-

Thursday, December 30

hati ini


hati ini layang-layang
diterbang tinggi
terlepas pergi

hati ini musik sepi
dimainkan indah
tak siapa endah

hati ini institut jiwa
dipinjam sang cinta
pulangnya buta

hati ini taman permainan
tempat usang si kecil
di sudut paling pencil

hati ini pasar malam
dijaja sana sini
dilacur pada yang berani

hati ini serba gundah
hidup gelisah
mati susah

hati ini,
takkan habis dibicara arjuna jalanan.

redup.


redup.

kalaulah dia tahu gimana bimbang si aku bila dia hilang--
mana mungkin.

Tuesday, December 28

anjing hingus


aku ini anjing
selayaknya disampah-sampah
dibuang-buangkan

aku ini hingus
boleh dihembus-hembus
dipijak hanguskan

lelah berhari2 menggonggong kasih secebis.

entah ia sedar atau tidak,
atau mungkin saja aku yang mengelamun sekian hari.

Monday, December 27

cuma dengan hati


kekosongan beri satu ruang besar untuk kita mengelam
buat kita merenung sesuatu yang tak terfikirkan
dan melihat dengan selaut pandangan paranoia.

cuma dengan hati,
kita kan melangkah ke pangkal

dan mengimbas sesaran pesongan kita sebelumnya.

Saturday, December 25

gonggok


membingit dengan akalan sumbang
dia berpusar gusar

dia cuma perlukan suatu yang manis,
seperti dulu2 nya dia rasa

sepertimana dia selalu suka.

Friday, December 24

selayaknya aku


hukumkan aku dengan firasat yang menghakim
aku ini buta segala
aku ini jiwa tiada

langit terlalu hampir dengan aku
seolah memerli kekosongan raga
menghambat segala bauran rasa

aku mulai pejam
bingar nafas sendiri
merasa degup mencungap tanpa henti.

Thursday, December 23

ah


paling berselirat jiwa aku sekarang
takkan tahu gimana mahu ditutur

cuma rasa,

ah.

Tuesday, December 21

jurnal saigon empat


hari terakhir jadi hari sukar bagi aku untuk perpisahan sementara ini
apa jua yang aku lalui di sini, pasti aku jadi memori kekal selagi hayat aku masih ada.

rindu pada desingan hon
rindu pada minah kening tebal
rindu pada penjaja2 pagi
rindu pada setiap senyuman, sebaik aku menyelisih

rindu.

satu hari yang pasti, akan aku ke sini lagi.
ingin sekali aku bawa sang separuh aku.

memakai helmet keras,
senyum aku memicit hon,
sambil dia memeluk aku erat dari belakang.

jurnal saigon tiga


peh aku menari zapin beb di ho chi minh universiti.
siap berbaju melayu lengkap; bersamping.
ramai juga gadis2 vietnam ingin bergambar dengan aku--
rasa hebat! hebat yang sangat hebat!
seminggu latihan sememangnya berbaloi. ho-yeah!

oh oh, cinta aku pada saigon sedikit pudar.
ditipu dengan pakcik2 tua, meracik sedikit kesabaran aku.
dikayuh beca dengan janji lima belas ribu dong,
dan seratus lima puluh ribu diminta mereka.

tak apa, aku masih senyum.

:)

Monday, December 20

jurnal saigon dua

delta mekong punya rasa tersendiri.
aku kaget melihat keindahan alam, menyaksi betapa sucinya hati manusia2 di sini.

ada rasa2 yang terbaur sekali, ketika aku melawat ke muzium perang.
seram pabila aku mendekat pada mesin pemancung kepala, sambil tersisip gambar kepala terpancung di dindingnya.

solat di masjid celahan kota majoriti bukan islam menjadi satu perkara unik bagi aku.
ruang wudhu masih sama seperti di negara sendiri, cuma lainnya mereka gemar untuk duduk di atas kerusi kecil.

bunyi hon sudah aku bingar. dan dalam sesak2 bumi vietnam, aku senyum.
senyum tanda aku puas. menjejak kaki di sini merupakan satu kepuasan bagi aku.

saigon, bakal tinggalkan memori kekal untuk aku.

Saturday, December 18

jurnal saigon satu



jalan macam bukan jalan.
lampu trafik tak perlu rasanya.
risau habis aku tengok.

melintas jalan pun macam nak bunuh diri.
bunyi hon memusing kepala aku, pening.

aku rasa aku mula jatuh cinta sama saigon.

ya, jatuh cinta.

Friday, December 17

helo ho chi minh


aku di ho chi minh city, vietnam sekarang.

entah kenapa fesbuk dilarang di vietnam. geram betul aku.
semangat gila nak upload gambar ni.


tak apa, nanti aku upload di sini dulu.

dan siapa2, kirimkan salam kepada sayang aku.
entah dia akan buka belog aku atau tidak ni. hmm.

bye.

Thursday, December 16

chin up!


kau cuma gerun dengan bayang sendiri
loya pada suatu yang bukan norma kau

pergi mampus semua tutur belakang
aku dukung kamu setinggi mungkin

kerna kau bulan
berbintang segala harapan

chin up!

Tuesday, December 14

tak apa


tersudut dia dalam bayang;
dia tahu apa dia tahu
sedang yang lain meragu

goncangan jiwanya terlalu dasyat

mungkin dia perlukan langit
berserta bulan bintang
temani lusuh hatinya.

Saturday, December 11

sepurnama


bagai menjejak pada awan kumulus nimbus
dengan senyum muka tanpa terkambus

kau kini dalam dakapan aku
yang telah bingar dari durjana luar

nah, kucupan istimewa untukmu.

selamat satu purnama, sayang.

Friday, December 10

di genggamanmu



di genggamanku
kau tanamkan impian
kau ilhamkan dunia
kau raikan syair cinta

di genggamanmu
ku terdiam terpesona
ku langitkan bahagia
ku merasa syurga cinta

pelangi--
pudar kembali;

oh la la la
kau palsukan segalanya
imaginasi dongeng belaka
selaut harapan ditubanya
aku sendirian lagi mahunya

oh la la la
pedulikan semuanya
aku berlari gembira
memeluk erat teman dunia
kita kawan sampai syurga

kita kawan sampai syurga.


(untuk sahabat, Elly Elinna)

Sunday, December 5

dalam rindu


awan
mendungkan langit tebar
biar jiwa pudar

lalu malam
anginkan kekabut sendu
biar aku beradu

dalam rindu.

Wednesday, December 1

cinta disember


waktunya telah tiba;

angin garang bak raja
gelora laut angkuh menempelak pelaut tegar
sang hujan menyahut cabar petir
guruh hanya menggeram
kabut2 menyongsang

pandang si aku pada langit
mungkin saja malapetaka datang menghempap

ah
mana mungkin pula kata hati
fenomena rindu berseranjang rupanya
entah perawan dari langit mana menghinggap
pejam celik cuma imejan sama

angin sepoi
gelora menyantun
hujan renyai
guruh mengabur
kabut menghilang;

perlahan saja ujarnya
cinta disember kan bermula.

jeng jeng jeng

entah. suka pula aku tengok ini.

