-

Monday, August 31

si kurung putih.

kesantunannya melemahkan ragaku.
tecungap jantung aku bila berhadapan dengannya.
dia bawa aku terbang, dari realiti menyeberangi fantasi.

biar kau rasakan kebaikanmu sifar,
aku sanggup menghiris setiap kuku di jemari mulusmu,
kejadianmu sudah cukup indah bagiku.

31082009.

rakyat yang melihat : tak ada beza pun.

rakyat yang mendengar : tak ada bunyi bunga api pun. tak meriah langsung.

rakyat yang merasa : hambarnya sambutan kali ini. tak rasa macam merdeka pun.

rakyat yang sedar dan faham : _________________.


isi sendiri kalau kalian faham apa makna merdeka tahun ini.



selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52. :)

mazhab hati.

aku bimbang rasa ini terluahnya lebih.
khuatir rasa ini mampu ubah setiap hela nafas aku.
bimbang pupus gelak tawamu saat aku menjadi badut dalam sarkas hidupmu.

aku mengerti kita kongsi rasa yang sama.
ikatan itu wujud senyap-senyap.
tak nampak dan tak boleh sentuh, tapi boleh rasa.
efeknya mungkin tak terasa. mungkin jua lebih teruk.
negativiti.

mahu, minat, dan suka, tapi aku tak boleh. itu bukan pernah berlaku pada aku.
itu sedang berlaku. sedang.

tak mampu aku palsukan rasa ini.
jadi aku cuba simpan di setiap pertemuan kita.
menjadi normal seperti biasa.
biar aku tahu di antara kita ikatan itu nilainya lebih berharga dari semalam.
lebih berat dari hari-hari sebelumnya.
dengan makna lain, ia bercambah.

di setiap udara yang aku hirup,
aku tapis segala laku dengan penuh perhatian.
bimbang rasa ini terpeluk rasa kau juga.
nantinya dua-dua terhidu ekstasi rasa yang lalai.
bahagia tapinya bahaya.
biarpun dua-dua mahu, tapi caranya jelas salah.
fahamnya begitulah.

baiknya kita jadi teman normal tanpa ada rasa yang terluahkan.
begitu lebih baik. kan?

Sunday, August 30

ini untuk kamu.

helo. nama aku wafi.
aku ada seorang kawan yang aku gelar ia sahabat.
dah lama aku tak jumpa beliau.
hmm. sejak dia dah menemui cinta barunya.
dah lama juga lah kami tak contact.

satu hari tu adalah call daripada beliau.
aku ingatkan mahu bertanya khabar atau bercakap tentang hidup sejak hari kami kali terakhir bertemu itu.
terus aku dengar suara kakaknya, minta aku tolong edit gambar.
aku tak kecil hati. tak perlu pun.
tak payah lah syahdu sangat kan.
aku pun setuju je lah untuk menolong kakak beliau.

aku tak pasti ini bila, beliau ada beritahu di facebook yang dia akan balik ke luar negara untuk menyambung pengajian beliau.
tapi dia tak beritahu aku. aku cuma nampak di dinding rumah aku di facebook.
biarlah. nanti-nanti sebelum dia balik dia beritahu lah tu. fikir aku begitu.

senyap-senyap rupanya dia dah di sana. (aku tak tahu ini betul atau tidak)
dia yakinkan aku yang dia memang di sana.

baru-baru ini ada sahabat aku nampak beliau di bazar ramadhan.
ohh. ini berlaku di malaysia, bukan luar negara.
bererti dia sudah berada di malaysia. katanya kepada kawan aku, "baru pulang pagi tadi."
baru pulang pagi tadi dan petangnya terus ke bazar, bersama pacarnya.
bukan dia baru ke sana ke?
tak apa lah.
aku percaya itu.

semalam dia ada call aku. katanya dia on the way ke kolej aku.
mahu berjumpa aku. dia bersama pacarnya.
kala itu aku masih busuk. belum mandi. mamai lagi.
aku cakap aku malas mahu bangkit. malas mahu mandi.
dia tak tahu yang malam sebelum itu aku dah habiskan tenaga aku banyak.
bukan setakat low battery, dah battery empty dah. tut tut tut.
dia mahu merajuk dengan aku sebab itu.
end call sejurus itu.

dia seperti mahu jerat aku.
perlu pilih salah satu dari dua.
sama ada berjumpa atau aku akan dihurung rasa bersalah.
tapi dua-dua aku tak pilih.
buat pilihan sendiri, tak mahu jumpa, tak mahu rasa bersalah.
kenapa tak cakap awal-awal nak berjumpa?
ohh. dia dah cukup awal katanya.
dia beritahu bila dia dah gerak dari sana.
tak sampai pun lagi. kira awal lah tu.
awal lah sangat tu kan!
whatever.

aku minta maaf jika kau marah aku.
aku dah rimas melayan karenah makhluk pra-matang keliling aku.
aku harap kau faham, walaupun sebenarnya kau takkan faham aku.
aku bosan dengan hidup penuh plastik.
rajuk kau aku dah tak terlayankan. aku penat.

satu lagi, sila salahkan aku kerana aku tak ada usaha untuk contact kau.
sebab aku ini sifatnya tak suka bergaduh dengan boyfriend teman aku.
aku pernah alami itu.

