-

Wednesday, December 30

mengejar pelangi.

aku berlari
mengejar pelangi
di hamparan suci
berbaur sepi

aku menari
dan terus bernyanyi
lagu puisi
rintihan hati

aku mencari
sang bidadari
tak kutemui
aku melankoli

oh pelangi
bawakan aku fantasi
warnai aku dengan ilusi
jiwa aku berimbun nafsi
kini kau tiada lagi melodi
berlagu di jajahan sunyi

aku sendiri.

Monday, December 28

terbang bersama.

kau bukan bidadari
kau bukan malaikat
kau bukan dewa-dewi,

tapi kau terbang tanpa kepak
tanpa sayap
sayup

kau bikin aku yakin
aku juga adalah angin
yang bisa terbang
melayang-layang
terawang-awang

mari sayang
kita terbang.

Wednesday, December 23

trauma kata.

kaget semasa.
seksa.

tuhan,
fasihkan aku untuk melafazkan kata itu
yang selalu kaku terkelu
yang kerap mengedu sendu

moga2 di hadapan hari nanti
aku dapat menyusuri langkah
mengorak acara pertama

bagi memenangi hatinya
berkat perkenan daripada-Mu.

Monday, December 21

pocong pondan.

sampai kapankah kau mau berkapan?

maka menjelmalah!

sebab aku tahu itu engkau
yang sebenar-benarnya engkau.

Saturday, December 19

sang pengembala hati.

memoir berbaur dalam kacuhan kopi susu semalam
statik aku merenung cawan nostalgik itu.

dia,
masih menaut aku

erat.

nyawa paling munasabah.

andai bisa kucecah langit dengan telunjuk
dan kejora bisa tergenggam dalam telapak kecil ini

nyata kau bukan lagi mustahil bagi aku

untuk aku cecah hatimu
untuk aku genggam ragamu
untuk menidak segala yang ternafikan sebelum ini

kerna engkau
nyawa paling munasabah bagiku.

Friday, December 18

tahun baru emas.

salam awal muharram.

tahniah kepada skuad bolasepak negara.
berbaloi aku tercongok di hakim tadi.
puas!

dan di sini aku minta apologi dari kalian,
jika sepanjang 12 purnama kita yang lepas,
aku ada mencarik hati dan perasaan kalian.

selamat berazam baru!

:)

Thursday, December 17

multi-level marketing.

soalan mereka selalu tanya:


1. duit ptptn dah masuk?
2. parents kau kerja apa?
3. berapa adik beradik?
4. apa impian kau?
5. kau tak teringin nak ada kereta besar, atau rumah besar?
6. kau taknak balas jasa parents kau awal2 lagi?
7. hidup kau senang tak?


dan banyak lagi soalan yang boleh buat kita rasa nak sepak mereka.




tapi bila kita cakap;


kita: aku tak berminat.
mereka: macam ni la orang melayu, bukan nak maju. bila lagi kita nak berubah.

kita: aku tak cukup duit la.
mereka: berapa kau tak cukup? biar aku tolong tambah sikit.

kita: kau cakap duit ni rolling cepat kan, apa kata kau pinjamkan ke aku.
mereka: kalau nak berjaya, kena ada sedikit pengorbanan. aku bukan taknak tolong tapi nak bagi kau merasa titik peluh sendiri. kalau kau buat macam ni, nanti budak2 bawah kau buat juga macam ni.

kita: benda ni halal ke?
mereka: kalau nak cakap pasal halal haram, baju yang kau tengah pakai ni kau yakin tak yang dia betul2 halal?

kita: aku fikir dulu la nanti. bukan senang nak melabur banyak2.
mereka: kalau aku, aku join je terus. peluang macam ni tak boleh lepas. nanti kau dah tengok orang tu kaya lebih cepat dari kau. tak rugi ke?

kita: apa yang kau dah dapat daripada ni?
mereka: tengok aku punya payment slip ni. aku dah pakai kereta besar. tiap2 bulan aku bagi duit kat family aku. *muka riak*

kita: aku tak percaya benda ni.
mereka: ni haa. tengok katalog ni. mereka ni dah berjaya disebabkan benda ni. *sambil telunjuk ditonyoh atas muka pioner syarikat mereka*

kita: aku dah hidup senang. mak bapak aku orang kaya.
mereka: sampai bila kau nak menghabiskan duit parents kau? usaha sendiri lagi nikmat beb!

kita: aku tak ada masa la nak buat benda2 macam ni.
mereka: kau jangan risau. kau join je. biar kami yang jual air liur kami. kau cari orang je.

kita: aku tak sanggup nak hilang kawan.
mereka: kau jangan risau. kawan2 yang macam tu tak berguna pun. mentaliti mundur. bila kau join benda ni, kau akan dapat ramai lagi kawan.

dan banyak lagi yang mereka dalihkan.






eh aku malas nak cakap banyak lagi lah.
penat. bosan.


aku ada baca artikel menarik di satu web ni.
bacalah. seronok :)


kalau kau kawan aku, tolong jangan ajak aku buat benda2 ni ok.
sebab aku tak sanggup untuk lempang kawan aku sendiri.

dan aku pernah hilang kawan disebabkan benda ini.
disebabkan sifat kegilaan terhadap harta benda.

bodoh.

Tuesday, December 15

buat teman di kuantan.


bertemu kita dengan indah
bersama kita dengan bahagia
berpisah kita dengan damai

walau apapun mendatang,
kita kawan sampai mati.

sampai aku mampus.