Monday, November 29

di khalayak

khalayak memerhati dan memesong kita setara mungkin
jadi kau masih nampak aku?

Sunday, November 28

konklusi persis


aku tak mampu menjanji apa2 di hadap,
lebih2 lagi bersandar pada rasa anugerah tuhan

namun aku dengan jiwa lapang
sedia saja untuk memeluk eratmu
saat kau rasa kau seorang,
detik kau rasa terbuang

cinta,
berbekal konklusi persis
aku yakin;

sayangnya aku pada kau hari ini,
adalah lebih dari hari2 sebelum

dan sentiasa bercambah,
dengan pecutan rasa yang sama.

Friday, November 26

geget

apa lagi yang dituturnya itu
sedang memoir bercebis-cebis melantun
buat aku rindu sang penceria, sang pencinta

malam ini jasad2 tercantum; tercarik.

hatinya berat
jemarinya masih erat
tautan mata berselirat

semoga gigitan malam sebelum
bisa pudarkan sakit rindunya, 'tuk malam2 selepas.

Thursday, November 18

selamat malam sayang.

sayang,
hamparkan aku selimut rindu
bisa aku ketemukan bintang2 miripmu
dari lelangit pudar berdinding syurga
larikan aku dari mimpi durja

moga segalanya indah--
sepersismu;

selamat malam sayang.

nelayan jiwa

terima kasih tuhan untuk segala anugerah rasa
yang kadang gemerlap
yang kadang kuncup

maka malam ini diacukan dia dengan ombak pertama;

dia cuma membisu
dia menggeleng tak tahu
dia bingungkan apa dia mahu

apa2 saja katanya;

moga besok fajar cerah--
dia ingin ke laut lagi
meneroka alam rezeki
walau bercebis hatinya ingin pergi

dialah nelayan jiwa
yang meraih cinta2 tersisa.

Monday, November 15

bintang syurga

apa2 bertelunjukkan bintang,
harusnya berhujung syurga;
apa2 kau bolongkan sayang,
kau mesti bikin aku bahagia.

Thursday, November 11

deklarasi.

apa2 pun yang kembali untuk aku pintaskan
aku cuma akan senyum

maka hari gelap2 dulu tertawan siang
hati ini jadi milik sang perawan

mendungkan hujan
arakkan pelangi
peluk dan cium
kau kini di sisi
dan berposesi--
sang aku

lagi aku senyum
melihat pintalan riben tertaut di jemarimu;

mari kita pejam
untuk mata2 buta
bukan pada jasad keramaian
tapi cuma untuk kita2 saja.

Monday, November 8

buruj.

bintang2 malap
tinggalkan tinta hitam di pipinya

melakar buruj menyilau bumi
aku rindu dia malam ini.

Saturday, November 6

its growing.


dalam apa jua kalimah
sekalipun tak terucap

kau sentiasa jadi nafas aku

lalu aku nakhodakan jiwa aku
taruhkan segala apa yang ada
untuk sama2 kemudi apa di hadap kita

untuk tawan gelora2 yang menghentam ragamu.

biar semuanya hanya kita
dan sentiasanya jadi rahsia kita.

Monday, November 1

syurga terpimpin neraka.

dan apa lagi di hadapnya dia tempuh,
bersama hati separa lumpuh.

yang terlewatkan biar saja berekoran,
yang suam2 di jiwa, biar saja dia butakan seketika.

dia berpimpin separuh ia--
seperti layaknya di syurga,
walhal ia tergendong sebuah neraka,
yang pastinya membeban segala bahu yang menanggungnya.

Saturday, October 30

kalkulus kita.

maka apa2 yang iya,
mungkin seberapa iya
dan mungkin totalnya iya.

lalu apa2 jua yang bukan,
sedang jawapan sang naluri kita rasa iya
automatisnya, iya.

dan selalunya iya.

punca kuasanya rasa itu,
adalah seluruh yakin yang kita poses.


aku punya rumus terbaik
buat aku paling rakus mereguk cinta sepercamu.

Wednesday, October 27

first of the gang to die.

dikisahkan dia dengan dongeng2 misteri
seakan benar2 jadi

maka harapnya kita sama seperti kita2 semalam
yang difalsafah harusnya ada ruang beza untuk kita besok2nya
apa yang jadinya hari ini, lintasan temporari cuma

kita hidup atas tali tidak tahu
dan atas apa yang kita belum tentu mahu

selagi nafas masih menghela
kita cuba segala termampu, okay?

Saturday, October 23

Wednesday, October 20

Tuesday, October 19

kabut senja.

sampai satu masa nanti,
falsafah tiada lagi nilainya.

cuma yang tinggal, jiwa2 berlohong yang hidup,
dengan naluri liar sendiri.

mereka ini beraja dengan nafsi2.
bertuhan kiblat hati sendiri.

Monday, October 18

templat.

aku bisa tulis satu buku--
How To Flirt With A Malaysian Ladies in Effective Way

(biar grammar jelas2 salah. lelaki2 berseloroh juga mahu beli nanti)


tapi gimana pula rasa sang separuh aku kelak?

rasa dibonekakan?
rasa cinta aku ini templat?

sayang,
kau cuba dulu aku
nanti baru kau tahu rasa cinta ditemplat ini

sebab aku sudah reserve ceritera hidup kita
yang berilham liar aku sendiri
untuk kita2 dua saja

ya
kita dua saja

liar sungguh
sayang.

Sunday, October 17

mula semula.

benarkan dunia berlabuh
biar semuanya jingga
biar selaput siang berkelaring

esok
kita mula semula.

Tuesday, October 12

seperca hati.

dia rasa seperti sudah sejuta tahun dia menjahat,
hari ini dia tiba2 mahu jadi sedikit baik.

tak apalah.

moga2 tuhan ampunkan dia, yang cebis2 mahu berubah ini.

Monday, October 11

tak semena.


"kau nak honeymoon dekat mana weh?"

"bulan."

"berangan lah kau!"

"well, aku angkasawan kan."

"....."




selamat malam seluruh umat.


p/s: jangan terkejut kalau malam ni kau nampak bayang2 di bulan. hihihi.

Wednesday, October 6

cuma kita dua.

berdua kita
dan selalunya kita;
cinta--


ingat lagi hari itu?
kau kucup pipi aku
sedang aku beramarah
kau redupkan, mudah


kita dan cinta kita
dan selalunya milik kita;
bahagia--


ingat lagi hari itu?
aku dakap kau erat
sedang duniamu seakan pudar
seakan kelam, malap
kau kata, aku takkan mampu terangi
aku senyum membalas
'at least you're not alone, sayang'


kita punya cerita
dan segala kisahnya kita;
berdua--


cuma kita dua
ingat lagi hari itu?

