-

Wednesday, October 14

ini tentang betina.

(peringatan, entri kali ini mungkin mengambil masa sehingga 3 jam jika anda pembaca lembab. dinasihatkan untuk bancuh kopi dahulu, dengan biskut kering tersedia untuk dipatahcicah demi santapan kalian)

(entri ini tak bermaksud untuk mendiskriminasi kaum jantan. kalian semua boleh baca.)

hoi semua betina, aku nak cakap sesuatu.
aku cakap tentang pengalaman aku.
kalau tak suka, boleh marah.
kalau betul, marahlah juga.

aku kategorikan betina kepada empat.
betina murah, mahal, tak laku, dan biasa2.
aku pecahkan kepada empat ini, atas sebab perilaku mereka jelas dapat dibezakan dan cara untuk mengambil hati betina2 ini juga berbeza.

betina murah.
kalian pun tahu bagaimana betina jenis ini.
desperate, suka bersosial, mudah jatuh hati, dan juga mudah melompat ke hati yang lain.
betina jenis ini cenderung untuk bergedik dan bahasa yang digunakan juga selalunya bahasa gedik.
"u na kol i kew? bilew? maloo arh uuu."
"hihi. ane la shaye tao awk shukew kat shayee"

mengjengkelkan. meluat. hak tuihh!
satu lagi, mereka kerap menaip sesuatu ayat sambil jari kelingking atau jari manis menekan kekunci shift di keyboard.
aKu puN taK FahAm MeNgapA mEreKa peRlU mEnaIp sEbeGinI ruPa.
aku nak taip sikit macam kat atas ni pun susah kot. eee!
oh, betina ini mudah saja untuk jatuh hati dengan anda (jika jantan).
setakat nak minta nombor tu mudah. petik jari memang tak dapat.
kalian perlu berlagak macho, dan jalan tanpa pandang mereka.
mereka sendiri akan beri isyarat dan setelah itu anda akan membuka laluan sendiri untuk dapatkan betina itu.
kalau bernasib baik, tak payah buat macho pun takpe.
betina paling murah ini yang sendiri tinggalkan nota kecil terkandung nombor mereka.
senang.
bangang.

perempuan mahal.
ada dua, mahal tanpa kualiti dan mahal dengan kualiti.
mahal tanpa kualiti ini bergaul dengan betina mahal berkualiti.
mereka takkan melayan sesiapa kecuali jantan itu betul2 menarik perhatiannya.
perempuan jenis ini selalunya keseorangan.
jantan yang dihajati tak dapat2, jantan yang berhajat dengannya berduyun tak dilayan.
bila sunyi, mereka akan post status di facebook, yang berima sedih dan sepi.
maka setelah itu jantan2 tipikal laman sosial itu pun akan komen.
betina ini takkan reply. kalau ada pun sepatah dua.
jual mahal walaupun nilai betina ini telah mengalami depresiasi.
di atas tangan-tangan yang lain, perempuan mahal dengan kualiti ini yang terbaik pada pandangan aku.
betina ini tak semestinya kaya, atau cantik, kerana itu tak menjamin apa-apa dalam perhubungan.
betina ini sukar untuk didapatkan, hanya jantan bernaluri jantan sebenar dapat menarik bebenang hati mereka untuk disulam ke jantung anda.
betina jenis ini bersifat happy-go-lucky walaupun hidup tanpa jantan.
mereka ada teman2 sendiri, dan bila sedih, mereka ada cara sendiri untuk melepasluah rasa itu tanpa perlu beritahu semua orang di laman sosial.
aku suka lihat wanita jenis ini.
berkarisma. tapi aku tak selayaknya dengan mereka.
bukan setakat tak ada karisma, keris pun tiada. haha.

seterusnya, wanita tak laku.
di sini aku ingin ingatkan kalian, apa aku tulis ini adalah realiti berdasarkan pengalaman aku sendiri.
jika anda rasa anda tergolong dalam kategori ini, jangan baca.
dinasihatkan sekali lagi, JANGAN BACA.
ok, sampai sini saja anda boleh baca.

publisiti tak dapat menjamin hidup betina ini.
betina jenis ini, bukan tak berkualiti, tapi kurang.
bersifat sederhana dengan keadaan fizikal yang tak menarik perhatian jantan.
tak pernah atau kurang bersosial.
banyak menggunakan masa lapang untuk membaca buku atau tidur.
selalu diperlekeh oleh teman, tapi betina ini tetap sabar.
rasa mereka tak terluahkan, tapi sebenar-benarnya hati mereka meronta.
menangis tanpa suara. tanpa air mata.
kebiasaannya betina jenis ini kalau ada pun tak menyusahkan, kalau tiada pun tak terasa.
tapi betina ini jangan sekali dipandang rendah, kerana dengan sekelip mata betina ini boleh berubah.
jangan terkejut.
hanya mata yang benar2 melihat dapat menembus hati mereka, lalu melihat keindahan sebenar mereka.

seterusnya betina biasa2.
kalian pun boleh tahu sendiri.
aku berpendapat kalian mesti berharap kalian adalah yang biasa2 setelah baca semua yang aku carutkan di atas biar pada mulanya kalian berharap untuk jadi yang mahal.
tak ramai betina mahal, tapi kalian boleh cuba untuk itu.
aku dah malas nak beri deskripsi betina biasa2 ini.
penat menaip.
entah2 tak ada orang pun baca semua yang aku tulis ni. haha.

sekian saja dari aku.
boleh marah2 aku selepas ini.

bye2.

p/s: si kurung putih tak termasuk mana2 kategori sebab dia dah masuk laman hati aku.

11 comments:

Elly Elinna said...

i loiiikkke :D

aku pun tiada kategori kan?sebab aku perempuan, bukan betina. haha XP

anyway, two thumbs up this time!!

sesungguhnya, aKu Pun TaK PaHam KeNapA AdA PeRemPuAn TyPe MacAm Ni. susah aku nak baca. hmpft.

and bagi aku, apa yang kau kategorikan itu memang ada benarnya pun.

muyyaQ™ said...

pening aku. bace entri betina nih

adiwafi said...

elly : haha. kalau terasa, anggap je la aku cakap untuk ayam betina dalam reban atuk aku.

qayyum : haha. aku pun malas nak baca semula.

Cinta moCha said...

i sokong elly di atas.

hahaha..
i pon aktegori perempuan..bukan betina!~
MWAHAHAHAHA

adiwafi said...

aha. nanti kalau i tukar betina tu jadi perempuan u nak cakap apa?

:P

eza2odette said...

wafee, sungguh banyak masa terluang. terus kan berblog (^^)

syafiq_saharudin said...

sErIuS bEsT gILer EntRY kaU yaNG nIe. hAHa. aKu GEdiK kAn.

nadz 4 real said...

em...btol 2...tp klu betina tkr perempuan elok sket kot....=)...

adiwafi said...

guna betina sebab nak bagi nampak kasar.
memang sengaja.

ahah.

iluvcolours said...

hmm...
adakalanya apa yang ditulis mencerminkan peribadi diri sendiri..
adakalanya apa yang dilihat menggambarkan realiti..
adakalanya apa yang diharapkan hanya imaginasi dan fantasi..

penggunaan kata2 ibarat nak guna keris atau machine gun di medan perang...

salah kata,badan binasa...
salah bicara,buruk padahnya...

x salah apa yang dikata,
x salah apa yang dirasa...

ikut suka nak terima atau tidak..

saye.eyda said...

haha' suka sebab anda sgt jujur di sini.penulisan yg jujur mmg tiptop lah!

1st time komen bloh ini padahal da lme jd follower..haha

dari mana mereka datang?