-

Sunday, August 7

tips bazaar ramadhan

"barangsiapa yang pernah pergi ke bazaar ramadhan,
maka di hatinya akan selalu melafaz kesumat benci,
sedang poketnya kosong berlohong,
dengan perutnya yang masih berkeroncong."

sedikit hiperbola. kan.


okay sahabat2 semua, sini gua nak kongsi tips cara untuk lu semua boleh menikmati hidangan berbuka tanpa perlu berbelanja besar.

tips paling mudah, makan saja kurma, minum air masak.

tapi lu mesti mau pergi itu bazaar kan? ha, sini gua kasitau lu, gimana cara untuk lu dapatkan makanan dalam kuantiti yang banyak, dengan harga yang berbaloi. (kualiti belakang cerita)

1. jangan pergi terlalu awal.
"macam ni lah dik, lepas pukul 7 memang kita kasi murah. nak kasi habis semua makanan kita." diujarnya seorang peniaga kepada gua, yang ketika itu baru terkedek-kedek mencari hidangan berbuka di bazaar.

2. pemakaian bersahaja.
tak perlu terlalu bergaya ke bazaar. cukup sekadar apa yang boleh sarung. elakkan daripada menonjolkan imej 'orang kaya' lu dekat situ. gua pun menyampah tengok. elok juga kalau lu pakai baju melayu/kurung.

3. kesantunan adalah dituntut.
ini aspek paling penting gua cakap sama lu. cakap elok2. lu bagi salam, dia jawab salam. lu tanya harga, dia kasitau harga. lu minta murah, mungkin dia boleh kasi dua kali punya murah. kasi turun dulu lu punya marah kalau lu tengok harga dia tak masuk akal, okay?

4. senyum sokmo.
tarik otot pipi, kasi lirik panjang sikit lu punya bibir2 biar cembung ke bawah. kasi sejuk sikit mata tauke2 dekat situ. muka lu buruk ka, cantik ka, apa ada hal? senyum sajalah.

5. jangan terlalu berharap.
kadang2, hidup memang tak seperti kita jangka. kalau tauke tu takmau kasi lu harga murah, lu jangan marah2 tauke tu. lu beli, atau lu pindah cari gerai lain. mungkin anak dia mau itu robot transformers, sebab itu dia masih mau jual harga sama, tak mau kasi turun. kita mana tahu kan.


tips ni gua bagi untuk lu'olls yang rasa harga2 di bazaar tu keterlaluan mahalnya.
kalau lu rasa lu kaya dan banyak duit, apa salahnya lu beli saja dengan harga runcit biasa.
tolong2 lah sikit tauke2 di situ, kan.

bersamalah kita meningkatkan ekonomi kaum sejagat.

kurma jangan lupa.

3 comments:

Monster Siti said...

semalam first time gwa pi bazaar, tengok kurma-kurma situ mahal nak mamp. ayah gwa beli prun 1 kg je pon, harga RM10. apa kes ? =,="

ENCIK TIKUS said...

lagi satu.. jangan lupa bawak duit cukup dengan makanan berbuka yang kita nak beli.. jangan dah order tengok kocek tinggal 1 ringgit sebab ralit membeli.. ceih..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tips basar ramadhan yang berguna.. Terima kasih..

dari mana mereka datang?