datang?