Thursday, September 30

tujuh hari mencari cinta.

dan di sini hari pertamanya
dia bersilang di jutaan kasih
berpusar di banjiran juwita

matanya pinar
hatinya bingar
jiwanya pudar

dia takkan percaya
kiranya hari tujuh nanti
dia akan ketemu jantungnya

dia cuma tahu
dalam enam hari lagi

cinta harus datang kepadanya

kerana kelengkeng2 percaya
sudah tertaut

lalu segala janji
harus tertunai nanti.

Monday, September 27

anekdot.

dia ini
kalau melontar kata
tak ingat dunia

selagi ada kata melintas
sebanyak itu dia tulis

pendapatnya, akalan tak pernah kontang
murah rezeki di otak, lagaknya

jiwa yang resah perlu diekspreskan
hati bergelora harus dikongsi
tidak dapat tidak
segala rasa mesti orang boleh baca

dia ini
kalau melontar kata
takkan mual
takkan muak

oh dia ini badut
menulis untuk penggemar anekdot kosong.

Saturday, September 25

besok.

berpaut pada langit
berteman bintang2

dan datang mentari cerah
terkatup harapan musnah

besok,
segalanya kembali indah.

kau tak faham.

dunia yang kau sentuh itu--
bertempo satu,

satu dari tiga puluh satu

dan
tak ada apa yang digusar
selagi kau menggengamnya

tanpa melepas rebah dunia itu.

Wednesday, September 22

anon.

ada sela kelak kita ketemu
di celahan manusia kaku

kita cumbu
orang lain cemburu


cuma kau dan aku.

halimunan.

untuk teriak yang tak terhentikan
untuk harapan yang masih dipautkan

langsung jiwa
berantakan semua
hari ini
atau bukan untuk selamanya

noktah
halimunan aku sipi2 lensamu

koma
sedar kau, aku terwujud

dan hati kau tak lagi berkabur melontar

vivid
kau cinta aku-
seolah aku ini tak berarakian

untuk besok,
dan untuk selamanya.


p/s: mimpilah kau wafi.

Sunday, September 19

pelan A.

bebenang taut aku--

humban aku ke sana
humban aku ke mari

hati kenyal ini terlantun
lemah bila kau menyantun

nyaris,
pelan A menjadi umpanan aku


belum lagi wafi, belum lagi.

satu nafas.

sempurna ku rasa
hati kau ku punya
jemari kita berdakapan
nafas kita jadi satu

menarilah sayang
dunia kita yang punya

jiwa telah bersatu
di angkasa raya
dan kini aku senyum
melihat engkau, cinta


p/s: untuk dilagukan oleh nadia rustham.

Friday, September 17

geng kuantan.


ini ahli2 kami buat masa sekarang.

berminat untuk sertai kami? :P

khatulistiwa.


yang selalu mencuba untuk segala sempurna--
aku.

hari ini
bermelodi sendiri
maka aku menyanyi
nada melankoli
tentang aku sendiri
dan diri yang satu lagi

dan di penghujungnya lagu
aku cipta dongeng terindah
versi aku sendiri

hemisfera
kau di ufuk sana
aku di ufuk sini
lalu kita lari-lari--

berkhatulistiwa.

Thursday, September 16

neraka jiwa.


duduk seorang aku di beranda
bersama kicau burung
angin petang
langit jingga

mata aku menumpu langit-
awan sarat menggendong memori
gurindam indah yang kini sepi
kadang2 jatuh menimpa bumi
kadang2 pergi tak kembali

aku tahu aku ini melankolik
paling pantas untuk merasa hati
paling mudah runtuh lelangit jiwa
deria kurniaan tuhan ini terlalu tuntas

gelak-tawa-senyum-gembira
sedih-duka-tangis-pilu

mana2 takkan memanipulasi jiwa telus ini
yang cuma reti rasa satu itu
ah degil!

makanya duduk seorang aku di beranda
dari neraka jiwa ini

teriak garuda
taufan kencang
langit hitam.

Monday, September 13

enam puluh tiga.


enam puluh tiga
dan lebih dari itu
bukan lagi norma hayat kita

aku
dua puluh satu

ironi
satu per tiga sudah terlewati
cuma tinggal dua dari tiga

dan untuk selebihnya itu
aku mau kongsi sama engkau

ya, engkau

lalu tak kira sampai mana hayat aku
aku tetap mau bersama engkau

enam puluh tiga cuma kiraan piawai

dan kewujudan engkau
bukan satu norma bagi aku.

bukan.

Thursday, September 9

salam aidilfitri.



kelambu rasa.


(kau baca ini sambil senyum. serius aku cakap)

entah mengapa
melankolik gininya

dia sudah luah apa yang dia rasa cukup
biar dia pendam lebih dari itu
takkan segalanya cukup bagi dia
walau semua anggap dia sudah bahagia segala

gimana hendak dia tuturkan rasanya
dia ada rasa kosong lagi
bukan tidak mahu syukur
tapi dia cuma rasa berlohong
entah apa lagi dia perlu isi

terkadang itu dia lelah dalam kalangannya
lemas di atmosfera sendiri
terlitup dinding rasa si kecut
dia adalah boneka si badut

tak apa
dia tunggu hujung hayat
baru dia tahu betapa mudah melafaz bila bernafas

dan dia mula ke awan
bersama angan2
di surga aman
berkelambu bersama sang perawan.


Wednesday, September 8

selamanya khayal.


duduk berteman malam larut
menghembus asap2 wangi
lilin longlai malap membakar
dua gelas sirap cuma tinggal cairan ais

berjenaka tentang yang lepas
berseloka tentang yang menjadi
meneroka tentang yang mendatang

kawan,
jangan dibiar hari2 sebegini hilang
besok kita ketemu lagi

mari berjenaka tentang yang lepas
mari berseloka tentang yang menjadi
mari meneroka tentang yang mendatang

aku khayal dengan seluruhnya kalian.

ahh.

Tuesday, September 7

berkampung.


ini adik bongsu aku, umairah.
budak paling cool setakat ini.

baru dua tahun.

Monday, September 6

Thursday, September 2

dua puak.

dan di situ ideologinya bertemu konsensus
satu bawa yang hitam
satu bawa yang putih

kawan,
jangan terlalu prejudis
hitam tak semestinya jahat2 belaka
putih tak membukti apa2
jadi kita tak perlu menghakim buta

lagi indah jika kita kongsi rasa damai
saraf dah hampir putus dek menegang selalu
tak perlu rasanya begitu

jadi hari ini kita bersalam

peluk
hitam dan putih

antara dua puak.

Tuesday, August 31

sinkronasi hitam putih.

malam berbintang hijau-merah
dengan kilauan putih bulan overexposed

paranoia--

meta--

lensa aku ditusuk pedang hijau
yang enak menonton robot2 aneh
segala umat menjelma dalam bentuk jasad normal homo-sapiens
tapi langsung tiada ruh terwujud

bersama kepul2 asap moden
aku duduk situ diam2
bersinkronasi antara hitam dan putih.