***

helo. nama aku wafi.
aku ada seorang sahabat yang telah lama aku kenali.

aku dah delete dia daripada facebook.

itu sahaja.

Saturday, August 29

bila cinta.

terbang tanpa sayap.
malu tapi mahu.
jatuh taknak bangun.
mati tanpa kesal.

Friday, August 28

hoi si buta.

lelah aku menyelam dalam lautan segala rasa hati keliling aku.
lagi jauh aku selam, lagi aku ditekan rasa itu.
berdesing jiwa aku dibuatnya.
aku, cuba redakan segala gelora amarah mereka.
kadang-kadang itu aku yang sakit dihentam ombak,
selepas dibaling keluar ke muka perairan.

uhh.

kadang-kadang itu aku mahu merungut.
mereka tak cuba langsung untuk berenang di kolah rasa aku.
biar ia tampak cetek, tohor, dan damai. bukan dalam pun!
sedang aku ini sembunyi sejuta bangkai rasa di dasaran.
kenapa tak mahu langsung melihat aku?
kenapa tak ingin langsung faham aku?

hari ini, aku calarkan sedikit dasar kolah itu.
hari ini juga, akan aku katup ia dengan kelodak palsu hidup aku.

berhentilah memandang aku, selamanya.

Wednesday, August 26

mayonis beku.

dia cuma singgah dalam mimpi.
hanya jenguk aku dalam bayangan.
menari denganku di awan angan.

dia yang tak ku kenali, telah tambat hati aku guna tali maya.

sungguh maya.

serius.

Tuesday, August 25

teka-teki puasa dan kucing pondan.

teka apa benda ini.
ringan.
berasal dari lembah berlalang.
ada di merata-rata tempat.
ia terbang setiap kali waktu berbuka puasa.

***

aku baru tahu ada juga haiwan yang homoseksual terwujud di bumi ini.
kucing milik kawan aku, S (bukan nama sebenar) yang bernama Babu (jantan) menjalinkan hubungan kelamin dengan kucing jantan yang lain. Babu dikhuatiri merupakan seekor kucing pondan.

H (bukan nama sebenar) juga menambah dolphin dan monyet juga cenderung untuk menjalinkan hubungan sejenis.

seraya aku bertanya, "ayam kalau gay macam mana eh?"

H menjawab, "ayam mana ada gay lah."


***

jawapan kepada teka-teki tadi adalah tahi hidung yang dijentik sebaik sahaja berbuka puasa. :P


Monday, August 24

hari ini.

aku tolong imran berniaga roti john petang tadi.
kerja aku, potong roti sampai hancur.
tak pandai. tapi aku belajar.
meriah juga gerai petang tadi.
gerai pun cepat tutup.
roti dah habis. aha.
esok kena beli banyak stok roti lah ni.

nampak tak ikan atas ni?
ada lapan ekor semua.
ini nama mereka;
1. hitam - shabab.
2. merah - fatim.
3. kuning - elly.
4. biru - azri.
5. hijau - nadrah.
6. jingga - ika.
7. kelabu - fatin suhana.
8. halimunan - wafi.
rajin-rajin lah bagi makan. :P

oh hari ini ulangtahun hari lahir dye.
she's my ex. tapi kami masih baik.
selamat hari jadi lah awak.
get well soon.

itu saja.
sekian.

primadona agung.

gonggong segala rasa lalu, di sini aku buang.
retak serta rekah aku tampalkan rapat.
biar tak ada orang tahu apa hati sedang mengarang.

kau seorang, aku tak tertahankan.

Sunday, August 23

cabaran.

puasa perut, boleh saja tahan lapar.
puasa mulut, tak mengumpat lagi setakat ini.
puasa tangan dan kaki, kalau bukan bulan puasa pun aku kurang buat maksiat ini.

tapi puasa mata, memang tak boleh tahan! huh.

pergi bazar bukan terliur tengok murtabak ayam, tapi ternganga tengok peha ayam panas (hot chicks).

ish!

