-

Friday, December 26

Malam Ini

Malam ini panjang dan malas. Berat sekali aku mau mengangkat tubuh untuk menurut hajat mau ke mana-mana.

Malam yang tak habis-habis, berlalulah dengan pantas.

Tuesday, November 18

Hujan

Hujan begini melemahkan aku, yang tak pantas tuk menyeka titis-titis rindu padamu.

Wednesday, October 29

Hari Jadi Dua Puluh Satu

Walau dua puluh satu, dan membezakan kita empat, kau tetap serupa saja tampilnya seperti aku.

Dengan santun cakapmu, dengan klausa tak berbanding, dan dengan senyum paling manis.

Moga terus saja dikurnia anugerah, aku takkan berhenti memandangmu.

Sunday, October 19

Hai

Hai. Seru dan sualah. Lama tak ketemu. Diam-diam, lama-lama jadi rindu.

Monday, September 29

Yang Tak Tertemukan

Menemu yang tak tertemukan, cuma dalam mimpi; kerana dalam nyata, kita layaknya hanya menyusur di jalan buntu lengang bersama bidadari pincang.

Friday, September 5

Perfect Imperfection

Manusia yang menemukan salah dalam terang benar, dan menemukan benar dalam terang salah, adalah manusia yang melihat.

Manusia yang tahu di setiap terang benar ada salah, dan di setiap terang salah ada benar, adalah manusia yang waras.

Perfect imperfection.

Wednesday, September 3

Break Up Lines

Break up lines are just formality. The truths between the lines are more evil, and will hurt you the most.

Yes, the ugly truth.

Monday, September 1

Yang Menyata Entah

Bila diacu berjuta soalan, dia cuma menyata entah. Mulutnya sarat, hatinya berat, asanya penat.

Tak tahu berapa lama lagi dia perlu mengharung. Moga-moga berpenghujung.

Wednesday, August 27

Sesuatu Yang Kekal

Kita takkan boleh padam yang satu ini - yang paling degil dan kental - memori terdalam yang paling ingin dihapuskan.

Sejauh mana pun kita berlari, pasti akan menemukan jua garis mula kita berlari di awalnya.

Thursday, August 21

Ekspres Cinta

Ya lah. Sepertinya bas ekspres, cinta juga pantas datang, pantas pergi.

Kali ini ia datang lagi, dengan pemandu yang lunatik. Aku terbang melayang, dan terjelepuk di atas tanah.

Tiada siapa peduli. Padan muka.

Saturday, August 9

Mahu Juga

Seronok bila tengok sahabat-sahabat bernikah. Rasa seperti mahu juga. Mahu juga bahagia.

Ya, sekarang juga bahagia. Tapi mahu juga ada teman berkongsinya bahagia.

Hihu.

Monday, August 4

Randum.

Selalunya dalam hidup pasti ada seorang sahabat ini yang betul-betul ambil berat tentang diri kita, tanpa ada rasa ingin berbalas.

Sahabat ini juga selalunya jarang muncul dalam fikiran kita setiap kali kita gembira, dan kadang muncul bila kita sedih.

Semoga Tuhan merahmati sahabat kita yang ini.

Thursday, July 31

Raya 2014


Terkilan juga ramai sahabat yang tak dapat bersama untuk bergambar di tangga ini. Selamat hari raya semua!

Sunday, July 20

Di Satu Masa

Ada waktu ini, bisa kita berhadapan dengan buah fikiran yang paling dalam. Yang buat kita fikir berbatu jauhnya, sampai otak sudah sendat dan padat, tak mampu untuk memprosesnya lagi.

Waktu ini, kita temu siapa diri kita.

Saturday, July 12

Zionis.

Aku tak faham bagaimana Zionis akalnya terlalu mudah dikawal nafsu, sehinggakan lenyap terus perimanusia.

Monday, July 7

Percaya.

Antara benda yang paling payah untuk kita buat adalah untuk percaya pada kebolehan diri sendiri, bahawa kita boleh buat lebih daripada apa yang kita biasa buat.

Seperti aku, aku pun tidak percaya yang aku sebenarnya mampu mencapai impian gila aku sendiri.

Moga-moga aku bisa melangkau. Amin.

Thursday, July 3

Royan.

Aku tak pasti sama ada peluru yang dituju itu untuk aku atau bukan. Tujahnya melorong secara berpusar, titik tujunya tidak dapat dipastikan.

Andai yang dituju itu aku, maaflah, tiada terkena secebis pun pada dagingku.

Andai yang dituju itu pada subjek lain, baguslah. Tahniah, mungkin mengena.

Ya, tahniah. Seikhlas hati.

Wednesday, July 2

Dah Julai.

Sudah berapa juta pejam celik, aku tak kira.

Seingat aku, baru sahaja berapa hari aku tinggalkan meja di tempat kerja lama aku. Dah Julai rupanya.

Tapi bila direnung semula, adalah juga pengisian sepanjang aku 'bercuti' ini. Tunggulah masa, aku akan kembali 'berkerja'.

Friday, June 20

Filem Memoir.

Aku sedang sibuk memfilem memori di cakera otak. Kelak bila aku sudah betul-betul tua, akan ku putar semula bila rasa rindu yang terlalu ingin.

Harapnya waktu itu filem aku masih belum lapuk dan kaput.

Friday, June 13

Lari.

Bila ujian terlalu membeban, dan semangat terlalu berat untuk berjuang meneruskan hidup, kita perlu lari seketika dari realiti.

Lari tak bermaksud kita mengalah. Cumanya kita berundur mengambil lajak, dan akan melonjak lebih tinggi apabila tenaga sudah cukup.

Larilah ke mana sahaja. Asal kita rasa kita sudah cukup jauh untuk tidak berfikir apa-apa.

Aku sudah cukup berlari ke belakang. Kini tiba masa aku melonjak ke hadapan pula.

Monday, June 9

Ujian Tuhan.

Dugaan Tuhan takkan terhabiskan selagi kita masih bernafas dengan udara-Nya. Tabahkan hati dan kuatkan diri.

Watlek watpis bak kata Caprice.

Waklu bak kata aku.

Saturday, June 7

Lepas Bebas.

Seronok juga rasa bila sudah tidak terikat pada majikan. Tiada terikat dalam perhubungan. Tiada komitmen, tiada apa-apa.

Rindu? Haruslah.

Hidup mesti diteruskan. Menoleh sekali dua tak apa. Jangan sampai melekat rapat lagi memori lampau dalam kepala. Susah-susah pun tetap kena lepaskan.

Masa mengubah segala, perlahan-lahan.

Bersabarlah jasad. Bersabarlah akal.

Thursday, June 5

Haluan.

Jalan-jalan yang kita pilih, takkan semuanya membawa kita pada matlamat asalnya.

Kita pun takkan tahu betapa besar dunia ini, sehinggakan ada waktunya kita kembali semula pada pangkal kita mula mengembara.

Mana-manapun haluan yang kita pilih, pasti akan ada ilmu dan iktibarnya.

Wednesday, June 4

Hello.

Menemukan para pengikut belog ini, salam sejahtera aku ucapkan. Kini aku kembali, secara berkala, sekali-sekala, InsyaAllah.

Terlalu banyak yang telah berubah, persis saja putaran waktu yang sentiasa berpusing menurut takdir.

Lain kali cerita lagi. Selamat kembali, Adi Wafi!

dari mana mereka datang?