Sunday, August 29

manusia bukan tuhan.

aku mahu buta,
andai nanti aku paling melihat nilai dirimu.

aku mahu tuli,
andai setiap desir hati, aku dengar.

aku mahu bisu,
andai figur aku paling ikhlas menutur.

aku mahu mati,
andai bila mana semua yang mulia pergi,
tinggal aku seorang diri.

Saturday, August 28

realis.

aku tak pinta kau cinta aku selamanya
aku cuma mahu kau sayang aku
hari demi hari

kita masih muda untuk menterjemah dunia
dan usah takut untuk mencuba
apa di kertas bukan untuk kita tuhankan
cuma untuk dinilai dengan mata2 buta
lama2 ronyok juga pemikir itu

kita punya cerita
kita saja yang tahu gimana.

Friday, August 27

kosong.

peluk aku--
jangan lepas--
malam ini
dan 'tuk selamanya


kita takkan pernah bahagia
bila mana zahirnya berbeda
namun satu ku percaya
kita sedang dilamun cinta

kita yang warna dunia


kasih
kan ku dakap kau selamanya
temani tidurku
aku merindui mu
aku mencintakan mu
selalu meruntun di waktu senjaku


kita takkan pernah terpisah
bila mana dunia berbeda
namun hanya kita yang rasa
kita selamanya bersama


p/s: elly minta aku tuliskan lirik untuk satu melodi yang dia buat, tapi kena reject. ini aku sudah edit sikit.

Wednesday, August 25

kita lari-lari.

ada perkara dalam hidup kita
takkan perlukan alasan
cuma di situ
untuk kita percaya.

dan untuk bunga yang kau tanamkan itu;

masih di situ
segar
mekar

kekal.

Tuesday, August 24

betina untuk dilelong.

aku mahu beli kau
berapa harga?

sebuah kereta?
sebuah rumah?

aku tak cukup kacak tapi kau mampu hidup senang
aku tak punya hati baik tapi kaki kau boleh goyang2
aku tak jamin engkau yang satu, tapi sekurangnya engkau ada wang

eh aku mahu beli kau lah,
kau nak jual?

Monday, August 23

hakim buta.

wujud aku hari ini
kerana aku-aku semalam

takkan boleh diertikan mata
biar saja hati yang meta

tak guna kau menghakim tapi buta.

Thursday, August 19

retorik semata.


"senyum dan dunia sentiasa milik kita" - WAFI.




p/s: terima kasih kepada siapa2 yang sudi melawat belog ini. dah sampai kiraan 30,000 hits. terima kasih.

Tuesday, August 17

daerah graviti cinta.

pergi atau berpatah sekarang
di daerah graviti cinta
aku biar rebah bebas
jatuh dan terus jatuh

biar.

pergi mampus dengan segala norma
yang hanya untuk ditutur jelata
aku tak menggendong liabiliti
tak ada apa untuk disesal
di hujungnya pun aku boleh pulang
di tengah pun aku sanggup terbang

biar.

dan di wilayah tak ada orang pandang ini
aku menapak seorang.
senyum seorang.


biarlah.

Sunday, August 15

mimpi semalam.

bagai bangkit bersama mimpi semalam
entah gimana aku mau terangkan rasanya

entah.

aku rasa hidup.
sekurangnya aku tidak mati lagi.

:)

Friday, August 13

nota kecil.

takkan pernah aku menduga
di sini aku menzahir
di sini aku kembali bermula

singkat
kenalnya kita masih sedikit jaraknya
masih ragu2
masih soal2

tak tahu itu
tak tahu ini
oh baru tahu itu
oh baru tahu ini

kelakar bukan?
tiada initiasi yang sempurna
pudar2 lagi pertemuannya
kusam lagi wajah pertamanya

ah
peduli apa aku konsekuennya
selagi seperca kasih itu
mampu tampal rabak dulu
boleh katup sunyi2 sebelum
bisa buat aku senyum sorang2 malam2
sekurangnya otot di muka ini ada juga kerja
tak adalah kebingungan sepanjang masa

janji kita saling jujur
saling ikhlas
saling memberi ruang
memadailah begitu

tak semua yang dulu berulang
tak semua yang datang benderang
terima saja semua

lalu,
tak salah kita mencuba sedikit,
kan sayang?

Tuesday, August 10

putus nafas.

dengarkan lafaz melankoli
persona tiada kondisi
aku hilang posesi
aku filsuf tanpa puisi

pergi
dan segalanya mati

hancur
dan seluruhnya kabur

kita bukan lagi sebelumnya kita
yang menutur bait roman
yang mencatur pesona aman
dan tersubur hamparan taman

lalu aku pergi
lalu aku mati
lalu aku hancur
lalu aku kabur

selamanya.

Sunday, August 8

jalan templar.

betapa stabil dunia ini ketika kau senyum
rencah alam berbalik pada sebelum

senyumlah sayang.
hati aku goyah sekarang.

Wednesday, August 4

arjuna maya.

sepintas aku rai rasa lalu
waktu kita berlagu bersama
kau senyum bilaku bercerita
biar tak masuk akal belaka

telah kau hampirkan cinta padaku
yang selalu indah walau fana
simfoni kita takkan pernah pupus
kini bermelodi tika kau hilang

untuk jiwa yang telah hilang
untuk sakit yang mendomba-domba

masihkah kau di sini lagi
melambai aku dalam igau malam
masihkah kita bererti lagi
bintang kan jatuh sebentar nanti

oh sayang aku di sini lagi
kau berlalu tanpa ku akhiri
walau terlewat tuk bererti lagi
ku sambut bintang yang jatuh nanti.

Monday, August 2

helo.

automatis
aku kedu berprosa

romantis
dalam satu kaku masa

narsisis
lalu cuma mampu mengucap helo.

Sunday, August 1

pop soda kala siang.

aku pergi ke satu alam
di kabus menebal
malap di hujung
kilau di tengah

cungap2 aku di dalamnya
nafas sangkut
lensa menyingkat
tiba2 terangkat terbang
tanpa sedar kaki melambai tanah

tibanya aku di langit
aku lihat betapa empuk tilam awan itu
maka berbaring aku tak bertongkat

di helaan nafas nikmat itu
pari2 angkasa mempersembah kasih
terlamun aku dek giurnya
lalu diselimutkan aku dengan sayap2 patah
rona buih beralun simfoni jazz menghambat roh
kembalinya aku berkantuk

pop.

buih pecah.
aku sedar.

segalanya hilang.
sayang.

Saturday, July 31

bukan sebelumnya.

belai2 rambut
usap2 pipi
tepuk2 bahu

takkan sama seperti dahulunya
seperti bukan sebelumnya

entah,
betul2 lain kali ini

maaf.