Saturday, December 12

suka-suka.


kau bilang bila kita tengok bulan yang sama,
rindu akan hilang
lenyap terlesap

namun bila aku lihat muka bulan
aku membayang kawahnya
mirip wajahmu
persis bintik pipimu
seakan jua parut chicken-pox kau 5 tahun lalu

gimana aku bisa luluhkan rindu
sedang wajahmu mengundang sendu
lalu dibawanya aku ke lembah syahdu

gimana gitu?

Wednesday, December 9

pertama kali.


tatih kali pertama
cakap kali pertama
belajar kali pertama
cinta kali pertama
gagal kali pertama
tangis kali pertama
sakit kali pertama
sembuh kali pertama

berjuta lagi detik kali pertama yang kita akan ketemu
tak kira manis atau pahit
memoir itu akan terlenyap
bagai pasiran yang tertiup
di tepian laguna kenangan
bersama angin yang menghembus

janganlah kecewa
jika kali pertamamu
tak cukup memuaskan nafsimu
kerana manusia itu diberi banyak peluang

dan demi itu
kita terus hidup.

Tuesday, December 8

antara sebab saya tidur pukul 4 pagi semalam.


:)

hari ini cerah.


aku belajar bergitar siang tadi.
elly yang tolong ajarkan. rasa seperti melecet di hujung jemari kiri.
sakit.
di petangnya pula aku bermain bola di padang.
sempat juga berkenal dengan dua sahabat baru.
akram dan afif, dua2 student uia.
tak sangka akram ni ex-schoolmate wan mohd azlan shah ketika sekolah rendah.
dunia punyalah besar, tapi masih berkenalan dalam lingkup dimensi yang serupa.
esok mereka ajak aku main lagi.

rasa sangat mengujakan hari ini.
dah mula ketemu sama keseronokan yang bisa menampal lopak bosan dek hujan yang selalu jatuh sebelum ini.

:)

Monday, December 7

senteng.


bumi dah mula menyenteng
dan segala apa yang kau nampak
juga bersandar pada alam yang kau ilusikan
bersama salah aku lalu
bersama sampah aku dulu

aku
kau siniskan dengan pandangan
berdarjah paling serong
berpaksi segala omong
bual aku bagimu kosong

beri aku peluang
bila mana kau telah terstabil
berpijak pada emosi
tanpa amarah di sisi.

Saturday, December 5

ingin jua aku pekik.


perempuan
fasihkan aku 'tuk berdeklamasi
mana satu bunyinya pelik
dan mana satu bunyinya jelik

kaulah paling arif dalam memberi definisi suara hidupmu

maka aku masih tolol mendeskripsi bahasa nalurimu.

Thursday, December 3

asterik bulemik.


kau boleh andaikan aku cuma gimik,
bila mana aku lebur di dunia kosmik.

aku, izzat, elly dan fatin di bumbung kuantan.






kalau nak tengok lagi, sila klik di sini.


p/s: sampai saat ini aku tergelak bila tengok gambar nur kasih tu. :D

Tuesday, December 1

pastel pelangi.


tujuh warna pelangi tak semestinya terbit setelah hujan.

tapi kamu boleh lakarnya di dinding jiwa.
dan warnainya sendiri dengan warna2 pastel imagimu sendiri.

biarpun palsu,
bagi aku sudah memadai tuk menampal lopak2 gelisah dek terpaan riuh hujan itu.

bergembiralah!

:)

kunolistik.


dikatanya aku kuno untuk bertanya soalan lapuk.
tapi bila aku berlawak (walau tak jadi) mengatakan dia kuno sebab tak ada blog,
dia terus bertukar mood sombong.
reply sekadar cukup syarat.
satu patah demi satu patah.
bila ditanya kenapa dia jawab tak ada apa2.
dia ingat aku ini apa?
kepala hotak lu tak ada apa2.

banyak orang add aku di facebook, tapi gelintir sahaja yang menegur.
eh aku bukan desperate untuk kenal kau, aku cuma mahu cari kenalan baru.
kenalan yang betul2 boleh buat kawan.
aku cuba untuk menegur orang yang tidak aku kenal di facebook,
biarpun mereka yang mula add aku.
tapi bila ditanya kenapa add aku, mereka jawab, sengaja.
suka2.
dunia kuno mana aku hidup sekarang ni?
palat!

masa cuti ni aku ada azam untuk cari beberapa kenalan baru.
cuba tegur mana2 orang di facebook.
tapi tak ramai yang mahu beri respon.
mungkin mereka sibuk.
tapi ada juga sebilangan yg sangka aku ini lelaki tipikal laman sosial.
lantas sesal tersusul setelah itu.
haha.
lantak kau lah pelancau.

oh ok. siapa2 yang tegur aku, tapi aku tak respon, aku minta maaf.
aku mungkin agak celaru dan sibuk dengan hidup kebelakangan ini.
tapi aku sedia untuk tambah kenalan baru.
bila2 masa, tegur sahaja aku.

dan,
kepada followers yang aku tak berapa kenal,
kalau boleh cari lah ruang supaya kita boleh jadi lebih rapat.
bersahabat.
aku ini bukan manusia yang tinggi hidungnya.
jadi jangan lah risau.
sama2 kita berkongsi rasa di sini.
okay!


p/s: kalau lelaki tu aku kurang sikit nak bertegur. tapi jangan dianggap aku ini kaki betina, mungkin ada pengalaman yang kurang senang dengan lelaki ini buat aku berhati-hati untuk menyapa. faham2 lah kalian ok. ;)

dari mana mereka datang?