-

Monday, August 22

merangkak alam


gimana mau ditutur kata nasihat jika anak itu masih cetek ilmu hidup
air liur takkan memakna apa baginya

maka biarkan saja dia merangkak alam
mengaji satu persatu khilaf naifnya

kerana untuk setiap satu jatuhnya
dia akan bangkit bangun dengan sendiri.

Friday, August 19

lelangit kita


temunya kita di kota angkasa
bertingkat langit, bersuluh mentari;

bintang-bintang menyatu membentuk galaksi persahabatan
ria saja senyumnya, dan tawanya kita
sukar bagi aku untuk ditutur gimana sukanya
mampu difikir di imagi kita cuma

apalagi bila kita semua sudah senada berjiwa.

walau sejuta tahun pun kita bernafas,
takkan sekali renggang orbit yang kita tautkan kini.

takkan sekali.


Thursday, August 18

tunggu waktu


ketemukan aku bidadari bumi
yang dari langit turun mencemar duli
kerana dalam rutin riuhku masih bersela sunyi
masih terlintas ruang kosong walau gembira erat di sisi
durjanya malamku berkasih sepi
berteman cengkerik bingit bernyanyi
musisi paling setia waktu begini

satu, dua, tiga--

aku lelapkan mata pekakkan telinga
bersama derauan nafas dan degup jantung
aku berimagi wajahmu di hadapku
menunggu saat kau dakap aku

oh aku tunggu saja waktu itu.

Friday, August 12

pencacai


boneka si busuk hati
gembira saja dia dibela sang durjana

dia persis saja sang tuannya
cumanya, dia ini paku, dan tuannya penukul

tahi tuan dia cuci, tahi sendiri bertaburan di mana2.

semua orang terperasankan
dia cuma membutakan
selaginya dia peroleh nama
apa saja ditelunjuk, disempurnakannya.

dialah hamba hasad paling sempurna.

Wednesday, August 10

mujahidin


pergi mampus dengan hajjah whatsoever.

usah kita berdebat sembarangan kalau ilmu belum cukup.
bawa senjata tak ada peluru, bahaya tau.

marah2 juga, jangan sampai maruah kita diperlekeh dengan mudah.
bukan suruh peluk tubuh, cuma minta fikir dalam2 sebelum melontar hujah.

maka selamat berjuang, mujahidin kalian.

Sunday, August 7

tips bazaar ramadhan

"barangsiapa yang pernah pergi ke bazaar ramadhan,
maka di hatinya akan selalu melafaz kesumat benci,
sedang poketnya kosong berlohong,
dengan perutnya yang masih berkeroncong."

sedikit hiperbola. kan.


okay sahabat2 semua, sini gua nak kongsi tips cara untuk lu semua boleh menikmati hidangan berbuka tanpa perlu berbelanja besar.

tips paling mudah, makan saja kurma, minum air masak.

tapi lu mesti mau pergi itu bazaar kan? ha, sini gua kasitau lu, gimana cara untuk lu dapatkan makanan dalam kuantiti yang banyak, dengan harga yang berbaloi. (kualiti belakang cerita)

1. jangan pergi terlalu awal.
"macam ni lah dik, lepas pukul 7 memang kita kasi murah. nak kasi habis semua makanan kita." diujarnya seorang peniaga kepada gua, yang ketika itu baru terkedek-kedek mencari hidangan berbuka di bazaar.

2. pemakaian bersahaja.
tak perlu terlalu bergaya ke bazaar. cukup sekadar apa yang boleh sarung. elakkan daripada menonjolkan imej 'orang kaya' lu dekat situ. gua pun menyampah tengok. elok juga kalau lu pakai baju melayu/kurung.

3. kesantunan adalah dituntut.
ini aspek paling penting gua cakap sama lu. cakap elok2. lu bagi salam, dia jawab salam. lu tanya harga, dia kasitau harga. lu minta murah, mungkin dia boleh kasi dua kali punya murah. kasi turun dulu lu punya marah kalau lu tengok harga dia tak masuk akal, okay?

4. senyum sokmo.
tarik otot pipi, kasi lirik panjang sikit lu punya bibir2 biar cembung ke bawah. kasi sejuk sikit mata tauke2 dekat situ. muka lu buruk ka, cantik ka, apa ada hal? senyum sajalah.

5. jangan terlalu berharap.
kadang2, hidup memang tak seperti kita jangka. kalau tauke tu takmau kasi lu harga murah, lu jangan marah2 tauke tu. lu beli, atau lu pindah cari gerai lain. mungkin anak dia mau itu robot transformers, sebab itu dia masih mau jual harga sama, tak mau kasi turun. kita mana tahu kan.


tips ni gua bagi untuk lu'olls yang rasa harga2 di bazaar tu keterlaluan mahalnya.
kalau lu rasa lu kaya dan banyak duit, apa salahnya lu beli saja dengan harga runcit biasa.
tolong2 lah sikit tauke2 di situ, kan.

bersamalah kita meningkatkan ekonomi kaum sejagat.

kurma jangan lupa.

Thursday, August 4

proses matang

maka jangan ditertawa anak2 muda yang terkhilaf--
kata, cara, pemikiran.

semuanya kita ada proses matang masing2.

usah dituding itu ini salah
budak itu kelak besar akan faham apa yang benar;
apa yang semua kita terima pakai untuk hidup
apa yang agama luluskan untuk udara yang kita hirup

lagi banyak kita salah, lagi banyak kita tambah-baik.

kita ambil masa dan perbaiki mana yang boleh. jom?

Monday, August 1

pesan

di bulan puasa
ramai yang berkejar untuk berbuka
siap berlumba lari untuk sampai dulu ke hidangan berbuka

aku tak perlu sentuh tentang apa yang kau beli-bazirkan
kau faham2 sendiri yang itu

apa yang aku nak pesan;
berbuka itu ibadat-- tapi usahlah dialaskan pada nafsi, sampai perlu menidakkan hak yang lain bagi 'menyempurnakan' ibadat kau tu.

solat pun ibadat juga, pasti, kau juga cepat2 berkejar untuk dapatkan saf pertama kan? (ini perli)

cakap sajalah engkau lapar dan kau perlu makan cepat. kan lebih mudah.
semua faham.

dari mana mereka datang?