Tuesday, July 27

pergi mati.

kita semua sang kudus tersungkur
mula kita megah
balik kita sakit

sedarkan dari lalai kita sayang
manusia sudah pekik2 di telinga kita
"pergi mati!"

ayuh kawan2
kita mati.

kelak kita hidup semula di dunia kita sendiri.
sama2 kita saja.

:)

Saturday, July 24

akustika serumpun jiwa.

hari ini. malam ini.

jangan lupa. datang awal. pukul lapan.

performer:
MOHD JAYZUAN
FYNN JAMAL
AZREEL AZHAR
AINUL AISHAH
FAZLEENA HISHAMUDDIN
NADIA
I.FARAH
ACID HADI
WAMAH
MARKAS
BEEHA

pakai pakaian kebangsaan kalau boleh. sekian.


(mood takut sekarang. tuhan, jangan biar aku seorang di situ pada pukul 8 malam)

Wednesday, July 21

debu resah.

gimana bisa aku melepasmu
sedang hatimu di posesiku

mahu teriak
mahu pekik
mahu raung

sayang,
jantung aku mendebu.

Monday, July 19

kadang teralpa.


sebaik-baik puisi adalah nukilan tuhan,

al-quran al-karim.

indah bukan?

Saturday, July 17

event segar dari ladang!

lihat dulu poster2 berikut.






gimana? mahu datang? haha. sila2. semua boleh datang ye! :)


aku ditugas sebagai biro multimedia dan juga koordinator untuk malam akustika serumpun jiwa.
ya, aku excited tapi pada masa yang selari aku juga gementar.
jujur, aku tak pernah ada pengalaman untuk coordinate malam puisi ini.
tapi aku akan cuba usahakan yang termampu agar audiens pulang dengan hati yang takkan caci maki event malam itu. (serius aku takut. haha)

malam tersebut akan dibarisi oleh persona2 yang hebat, terdiri daripada mohd jayzuan, beeha, azreel azhar, ainul aishah, acid hadi, i.farah, tun boja bistara, dan juga wamah.
mungkin ada kalian yang langsung tidak pernah mendengar nama2 yang disebut tadi.
ahh. di sini kalian boleh mula untuk kenal mereka. aku sendiri jamin mereka hebat. sungguh!

jadi jangan lupa sarungkan pakaian kebangsaan anda. tak dapat pakai lengkap, berbatik atau berkain pelikat sudah memadai. songkok pun boleh. yang penting sopan dan imej melayu itu tidak pudar dari setiap antara kita.

datang jangan tak datang. :)

Thursday, July 15

kau tiada signifikan.

kau tiada signifikan bagi aku
langsung tiada

kau, kau, kau,
dan sekaliannya engkau

semuanya berlapikkan topeng dusta
maskaret tolol yang hinggap untuk nikmat sementara

bodoh.

Wednesday, July 7

at last.

sudah mendaftar di sekolah memandu siang tadi

tiada lagi rempit2 haram :D

Sunday, July 4

destini anak bangsa.

melangkah si kerdil dengan megah
seolah satu dunia telah terjajah
dulunya menapak di tanah merah
kini sudah membongkak mewah
anak, usah lupa pesan si abah;

"sejurusnya nak pulanglah,
tunjukkan aku segulung ijazah,

kerana di situnya tingkat maruah"

ingatlah.
ingatlah.


p/s: kawan2 seperjuangan, selamat menjalani pengajian semester baru. :)

Saturday, July 3

katik fanatik.

dilalunya dia dengan segala angkuh. bogel.
dimalunya dia dengan segala selingkuh. togel.

lalu malu. terus mahu bogel tertogel.

Thursday, July 1

distraksi.

berhadap dengan sinar lentang
di seling itu wanita berkebaya merah melolos

lalunya malap.

aku dengar kamu.

aku bukanlah sang pendengar hebat

tapi aku bisa duduk di sebelahmu
mendengar setiap kata2
yang terbit dari bibirmu
yang lahir dari hatimu

ya,
aku tuli figurmu
aku tuli posturmu

jadi teriakkan padaku hatimu
aku ingin dengar desus2 resahmu
bisikkan saja andai kamu layu, sayu.

Tuesday, June 29

it always be.

love can't rush,
and it can't be planned.

don't think, just do.

Sunday, June 27

ilmu hidup tercerna.

jangan terlalu takut untuk jatuh,
ke tanah jua tempatmu rebah.
jangan terlalu taksub untuk terbang;
langit itu luas, mudah untuk kau hilang arah.

Friday, June 25

buntu.

satu sela masa kaku. sunyi.

hening.

dua-duanya paku. tunggul.

aku membisu.
hati sudah berteriak. jiwa lagilah bergetar.

gadis ini menanti aku untuk melontar kata. mungkin.
rautnya menggusar sesuatu. melambai sesuatu.

gestur itu aku faham.

dia membisikkan klu.
aku kelu.

hish!

aku persis arrogant.
aku bukan sang antisiden.
aku bukan penarik picu.

sejuta kata mukaddimah terhidang dalam fikiran
walhal satu pun tak terhambur di lidah.
ilmunya bukan main bertimbun.
indah2 sahaja ayat2 di fikiran.

memalukan. aku ini pengecut.
sia2 aku menuntut sama itu guru roman.

ah,
detik2 kusam semakin sendat.
postur2 hero semakin longgar.

suntuk.

aduh. mengapa sukar untuk menutur kata,
sedang hello sudah memadai?

hah.
gadis itu sudah bingkas bangun.
menapak menjarak aku.
menjarak pandangan aku.

bodoh.
terlepas lagi peluang aku untuk mengenal gadis itu.

buntu. buntu.

Tuesday, June 22

piala dunia.

kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah
kad merah

bosan.


p/s: team paling banyak kad merah dikira menang, kot?

biar roman semuanya.

roman,
hentikan cumbu2 bambu.

hey
besok langit memerah cerah
dan dunia sekali lagi melihat rengus engkau.

yang mahukan dampar
yang mahukan hampar

biar semuanya.

Monday, June 21

desus sang hati.

biarkan hati berdesus,
lalu lirikkan kepada minda yang mencerna.

kerana setiap kata jiwa yang terbit itu jujur
tulus
telus
mulus

takkan pernah mengkhianati
takkan pernah membohongi
takkan biar kau susah hati
takkan biar jiwa kau mati;

sepertinya kau di simpangan bersiuran
mana lagi petunjuk kau carikan?

suara2 dari hati yang meneriak
meraih simpati untuk kau memerhati

lalunya jadi pilihan engkau
menjustifikasi suara2 di sisi.

Sunday, June 20

persona itu adalah si anon.

serakyat memuja jasad yang merusuk ketenaran,
sedang bila ruhnya terlolos menuju tuhan,
persona itu adalah si anon.

minda jiwa akal.

bila mana konsensus kita menyilang
maka tolenransi paling vital di sela itu

seperti algebra rumit tiada berjawab
walhal selangkah mudah cukup untuk terselesaikan

minda
jiwa
akal;

lalu tiada apa yang lebih perlu untuk stabil berbanding mereka ini.