Saturday, August 22

tiga puluh hari lagi.

jangan lupa bangun sahur.
jangan lupa makan secukupnya.
jangan lupa hantar mesej 'selamat menyambut ramadhan' kepada kawan-kawan.
jangan lupa korek hidung.
jangan lupa solat subuh berjemaah di masjid.

dan yang paling penting, jangan lupa berniat puasa.


jum kita sahur. :)


p/s: buah tamar mengandungi banyak karbohidrat yang digunakan sebagai energy dalah aktiviti harian. kalau dah tak sempat sahur, makan kurma pun cukup lah. lagi pun itu kan sunnah. ;)

Friday, August 21

ramadhan terakhir.

hati kebal ini enggan terima sebarang kata nasihat.
tapi bila suis paling dalam di hati ini dipetik, maka terwujud satu cahaya malap di dalam ruang hati yang gelap.

aku tak dapat baca setiap baris lirik kehidupan aku.
aku tak tahu apa yang ada di hadapan aku.
jiwa aku masih lohong. hati masih tepu.
sekejap lagi muazzin akan azan maghrib.
tanda ramadhan sudah tiba.
jelasnya, aku belum bersedia.
mahunya, aku berubah menjadi lebih baik dari tahun terdahulu.
sekurangnya, hijrah sikit pun jadilah.
naluri itu ada.
sama-sama kita mengambil peluang sebaiknya untuk ramadhan kali ini.
mungkin ini merupakan ramadhan terakhir kita.

kita tak tahu itu.


p/s: ibadat kita digandakan sehingga 700 kali pada bulan ramadhan yang mulia ini. kalian mahukannya tak? sama-sama kita jadi insan yang lebih baik dari dahulu. :)

Wednesday, August 19

pagi dunia!

setiap hari bila kita bangun awal kita senyum.
itu permulaan setiap hari-hari yang indah.
jadi jum kita senyum! selamat pagi kawan-kawan! :)

republik heart-tee the project.


republik heart-tee is now officially open for sale!

hee. teruja tak? :P

sial klik logo di atas. aku masih baru jadi aku nak minta ampun dan maaf awal-awal jika ada silap dan kurang aku dengan cara aku mengendalikan projek ini.

apa-apa pun kalian tolong support aku ok! :)

Monday, August 17

subtituted.

cemburu tak akan dapat takluk realiti.
biar rasa itu sikit tapi hati tetap goyah.
rasa itu tak terlawankan.
cuma boleh simpan, pendam, dan akhirnya lemas lenyap.
senyumlah sikit! :)

Sunday, August 16

ucapan jiwa.

rintik hujan malam ini, kasi pulih jiwa aku.
berjalan sendirian di bahu jalan. lengang. sunyi.
berdialog aku dengan sang angin malam.
titis embun mata ditiup halus, tersejat kering di tepi bibir.
aku seorang, pernah jatuh dahulu.
tersungkur rebah dengan kaki goyah. malu. kecewa.
tapi aku tak terseliuh dengan sejarah itu, aku bangkit.
berbekal koleksi gurindam pengubat hati.
hadiah daripada sahabat-sahabat bersempena hari aku jatuh itu.
yang takkan aku peroleh dari teman segala nista.
bila tangis si aku dia lari, bila aku gembira dia ada pula.
nilai harga bekalan itu aku tak mampu beli.
terima kasih sahabat, hari ini sama-sama kita bangun semula.

rintik hujan malam ini, kasi pulih jiwa aku.

Friday, August 14

siapa kata youth tak ada talent?

check this out.


video

bunyi itu semua keluar dari mulut-mulut dia. (aku anggap dia ada dua atau tiga lagi mulut dalam mulut dia. haha.)

beliau merupakan juara youth got talent! untuk program minggu perindu gemilang ke-11.

he's absofuckinglutely amazing!


p/s: maaf kepada para pengunjung yang tak dapat masuk ke dewan seminar kami yang sempit. kami terpaksa melangsungkannya dalam keadaan yang tertutup dan berskala kecil. maaf sekali lagi. :)

Wednesday, August 12

ratapan melodi hampa.

ketiga-tiga malam untuk program minggu perindu gemilang ke-11 terpaksa dibatalkan atas arahan timbalan naib canselor uitm.

keringat yang selama ini dikerah siang dan malam tampak sia-sia. jujur aku katakan, aku amat kecewa dengan pembatalan tersebut.

warga uitm sudah tidak dibenarkan untuk menganjurkan program berbentuk pengumpulan pelajar. hal demikian terjadi disebabkan oleh isu h1n1 atau selesema babi yang sedang menular dalam kalangan rakyat malaysia.

arahan ini dikeluarkan dua hari sebelum program ini berlangsung. persiapan sudah 95% siap. poster sia-sia, banner sia-sia, bunting sia-sia, promosi sia-sia, belian barang program sia-sia, khemah yang dipasang sia-sia, jemputan para VIP sia-sia, rancangan untuk menjemput artis sia-sia, semuanya sia-sia.

