-

Thursday, December 30

hati ini


hati ini layang-layang
diterbang tinggi
terlepas pergi

hati ini musik sepi
dimainkan indah
tak siapa endah

hati ini institut jiwa
dipinjam sang cinta
pulangnya buta

hati ini taman permainan
tempat usang si kecil
di sudut paling pencil

hati ini pasar malam
dijaja sana sini
dilacur pada yang berani

hati ini serba gundah
hidup gelisah
mati susah

hati ini,
takkan habis dibicara arjuna jalanan.

redup.


redup.

kalaulah dia tahu gimana bimbang si aku bila dia hilang--
mana mungkin.

Tuesday, December 28

anjing hingus


aku ini anjing
selayaknya disampah-sampah
dibuang-buangkan

aku ini hingus
boleh dihembus-hembus
dipijak hanguskan

lelah berhari2 menggonggong kasih secebis.

entah ia sedar atau tidak,
atau mungkin saja aku yang mengelamun sekian hari.

Monday, December 27

cuma dengan hati


kekosongan beri satu ruang besar untuk kita mengelam
buat kita merenung sesuatu yang tak terfikirkan
dan melihat dengan selaut pandangan paranoia.

cuma dengan hati,
kita kan melangkah ke pangkal

dan mengimbas sesaran pesongan kita sebelumnya.

Saturday, December 25

gonggok


membingit dengan akalan sumbang
dia berpusar gusar

dia cuma perlukan suatu yang manis,
seperti dulu2 nya dia rasa

sepertimana dia selalu suka.

Friday, December 24

selayaknya aku


hukumkan aku dengan firasat yang menghakim
aku ini buta segala
aku ini jiwa tiada

langit terlalu hampir dengan aku
seolah memerli kekosongan raga
menghambat segala bauran rasa

aku mulai pejam
bingar nafas sendiri
merasa degup mencungap tanpa henti.

Thursday, December 23

ah


paling berselirat jiwa aku sekarang
takkan tahu gimana mahu ditutur

cuma rasa,

ah.

Tuesday, December 21

jurnal saigon empat


hari terakhir jadi hari sukar bagi aku untuk perpisahan sementara ini
apa jua yang aku lalui di sini, pasti aku jadi memori kekal selagi hayat aku masih ada.

rindu pada desingan hon
rindu pada minah kening tebal
rindu pada penjaja2 pagi
rindu pada setiap senyuman, sebaik aku menyelisih

rindu.

satu hari yang pasti, akan aku ke sini lagi.
ingin sekali aku bawa sang separuh aku.

memakai helmet keras,
senyum aku memicit hon,
sambil dia memeluk aku erat dari belakang.

jurnal saigon tiga


peh aku menari zapin beb di ho chi minh universiti.
siap berbaju melayu lengkap; bersamping.
ramai juga gadis2 vietnam ingin bergambar dengan aku--
rasa hebat! hebat yang sangat hebat!
seminggu latihan sememangnya berbaloi. ho-yeah!

oh oh, cinta aku pada saigon sedikit pudar.
ditipu dengan pakcik2 tua, meracik sedikit kesabaran aku.
dikayuh beca dengan janji lima belas ribu dong,
dan seratus lima puluh ribu diminta mereka.

tak apa, aku masih senyum.

:)

Monday, December 20

jurnal saigon dua

delta mekong punya rasa tersendiri.
aku kaget melihat keindahan alam, menyaksi betapa sucinya hati manusia2 di sini.

ada rasa2 yang terbaur sekali, ketika aku melawat ke muzium perang.
seram pabila aku mendekat pada mesin pemancung kepala, sambil tersisip gambar kepala terpancung di dindingnya.

solat di masjid celahan kota majoriti bukan islam menjadi satu perkara unik bagi aku.
ruang wudhu masih sama seperti di negara sendiri, cuma lainnya mereka gemar untuk duduk di atas kerusi kecil.

bunyi hon sudah aku bingar. dan dalam sesak2 bumi vietnam, aku senyum.
senyum tanda aku puas. menjejak kaki di sini merupakan satu kepuasan bagi aku.

saigon, bakal tinggalkan memori kekal untuk aku.

Saturday, December 18

jurnal saigon satu



jalan macam bukan jalan.
lampu trafik tak perlu rasanya.
risau habis aku tengok.

melintas jalan pun macam nak bunuh diri.
bunyi hon memusing kepala aku, pening.

aku rasa aku mula jatuh cinta sama saigon.

ya, jatuh cinta.

Friday, December 17

helo ho chi minh


aku di ho chi minh city, vietnam sekarang.

entah kenapa fesbuk dilarang di vietnam. geram betul aku.
semangat gila nak upload gambar ni.


tak apa, nanti aku upload di sini dulu.

dan siapa2, kirimkan salam kepada sayang aku.
entah dia akan buka belog aku atau tidak ni. hmm.

bye.

Thursday, December 16

chin up!


kau cuma gerun dengan bayang sendiri
loya pada suatu yang bukan norma kau

pergi mampus semua tutur belakang
aku dukung kamu setinggi mungkin

kerna kau bulan
berbintang segala harapan

chin up!

Tuesday, December 14

tak apa


tersudut dia dalam bayang;
dia tahu apa dia tahu
sedang yang lain meragu

goncangan jiwanya terlalu dasyat

mungkin dia perlukan langit
berserta bulan bintang
temani lusuh hatinya.

Saturday, December 11

sepurnama


bagai menjejak pada awan kumulus nimbus
dengan senyum muka tanpa terkambus

kau kini dalam dakapan aku
yang telah bingar dari durjana luar

nah, kucupan istimewa untukmu.

selamat satu purnama, sayang.

Friday, December 10

di genggamanmu



di genggamanku
kau tanamkan impian
kau ilhamkan dunia
kau raikan syair cinta

di genggamanmu
ku terdiam terpesona
ku langitkan bahagia
ku merasa syurga cinta

pelangi--
pudar kembali;

oh la la la
kau palsukan segalanya
imaginasi dongeng belaka
selaut harapan ditubanya
aku sendirian lagi mahunya

oh la la la
pedulikan semuanya
aku berlari gembira
memeluk erat teman dunia
kita kawan sampai syurga

kita kawan sampai syurga.


(untuk sahabat, Elly Elinna)

Sunday, December 5

dalam rindu


awan
mendungkan langit tebar
biar jiwa pudar

lalu malam
anginkan kekabut sendu
biar aku beradu

dalam rindu.

Wednesday, December 1

cinta disember


waktunya telah tiba;

angin garang bak raja
gelora laut angkuh menempelak pelaut tegar
sang hujan menyahut cabar petir
guruh hanya menggeram
kabut2 menyongsang

pandang si aku pada langit
mungkin saja malapetaka datang menghempap

ah
mana mungkin pula kata hati
fenomena rindu berseranjang rupanya
entah perawan dari langit mana menghinggap
pejam celik cuma imejan sama

angin sepoi
gelora menyantun
hujan renyai
guruh mengabur
kabut menghilang;

perlahan saja ujarnya
cinta disember kan bermula.

jeng jeng jeng

entah. suka pula aku tengok ini.

dari mana mereka datang?