Friday, June 18

konfesi songsang.

kau yang melihat langit
yang melihat bumi
dan melihat keduanya satu gus

tapi mengapa di konfesi itu,
kau berdalih?

Wednesday, June 16

tak seperti sekaliannya kamu.

aku bukan pejuang sastera
sepertimana sekaliannya kamu

aku bukan pelacur musik
sepertimana sekaliannya kamu

aku bukan peragawan kosmik
sepertimana sekaliannya kamu

aku bukan badut penghibur
sepertimana sekaliannya kamu

aku bukan badang gergasi
sepertimana sekaliannya kamu

aku busuk
aku lemah
aku tak cool
aku lembab
aku tolol

tak seperti selayaknya kalian

tapi aku seikhlasnya mahu jujur
boleh kalian terima aku?

biar lewat.









teluk tongkang menjadi tempat kami berkelah.
kawan2 di kuantan adalah antara yang terbaik pernah terjadi dalam hidup aku.

terima kasih tuhan.
aku bersyukur dikurniakan mereka kepada aku.

p/s: sebenarnya dah lama gambar ini diambil. biasalah, aku ini 'slow' sikit orangnya. :)

Sunday, June 13

serangkap pantun hidup.

terik mentari dinihari
riuh hujan mencakar fajar,
begitulah jua hidup menari
damai membisu hampa mengujar.

bila mana nikmat terlalu menimbun, tunggu2lah dugaan menjatuh.
kita mahir2lah dengan pusingan ini. :)

Friday, June 4

tongkat tua.


tongkat tua itu
masih tergantung di para teratak
bertapaknya nostalgik lalu
ketika usiaku masih satu

tongkat tua itu
mengimbaukan aku pada imagi aki
walau tak di sini lagi jasadnya
memoir bersama takkan pernah mati

tongkat tua itu
ada pancar sinar sepanjang nafasnya
yang meyakinkan aku untuk merindu
yang memaksa jiwa ini untuk menyayu

tongkat tua itu
digagahnya dulu ke kerusi rotan di beranda
tertebar selaut pandangan ke arah anak muda
nyata, gurindam dulu masih bernada

tongkat tua itu
kiranya berembun di alis ini
walau tertitis di pipi sini
tetap aku biarkan ia meniti

biar basah
biar jatuh
biar tumpah
biar kering;

semata ini aku rindu
semata ini aku sendu

dan syahdu
dan syahdu
dan syahdu.

al-fatihah.

fenomena baru.

sang cin*a
fenomena paling baru dalam hidupku

tunggukan ia terbit
tunggukan ia melangit.

:)

Wednesday, June 2

kita bukan hebat.

kesempurnaan lahir dari usaha terinfiniti.
jangan mudah merasa cukup,
jangan layu bila kau kuncup.

kita,
usah mudah meriak takbur.
hari ini orang lambung kita.
besok lusa mungkin kita jatuh rebah tak tersambut.


p/s: aku juga berpesan sama aku. :)

entah.


seorang sahabat.. dia pergi..
seorang sahabat.. dia pergi..
seorang sahabat.. dia pergi..
seorang sahabat.. dia pergi..
seorang sahabat.. dia pergi..
seorang sahabat.. dia pergi..

seorang sahabat.. dia pergi..

alahai
seorang sahaja yang pergi
seolahnya serumpun yang pergi
mengapa rasanya begini?

tempatnya yang kosong
telah tersumbat gerombolan wajah2 bohong
lalunya masih berlohong
mengapa rasanya perlu begini?

entah.

sesali sesuatu.

untuk hari ini yang menjauh
untuk hari mendatang yang belum tentu jatuh

berselokalah kepada alam
khabarkan yang pahit kepada segala makhluk
aku ini kecil hatinya
aku ini lemah raganya
aku ini sampah sekaliannya

tiada lagi kata yang mampu mengujar
biarlah aku rebah

aku sumpah aku takkan meraung lagi.

Monday, May 31

konklusi cinta mayu.

dan pada hari ini
berkabur lagi lensa hatiku
berselaput
berserabut

meruncing hancing
menghambat yang tertambat
tanpa siapa tahu
tanpa siapa peduli

seyakin aku
tiada siapa gagal selagi belum puas mencuba
selagi harapan masih seperca
selagi hari tak berkempunan

di konklusi ini
tiada apa lagi yang berpenghujung
kisah yuni baru sahaja akan bermula.

dan mendakaplah pada hari2 mendatang.

Saturday, May 29

setelah tiga tahun mengharung.

maka hari ini aku berkonvo.

terima kasih untuk kawan2 yang memberi sokongan kepada aku selama ini.
biar kurang signifikannya bagi aku diploma ini,
aku tetap bersyukur.

terima kasih kawan. :)

Friday, May 28

imun.

tiada sedatif
tiada aspirin;

sumpah
hati yang luka takkan sembuh
cuma bila kerap dirempuh
segala yang lara tiba2 angkuh

kita lalunya jadi imun
lebih gagah bertarung

dan segala gelombang yang mendatang
kita tempuh.

Thursday, May 27

tiada gunanya.

ayuh
jasad2 angkuh
mengelilinglah aku

ayuh
malam ini jua
kita berjiwa

ayuh
tinggal segala rasa lalu
kita baru kita satu

ayuh
jiwa2 berseloroh
amanlah bersama roh2

ayuh
kita susun prosa kita
selayaknya kita tiada sengketa.

Wednesday, May 26

igau dan angau.

bagai sang pria merenjis kesuma
laksana arjuna memayung kirana
umpama kasanova menambat cinta

dan begitulah jua aku,

hari2 aku bangkit dari mimpi
dengan cereka yang sama.

walhal di ufuk khatulistiwa.

aku tak faham mengapa perlu aku senyum
mengapa perlu aku tidak rimas
mengapa terlucut kail di lidah

eh eh
macam ada bunga2 dalam taman usang ini.

musim apakah?

Sunday, May 16

mana postur? mana gestur? mana figur?

berdiri aku bermeta postur
teriak aku bermacam gestur
jelma aku sekian figur

hah
mana lagi langit mahu aku tumpangi
begini aku dijajah nafsi
sedang aku seiri hati
kelu aku tak berpuisi
hilang aku tanpa apresiasi

hish!
bila lagi jiwa lohong ini mahu redup dari membentak?

Saturday, May 15

dia rasa.

dibelenggu lagi dia
yang merasa kosong cuma
yang lelah menyusu jiwa
bagai bangkai bernyawa
rupanya telah mati selamanya

dia tidak minta lebih--
sahabat, famili, tuhan.

Tuesday, May 4

buat sahabat kita, Huzaifah.

rindu
dan selamanya dirindu

kerana yang telah pergi
akan tetap meniti di hati.


al-fatihah.

