-

Monday, October 12

fakta fesbuk.

(aku bagi amaran awal2; apa yang kalian akan baca ini adalah sampah semata2. boleh diangkutbaca tapi jangan simpan di memori, takut2 busuk kohong pula minda kalian kelak.)


di facebook, aku suka menambah kawan.
dan pada masa yang sama aku juga ada terima rayuan tambah rakan dari mahkluk maya siber lain.
tapi sebenarnya aku tambah dan terima kadangnya bukan sebab ingin berkenalan pun,
cuma bila profil mereka disulitkan,
jadinya tak dilayakkanlah aku untuk melihat foto2 mereka yang lain.
mengempunan aku sendiri.

gambar profil nampak hot, jadi aku pun eager lah untuk lihat foto2 berikutnya.
kebiasaannya hot chicks lah yang selalu guna private profile.
mereka menggunakan taktik ini sebagai strategi untuk memiliki sejumlah rakan yang mengagumi mereka atas sebab mereka hot.

aku selalunya tertipu dengan taktik ini.
pakai shades, bibir mungil muncung, mekap litup segala ibu jerawat, dan gambar pun diedit supaya nampak cantik dan menawan.
walaubagaimanapun hakikatnya, mereka langsung tidak hot.

dah lama aku perhatikan senario ini, dan akhirnya aku telah mengenalpasti beberapa taktik yang selalu digunapakai untuk mengatup keburukan mereka di samping menganggunkan rupa mereka.

  1. gambar cuma fokus kepada muka. taktik ini selalu digunapakai untuk melindung lemak2 ekstra pada badan mereka. dan sebab itu, cuma muka digunakan sebagai pelaris.
  2. gambar tanpa dahi. khas untuk wanita berdahi luas dan jendul, mereka menggunakan taktik ini bagi melindungi dahi mereka yang terancam dengan cemuhan luar.
  3. foto separuh muka. mungkin kerana tahi lalat atau parut yang besar di sebelah kanan muka, hanya bahagian kiri yang ditonjolkan.
  4. gambar hitam putih. tona kulit yang tidak memberangsangkan merangsang mereka untuk menggunakan grayscale mode bagi mengelakkan kecelaruan warna di situ.
  5. gambar beramai-ramai. purata manusia dalam satu gambar bagi seluruh album mungkin lima atau enam orang. hal demikian mungkin terbit dari perasaan rendah diri atau ingin meninggi diri dengan cara menggunakan foto yang melibatkan mereka dengan wanita yang hot selayaknya.
  6. gambar shot dari atas. taktik paling digemari ramai. berfungsi sebagai alat menguruskan badan (cuma dalam gambar). dipercayai ilusi mata paling berleluasa di fesbuk.
  7. foto orang lain digunakan untuk tiket promosi diri sendiri. mereka langsung tak ada harga diri. bukan setakat copy-cat, mereka juga copy-dog, malahan copy-pig jua.
mahukan lagi? aku dah malas menaip. kalau mahu tahu lebih lanjut kita boleh berinteraksi secara langsung di masa2 yang kita lapang. kajian ini cuma sekadar suka2. tak ada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak. sesiapa yang terasa tu aku minta maaf sangat2.

jadi,
jadilah diri anda sendiri.

:)

13 comments:

Anonymous said...

btol..sy stuju, nak2 yg part amik gambar dari atas tu.

Cinta moCha said...

i like this post so damn f**king much..serious doe wafo..u hebat..
oh" fakta num 6..sebenarnye ad tujuan len tangkap gmbr dr atas kot..
for those yg saje" pakai sexy" menangkap gmbr dr atas.
HAHAHAHAHA

but" pic i di fb xd niat pon nak tgkp muka je!just baju tuh terlalu sexy..so if letak pic penuh nnt org akan add because other reason!HAHA

adiwafi said...

am : awak setuju, saya lagi suka. haha.

shuay : haha. you terasa eh? i tak cakap siapa2 pun. jangan risau lah.

;)

Elly Elinna said...

aku tak hot.so, aku tak terasa. :D


anyway, another thumbs up! ;)

adiwafi said...

terima kasih elly.

aku tahu kau selalu guna helah besarkan mata setiap kali ambil gambar. haha.

Hanita Hanim Mohd Ali said...

eheh.. ada benarnya fakta anda tersebut. eyh, aq ktegori yg mane ek.. xde kan... kihkihkih

Anonymous said...

elly wat magic a.k.a. silap mata.
buwahahahaa

adiwafi said...

hanim : tak tahu. takde kot. aku tahu kau bangga dengan jerawat kau. haha.

am : magic kenyit2 mata.

Elly Elinna said...

ahaha teknik besarkan mata itu magic rahsia aku yang paling berga :D

am, sila jangan jeles XD

Elly Elinna said...

*berharga

Anonymous said...

Kesimpulan entry ini: Wafi ialah stalker yang berjaya. Tahniah!

adiwafi said...

haha. macam psiko je kan.

Hanita Hanim Mohd Ali said...

kao kan mmg psiko....
cam psyduck! bkan itek psikik tp itek psiko... ^_^

dari mana mereka datang?