-

Tuesday, July 17

Antologi Sepuluh Ribu



Sepuluh Ribu adalah satu buku yang menghimpun sepuluh buah cerpen dari sepuluh orang penulis. Sepuluh Ribu disunting oleh Wani Ardy dan diterbitkan oleh SeLUT Press. Harga pasaran RM20 tidak termasuk kos penghantaran.

Sepuluh orang penulis dalam antologi ini adalah Fasyali FadzlyTun Boja Bistara, Zara Suryani, Zue Hashim, Athina Marzuki, Omar Bahrin, Mosyuki Borhan, Esah Ezral, Ezzah Mahmud, dan Adi Wafi (saya sendiri).

Ini adalah kali pertama saya menulis cerpen, dan ini juga kali pertama hasil kerja saya dibukukan comel-comel oleh sebuah syarikat penerbitan buku yang boleh saya percayai kekuatannya.

Siapa-siapa yang mau mendapatkan buku ini, anda mempunyai pelbagai cara;

1. Beli melalui online dengan SeLUT Press.
2. Beli melalui pengedar-pengedar sah SeLUT Press (gerai-gerai buku di serata tempat)
3. Beli melalui penulis-penulis lain.
4. Beli dengan saya sendiri, dan dapatkan tandatangan sekali. (sama ada online atau by-hand)

Jadi siapa-siapa yang mahu mendapatkan Sepuluh Ribu dari saya, anda bolehlah menghubungi saya melalui emel (adiwafi7@gmail.com) atau terus ke Facebook saya.

Suka tak?

Thursday, July 12

sial

adapun bintang cerah
dan hujan jatuhnya empuk

kau lagi datang menghempap aku
sampai jatuh.

dari mana mereka datang?