-

Thursday, January 28

helo cinta.

helo cinta yang teradiasi aktif
akan ku belai kamu nanti

tunggu ya.

:)

Sunday, January 24

embun di alis.


dan janganlah menitis lagi
biarlah sekadar berembun di alis

memadailah rasa yang terherot di balik iris ini.

Saturday, January 23

kelopak fajar terpejam.

langit menguning senja
bila nan mentari mencium garis hujung bumi
lalunya memanggil engkau pulang
ke pangkuan alam
yang selamanya menjadi usulmu.

Tuesday, January 19

bagai.

bagai jiwa dihembus bayu
aku layu

sayu.

oh kamu.

ada kata yang tak terucap
ada hasrat yang tak tersampai
ada rasa yang tak terluah
ada amarah yang takkan terkumbah
ada kejujuran yang dipesongkan
ada realiti yang sengaja disenyapkan

takut kelak hatimu diluka
bila dia berpaling dari hadapmu.

Monday, January 18

gebar munasabah,

selimutkan resah dengan gebar munasabah
besok bila kau bangkit
seluruh jiwamu pulih

seolah kau lahir semula dan hidup
cuma untuk berbakti pada hari itu
lalunya kau mati menjelang esok.

Sunday, January 17

dimensi paksi simetri hati.


melokus pada dinding dimensi
merencat memori tanpa paksi
jasad dan ruh terpisah simetri
bila sunyi berserenjang hati.

Saturday, January 16

chup!

ini rahimi.
beliau kawan aku.


jangan risau. beliau lurus.

cuma dalam gambar ini beliau nampak sedikit vogue.

(haha)

Thursday, January 14

mengepak sayap angkasa.

terbang lalu jatuh
bingkas terus bangkit
berlari bersama sayap patah
meredah pelusuk hasad majmuk
kau redah dengan segenggam azam

maka terbanglah semula
kepakkan sayapmu di angkasa
kau akan bebas semula.

Monday, January 11

aku rindu candu aku.

aku melastik buih mimpi dahulu
tika langit membiru ungu
saat aku peluk kamu

aku rindu.

dan aku telah hiaskan syurga untukmu
untuk kamu kirana

dari aku arjuna hina.

Sunday, January 10

putus kata.

aku bermenung pada awan larat
menafsir rangkap ahkir sinopsis cinta
tatkala muka2 akhir buku simbiosis kita masih putih.

pergilah kau, awan.
pergilah kau, angan.

bebaslah kau, perawan.

Saturday, January 9

aku diam.

senyap apabila aku mahu dunia membingar kurang
masalah mendiam kelam
resah tak lagi menggusar
terlarut haruman romantis sepi.

maka seluruh rasa yang kupendam ini,
akan selamanya sunyi.

berdamailah dalam mimpi.

Tuesday, January 5

post-finale si kurung putih (another review).

do you still remember my posts on si kurung putih?
well, it does not really stop at chapter fourteen.

kami masih berkawan dan keluar bersama.
aku tak pasti dia tahu aku suka dia,
dan aku tak tahu kalau2 dia suka aku juga.

kisah kami aku ceritakan sebelum ini.
dijilidkan kepada beberapa bahagian
yang diolah secukup rasa.
diriwayat dalam bentuk bahasa jiwa aku,
yang aku sendiri faham,
yang aku sendiri tahu.

ada beberapa sahabat sudah tahu gerangan perawan itu.
aku kini masih mesra dengannya.
tapi kami tak lebih dari itu,
aku tak berani.
kerna dia sudah ada yang punya.
sudah ada yang memiliki.

cukuplah dengan ungkapan orang ketiga.
aku tak mau lagi dibingar itu.

jangan tanya aku lagi tentangnya,
dan tentang waktu aku dengannya yang telah berlalu.

Monday, January 4

masih mencari.

ada dugaan yang ditimpakan sengaja
untuk beri kau sedikit rasa
bagi menghargai masa lalumu
bagi mengasah bilah tekalmu

apapun nikmat atau bala yang kau rasa
kau harus terima

dan
bersyukurlah dengan posesi dan posisi yang kau ditakdirkan kini.

Saturday, January 2

pemikir cinta sofistikated.

kalaulah engkau boleh simplistikkan akal
dan renung iris aku sedalam-dalamnya
lalu berenang dalam gelora rasa ini

nescaya kau pasti sedar
bahwa aku berada di hadapmu
menanti untuk mendakap
menunggu untuk dikucup

maka berlalulah kabus kompleks
mengizinkan kau untuk lihat aku
yang sedang menghulur jemari

yang sebenar-benarnya
sudah lama menanti

hadirmu,
sang pemikir cinta sofistikated.

Friday, January 1

paradigma yang sama.

hatimu kosong
jiwamu lohong
dirimu membohong;

kalau nak berubah, tak perlu tunggu tahun baru pun boleh.
kalau nak berazam, tak payah kecoh sebab azam dulu pun sama saja.

cubalah jadi lebih matang dari semalam.
agar setiap usahamu untuk menjadi lebih baik dari semalam.
benar2 berhasil dari apa kau harapkan semalam.

moga2 hari ini,
kau masih boleh dianggap manusia bukan tolol
di kalang umat abad baru ini.

berfikirlah.

dari mana mereka datang?