-

Saturday, May 30

malas.



malas mahu update blog.
malas mahu mencarut.
malas mahu menaip.
malas mahu upload gambar.


p/s: entri sebelum ini diolah oleh fadh. maaf fadh aku dah delete.
oh aku baru pulang dari dinner di petaling jaya.


Sunday, May 24

gerombolan sepahan.




hoi.
aku sakit perut.
beralun irama sumbang sang perut.
krukk krukk krukk~
eh eh, kristin kreuk comel kut.
=)
ohh.
kejar kembali topik yang berlari itu.
perut aku sakit malam ini.
bahana teguk susu dinihari tadi kut.
tapi susu strawberi itu enak lah.
satu liter aku habiskan terus.
haihh.



p/s: aku lebih suka bercangkung, biarpun di mangkuk jamban duduk.
kagetkah? haha. tekalah kenapa aku suka begitu. nanti aku akan katakan ya atau sebaliknya.


Friday, May 22

putus.



putus.
sambung kembali.
ikatannya dah berbeda.
istimewanya, cuma bila perlu.
kental mulanya.
gagal akhirnya.
tak sengaja diduakan.
sengaja disatukan.
tak masuk akal.
hakikat, itulah.
hati remuk.
raut tak nampak.
sembunyi khabarnya.
kaburi situasi.
lari realiti.
bermenung, bermangu.
senyap saja.
embun mata mengalir.
senyap saja.
hingus keluar.
senyap saja.
bila hati mati.
senyap sunyi.

dilemma dalam koma.
sekali lagi. sepi.


p/s: kerdilnya hati ini.


Tuesday, May 19

ben & boo.





lemboo tiru kambeng.
kau study molek-molek mboo!
selamat maju jaya dari aku. =)

Monday, May 18

nasi itik.




hati.
mahu kembali tak?


sesalan itu tusuk jantung aku.
sakit.
kau tak tahu rasa ini bagaimana.
sebab perisai egoku sangat tebal.
cuma kadangkala aku tinggalkannya di lantai.
cuma kadang-kadang.

putuskan urat aku.
patahkan belakang aku.
pecahkan tengkorak aku.
himpitlah aku.
hancurkan aku.
lemaskan aku.
ATAU.
kembalikan hati aku?


hati.
mahu kembali tak?



Sunday, May 17

pulang.



aku sudah pulang.
kembali ke dunia asal aku.
menjalani jadual hidup yang normal.
tidur mesti lebih 12 jam sehari.
online 24 jam tanpa henti.
makan hanya bila rajin menyelubungi.
itulah makna 'pulang' bagi aku.

aku singkatkan sahaja pengalaman aku di kem btn.
hari pertama, tiba di kem kuala lipis pada pukul 2.30 petang.
kawasan yang terpencil, indah, dan baharu.
sekitarannya memang wujud suasana kem.
tapi apabila malam, keadaan berubah.
kawasan keliling tampak seram.
gelap, malap, suram.
dari cerita nenek atas loker, hingga kisah mayat cari kepala,
semuanya melintas kilat menyeberangi arus minda aku.
membuatkan bulu roma berdiri spontan, tanpa kawalan otak.
ya. aku agak penakut. tapi hati aku kering.

berakit 5 jam di sungai jelai, memang menguji mental dan fizikal aku.
jeram dan selekoh memaksa kami mengayuh laju.
arusnya sangat deras.
uhh. aku rasa aku dah kena distrofi otot sama seperti allahyarham mokhtar dahari hidap dahulu.
biceps dan triceps longgar.
tisu-tisunya juga seperti terlerai satu-satu.
lelah dan lemah.

aku malas sebenarnya mahu menulis.
jadi sampai sini sahaja penceritaan pengalaman aku.
kalian akan bosan jika aku teruskan lagi.
aku mahu berehat.
selamat malam kalian.



Tuesday, May 12

lari.




kesibukan shah alam bukan alasan untuk aku lari ke kuala lipis.
jasad aku wajib muncul di sana.
hati aku tak bergerak ke mana.
masih di egypt. disimpan elok oleh beliau.
bermula 12 may, akhirnya 16 may.
ya, kursus biro tatanegara yg aku malas mahu pergi.
pukul 8 pagi nanti aku bergerak ke sana.

jadi, aku tak dapat online untuk masa yang lama.
kalian jangan rindu aku.
(biarpun aku tahu kalian tak kesah)
nanti bila aku sudah pulang, aku akan ceritakan pengalaman aku di sana ya.
harap-haraplah seronok aku di situ.
doakan aku selamat di sana.

lembu, aku sayang kau.
aku akan rindu engkau.
nanti aku balik aku mahu peluk engkau.
eh, mungkin cuma peluk gambar kau.
sebab kau jauh dari aku.
tapi di hati, kau sangat dekat sayang.
ingat sayang, aku kau yang punya.
usah ada curiga pada aku.




Saturday, May 9

Friday, May 8

mula belajar.



aku mahu study.
paper financial management hari ahad ini.
penutup zaman diploma aku.
semoga aku cukup genius pada hari itu. :)


wish me luck!


Thursday, May 7

percaya.




mungkin latar kita berbeda.
dan jika wujud satu persilangan akal antara kita.
aku yakin kita dapat mengatasinya,
jika kita ada percaya.

taufan dugaan cuma datang seketika.
satu yang aku pinta,
janganlah kita mengalah dulu sayang.



Tuesday, May 5

separuh aku di egypt.



aku seperti seekor burung.
terbang melayang merewang-rewang.
mahu terbang setinggi mungkin.
tak menoleh ke bumi.
kalau toleh pun mungkin tak nampak apa.
mata tumpul aku tak dapat tembus sekawan awan.
ya lah, sudah melangit aku terbang.
bahagia.

uhh.
ingin aku ke egypt sekarang juga.
berjumpa separuh aku di sana.
dah lama kami tak bersemuka.

kalaulah aku ada sayap.



*senyum dari semalam*



Sunday, May 3

gila.




ilynfi.




itu langit yang nenek fifi idamkan. ;)
mahu ke situ?



Saturday, May 2

awek roti canai.



aku sanggup beli burger ayam sekalipun aku laparkan nasi.
aku sanggup paksa shabab beli cendol walaupun dia tak mahu.
dan aku mahu turun semula ke level 1 untuk membeli 4 ketul jejari ayam tatkala perut sudah penuh makanan.
kerna aku terlalu suka melihatmu, ohh awek roti canai.



Friday, May 1

bukan selalu.


aku cuma mahu berchatting.
tapi dia suruh aku edit gambar.
nasib baik aku baik.
haha. perasan!

aku tahu kalian bosan tengok blog aku.
ya lah, bukan ada gambar sangat.
nah, aku letak satu gambar yang aku edit tadi.
eh eh, di bawah ni adalah gambar asal.
tak banyak aku edit.
cuma tambah perkataan yang berulang.
ala, macam guna microsoft word.
=)


dari mana mereka datang?