Monday, May 3

biar live di laman budaya.

rasa goyah dengar lagu ni,
sayu. terpaku.

aku juga di situ, di laman budaya.


aku salut fynn jamal.



mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Sunday, May 2

benar juga.

benar,
tangan wanita mampu menggoncang dunia

seperti seeloknya sang lelaki
yang menggenggam kuasa
meraja alam
mendabik dada
menghunus ego
melangkah gagah
memuja mewah

dialah si jantan yang beraksi gagah!

aduh!
walhal sungkurnya juga ia,

dalam telapak wanita itu.

emosi.

emosi ibarat histeria;
sekali kau paranoia
seluruh raga menguli hamba

emosi ibarat histeria;
di gelumang puak emosi rapuh
kau pecah, segenap rakyat terdistraksi

emosi ibarat histeria;
andai kau paling berilmu
nescaya segala puaka kau boleh redupkan.

Wednesday, April 28

episod baru.

di sela lidah mengaku
di jurang ruang yang menjauh

ada nama kamu terlaung

di balik tirai memaksa
di selang nafas yang terhenti

kau menghilang dalam kelam


berderau darahku
merekah hatiku
menyeksa batinku

putih,
kembalilah.

Monday, April 26

saya tak mau main monopoli.

kawan
aku sibuk sedikit lately.

masih mencari sela untuk bernafas.

penat juga kerja kalau nak target tinggi2.

haihh.

Tuesday, April 20

epistemologi agung.

sehelai idiom
sudah cukup untuk melengkap prosa lohong jiwa aku.

Sunday, April 18

senada.

dalam setiap saat
aku bingar degup jantungmu
memekik namaku
dalam diam

rupanya
jantung aku yang berdegup di hatimu.

Friday, April 16

menghamba kepada si bongkak.

hari ini aku mahu kongsi pengalaman hidup aku.
kisah aku menghamba kepada si bongkak.

semalam,
aku pergi unit percetakan untuk mencetak banner.
berjumpalah aku kepada seorang ketua di situ,
H namanya.

pakcik H ni memang malas nak layan aku.
bila aku datang, dia cakap dia sibuk.
aku dah bawa soft copy dalam pendrive aku.
tapi dia mau hard copy.
aku tak faham apa guna hard copy sedang aku dah bawa soft copy.
katanya itu adalah prosedur.

aku tanya,
"encik, dekat kawasan sini ada tak tempat untuk print? kalau nak keluar jauh. saya ada kelas selepas ni."

dia balas,
"tak ada. printer rosak."

hati aku pula balas,
"unit percetakan ternak satu printer rosak ke?"

tapi mulut aku balas,
"encik, kalau macam tu saya bagi dulu soft copy, nanti bila sempat, saya hantar hard copy."

aku tanya lagi,
"encik, hard copy tu untuk apa? apa yang saya boleh buat untuk memudah kerja encik?"

dia jawab,
"saya banyak kerja, kalau ada hard copy boleh saya letak atas meja. boleh saya ingat saya ada banner nak kena cetak."

hati aku membentak,
"eh setahu aku kalau nak print, tekan button print sahaja kan?"

tapi mulut aku cakap,
"hmm. macam ni encik, saya akan follow-up besok pagi. dan petang esok pun saya akan call lagi. encik jangan risau"

dia mudah menjawab,
"ok"


keesokannya,
aku pergi ke situ semula.

konsep aku menghamba kelmarin telah membuah hasil.
dia layan aku seperti anaknya hari ini.
dia ajar aku macam mana mahu print banner.
dia tunjukkan aku cara mahu gam hujung banner.
dia beri aku peluang untuk menebuk lubang banner sendiri.

hey, aku tak minta pun semua ni.
aku cuma mahu hidup dengan zero-conflict.
kalau ikut hati, dah lama emosi aku mati.

kalian,
kita boleh kawal emosi kita.
kita boleh lawan amarah kita.
kita perlu harungi ombak manusia seperti ini.
jangan menghentam, cubalah berenang.

Wednesday, April 14

menantimu.

paksi ini takkan berganjak
selagi aku deras menghela nafas

paksi ini takkan tumbang
selagi maruah belum tersampahkan

paksi ini takkan hancur
selagi jiwa kental terkendong

paksi ini selalunya menang
selagi hatinya belum sedia mengaku kalah.

Tuesday, April 13

sambutlah aku yang terjatuh.

hello dunia!

pekikkan fiksyen2 syurga untuk aku
jiwa aku betul2 telah luruh
amarah aku berdentum guruh
hati aku betul2 runtuh

pekiklah aku
supaya pekaknya aku

bingar

lalu semata sunyi semula
dan aku

merintih kembali.

Monday, April 12

persis spade.

hari-hari tua sudah berlalu;

masih melontar kad maharani yang serupa,
takkan tertolak naluriku
takkan menyonsang taruhanku

kerna jiwa aku,
sepenuhnya gambled.

Saturday, April 10

ikhfa' shafawi.

ada perkara yang kita alpa
sedang kita tahu signifikannya

sepertimana kita lupa bila mana perlu berdengung
tika mim bertemu ba'

begitulah jua hidup
senantiasa kita alpa
senantiasa kita perlu disapa.

Thursday, April 8

kami ikhlas mau berbakti.

bukan kami nak membayang kalian
tapi keluarlah dari bayang kami
yang lama sudah kami cuba undurkan.

Wednesday, April 7

sebentar.

ke hadapan pegasus perkasa
pinjamkan aku sayap patahmu
aku ingin terbang sebentar

sahabat
andai aku diperlukan
cari aku di bintang
yang satunya silau di celah rona

aku di situ sebentar.

Tuesday, April 6

suara yang tidak didengari.

mengapa langit mudah dicecah
sedang bumi sukar dipijak?

mengapa sang garuda ditabik tinggi
sedang pekik semut di telapak dipekakkan?

mengapa bulan dikhabarkan indah
sedang kita tahu kawahnya bergelimpangan?

mengapa dicantas pucuk yang menjalar
sedang ranting lain tersipu untuk hidup?

dan

mengapa perlu kami bersuara?
sedang suara kami langsung tidak didengari?

Monday, April 5

Sunday, April 4

awek jepun.

kau,
tak muncul2 lagi di hadapan lif itu.

jiwa aku sering meneriak rayuan,
yang lalunya memancar imej kamu dalam akalan aku,
setiap kali mulut lif mahu melontar selonggok manusia keluar.

bergetar-getar.
berkocak-kocak.
tersipu-sipu.

oh awek jepun.

Friday, April 2

far 400.

1st test - 83%.

2nd test - will be held on this saturday.


four flat is on the way. a real four flat.

:)

Thursday, April 1

sejuta warna di hati.

sejuta warna di hati
untuk kirana yang aku cintai

sejuta warna di hati
rindulah arjuna yang kau miliki

sejuta warna di hati
beri makna damai aku hingga mati.

Sunday, March 28

labuhkan raksa riakmu.

bintang, ingin digapai terlalu tinggi,
sedang kita tak lagi berpijak pada bumi yang nyata.

gimana kalau2 hanya kita rasa kita hebat,
sedang yang lain hanya sayup2 melihat kita?

gimana?

