-

Monday, September 27

anekdot.

dia ini
kalau melontar kata
tak ingat dunia

selagi ada kata melintas
sebanyak itu dia tulis

pendapatnya, akalan tak pernah kontang
murah rezeki di otak, lagaknya

jiwa yang resah perlu diekspreskan
hati bergelora harus dikongsi
tidak dapat tidak
segala rasa mesti orang boleh baca

dia ini
kalau melontar kata
takkan mual
takkan muak

oh dia ini badut
menulis untuk penggemar anekdot kosong.

6 comments:

esumi-lynn said...

wafi, anekdot itu apa?

AdiWafi said...

penceritaan.


:)

Edy G-Minor said...

kau bijak cipta provokasi.
ajak manusia buka fikiran.
syabas weyh !~

AdiWafi said...

buka fikiran,
perlu buka mata
perlu buka hati

kalau tak, sampai bila mesej tak sampai.

Onelove...Jambu merah warna said...

awk pnulis novel ke?

adiwafi said...

haha jauh sekali dari itu

dari mana mereka datang?