Friday, March 26

di balik garisan kuning.

mengapa yang kau lihatkan itu bukan aku
sedang yang berdiri di hadapmu adalah aku
dan yang sedang cuba menangkap irismu

juga

adalah aku.

paranoia jiwa.

geram digenggam serumpun
amarah diperah berimbun

tunggu, kelak aku tembak kau halus2.

Thursday, March 25

detik satu.

ingin sekali aku mengayuh basikal kuning itu
menggendong sehanya kamu
dengan sepoi2 bayu
melintang pepohon ru
damainya kau dan aku.

Monday, March 22

biar seratus tahun sekalipun.

kau masih ayu
kau berkesantunan seperti sebelumnya

kita masih bahagia
dan kerap berbicara pada cereka2 yang menggerak jiwa

dan aku masih mampu tersenyum
melihat kita dari lensa retrospektif aku.

kongsi foto.



ada orang nak bergambar bersama aku.

layan.

Sunday, March 21

dan janganlah kau berputus asa.

lipas belum tentu boleh masuk ke lubang cacing,

selagi ia belum yakin
selagi ia belum mencuba
selagi tuhan belum mengizinkannya.

Thursday, March 18

genapkan malam sepiku.

haruku menghurung
sepiku merenung
hati ini kelam
rasa ini bersulam
lalu bingit aku bingar
lalu sakit aku biar

mengapa dibiarkan malam suram?
mengapa dibiarkan pagi ini sepi?
sedang suria menzahir sinar
sedang hari melahir harapan

rintik embun lelangit
jatuhlah kepadaku
dakapkan aku
basahkan jiwaku
serahkan ragaku

genapkanlah malam sepiku.

Sunday, March 14

laskar kau di hati.

ingin selalu menjadi artisan hidup;

melakar dan melukis kedamaian dalam hatimu,

selamanya.

Friday, March 12

maka aku bangkit.

dan sebentar lagi aku jatuh

maka sejuta kali lagi aku bangkit

lagi mana aku belum betul2 bangkit.

Wednesday, March 10

di konjuksi metropolitan.

bingung di konjuksi metropolitan
jiwa merangkak songsang
dinyahgraviti minda

meluputlah sangsi
melupuslah saksi

kau tiada lagi di sisi.

Monday, March 8

nadrah tag saya.

1. Adakah anda rasa HOT?
dengan perut buncit? ya! haha.

2. Adakah anda rasa orang yang tag anda hot?
ya.
Mohd Wafi


3.Cerita pasal gambar
handsome.


4. Bila kali terakhir anda mkn pizza?
tak ingat.

5. Lagu terakhir anda dengar
resistance.

6. Ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni?
mandi.

7.Selain nama sendiri, anda di panggil nama ape?
fi

8. Tag lg 7 org
  1. shabab
  2. azri (amek kau balik)
  3. nadrah (amek kau balik)
  4. fatin (amek kau banyak2)
  5. elly (amek kau banyak2)
  6. idham
  7. izzat
9. Siapakah org no.1 kpd anda
sahabat.

10. Katakan sesuatu mengenai org no.5
dia selalu pejamkan mata.

11. No.3 ade hubungan dgn sape?
err. alyaa. aha.

12. Bagaimana pula dgn no.4
mueiz.

13. Pesanan kepada org no.6
selamat menjadi abang bionik.

15. Adakah no.7 dan no.2 mempunyai persamaan
dua2 berekor.


16. Berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
  • nadrah
  • 'makan banyak'
  • tapi kurus
  • cantik
  • duduk im5
17. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU
suka melintas jalan

18. Perasaan anda wat tag ni
teruja (tipu)

19. Adakah anda tau si azri itu sengal
ya.

20. GAY or LESS
less gay.

Monday, March 1

bonceng aku ke daerahmu

bonceng aku ke daerahmu
ke halaman paling rahsia
mahunya aku berasmara
di luka2 balik belukar
bersama setiap sedu-sedanmu
yang sekian lama kau pendam

aku kepayang kerana itu
aku khayal ingin menerbang
aku sialan untuk menerjah

ceritakan segala hikayat pada aku
kisah2 yang kau misterikan
riwayat2 yang kau sterilkan
semua yang aku kepinginkan

sang pencerita magisan,
boncenglah aku ke daerahmu.

Saturday, February 27

eh eh!

kalau kalian ada perasan,
aku ada masuk satu contest ni,
yang dinamakan BLACK & WHITE PHOTO CONTEST.

tahun lepas lagi aku submit gambar aku,
tapi tak pula aku pergi update untuk tahu siapa menang.

rasa macam gambar aku tu layak letak dalam recycle bin je.


walaubagaimanapun, alhamdulillah aku menang nombor tiga.
sungguh aku tak sangka.
penyertaan tak banyak sangat kot. cuma lebih kurang 600 penyertaan rasanya.
(macam berlagak kan!)

haha. terima kasih kepada cik puan owner blog kerana bagi saya menang.

klik di sini untuk melawat blog beliau :)

chup!


aku comel tak?

Thursday, February 25

kerana kau satu.

kau satu
mengurung aku dalam posesi
dalam sela2 yang sunyi
ada kau melintang

kau satu
lengkapi aku dengan komposisi
dengan figur2 romantis
kau melempar senyum

aku satu
rebah raga tanpa puisi
tanpa aku mahu
aku jatuh pada kau yang satu.

bait yang hilang.

bingar di luar kau dengar.
pekik di jiwa kau carik.
bingit di hati lalu aku hilang bait.

Sunday, February 21

lelaki pelantun.


kau yang menampakkan aku hina.

lalu kau juga berdiri membelakangi suara2 tohmahan menalu aku langsung.


aku bau gamak kau di situ.


cukup serius.

cukup pedih.


nyata, hidup membimbit maruah bukan mudah.

Saturday, February 20

Friday, February 19

nasihat kepada badan sendiri.


terkadang hidup tak seperti kita mau
terkadang peluang datang tak tentu
terkadang rezeki tak murah selalu
terkadang musibah hinggap bertalu
terkadang manusia benci dan rindu

dan cuma apa yang boleh kita buat;

terima seadanya suratan itu
dan berdoa untuk lebih baik dari itu.

Wednesday, February 17

omong aku.


betapa hati aku kosong
betapa jiwa aku lohong
betapa raut aku bohong

memadailah rasa
cukuplah siksa
berlalulah masa

pergi
kau pergi.

Tuesday, February 16

detik yang belum sempurna.

beginipun masih melankoli
kenapa perlu rasanya begini
biar saja riuh membingit hati
sedang hari-hariku
gegak gempita hanya sunyi

rugi
aku masih lagi sepi.

Monday, February 15

kau celaka.


berhapuslah akalan puaka
berambuslah bersama mulut neraka

dan kau si celaka,
berhentilah beriblis dengan muka-muka.

dari mana mereka datang?