persediaan dan perancangan untuk program ini sebenarnya telah bermula sebulan yang lalu, di mana shazman ingin membawa perubahan kepada kandungan program ini. semangat yang ditunjukkan berkobar-kobar, ingin membawa satu program berbentuk keremajaan kepada para pelajar uitm. aku ingat lagi semasa dia menyatakan hasratnya untuk program kali ini, raut wajahnya bersungguh dan aku sangat tertarik untuk bekerja dengan gigih demi program ini.

kami cuba untuk berjumpa tnc, menyatakan hasrat kami untuk meneruskan apa yang telah dirancangkan biarpun arahan telah dikeluarkan. kami juga mengeluarkan usul untuk mengedarkan topeng muka dan risalah berkaitan dengan selesema babi kepada setiap pengunjung yang datang ke program tersebut. usaha kami gagal dan kami terpaksa meneruskan untuk ke plan b.

jika mengikut plan b, tak banyak yang boleh dilakukan. kami merancang untuk mengadakan solat hajat, larian kemerdekaan, dan pertandingan youth got talent! secara tertutup tanpa ada audiens. aku tak tahu bagaimana program ini akan berjalan nanti tapi aku yakin program ini takkan jadi semeriah yang dirancang sebelum ini.

bila keringat dicurah ke daun keladi seperti ini, emosi dan jiwa mula memberontak. ada juga suara-suara dalam hati kecil ini mahu boikot semua program uitm yang melibatkan orang ramai, di mana mereka berkumpul. manalah tahu takut-takut ada program uitm yang terlepas. macam mana kalau ini terjadi? aku tak tahu. suara itu aku cuma dengar, tak sampai ke akal untuk menggerakkannya. aku perlu menjadi profesional di sini.

dalang di sebalik semua masalah ini sebenarnya adalah babi itu sendiri. kalau dia tak bersin merata-rata tempat, tak adalah penyakit yang meragut 429 nyawa seluruh dunia (sehingga tarikh entri ini). aku kasihan kepada mereka yang tidak bersalah itu.

akhir kata dari aku untuk babi-babi sekalian, BABI KAU MEMANG SIAL. FUCK YOU.


p/s: mpg11 tetap berlangsung cuma pengisian dikurangkan dan dianjurkan untuk skala yang kecil. gerai jualan tidak akan terjejas di samping wujudnya gerai celcom yang menawarkan pelan u.o.x pada kadar paling rendah untuk para pelajar di bawah umur 25 tahun. terima kasih.

Tuesday, August 11

sepi di laman sendiri.

sunyi seketika blog ini.
aku tak ada masa untuk update sedangkan aku ini boleh dikatakan 24 jam duduk di hadapan skrin laptop.
banyak kerja dan tugas yang perlu aku selesaikan.
semuanya untuk minggu perindu gemilang ke-11.
bukan senang nak perah otak, keluarkan akalan yang mampu menarik perhatian semua orang dengan design yang aku buat.
aku harap kalian doakan semoga program ini berjaya dengan jayanya okay!
sekian. terima lah kasih aku ini. :)

Monday, August 10

bukan bunting yang mengandung itu.


jutaan terima kasih kepada para penaja yang sangat bermurah hati. :)

komentar perisai komuniti.

heh. tak ada apa aku mahu cakap.
tapi ini khas untuk ballack dan referee;

kalau nak bercinta pun, jangan lah jelas-jelas tunjuk atas padang.
sudah lah homoseksual. geli lah.

get a room lah wey!

Sunday, August 9

otak kempis.

aku tuntun angan ringan di sipi mimpi sepi.
aku pegang bebenang impian gian dalam alam fantasi basi.
akan aku genggam segala apa yang aku hajati.

akan aku hidup dengan realiti puki ini.

Saturday, August 8

pantang sayang.

aku suka hidup membujang.
makan kenyang. tidur tenang. hidup pun senang.

tapi, kalau si bunga datang,
aku memang tak boleh nak halang.

gila kencang!!


p/s: ang ang ang. aku anak kelahiran terengganu lah beb! :D

Thursday, August 6

minggu perindu gemilang ke-11.





poster sudah siap tapi belum naik lagi. dalam proses percetakan.
minggu depan kalian tengok lah di fakulti masing-masing ok.
eh, ini untuk pelajar uitm sahaja. lupa nak beritahu. :)

apa macam? tertarik mahu datang?

kasihan si kancil putih.

ketika ini T dan S (bukan nama sebenar) menunggang kancil putih.
mereka sering berkongsi masalah mereka bersama.
masalah yang menarik cuping telinga aku adalah masalah peraturan uitm.

pelajar perempuan tak boleh pakai baju lengan pendek.
aku rasa peraturan ini sudah cukup bagus bagi mengelakkan bulu di celah lengan mereka terkeluar.
tapi mereka tak suka. mereka mahu pakai lengan pendek juga.
mereka bangga dan takbur dengan bulu-bulu tersebut.

nak dijadikan sebuah cerita telenovela, mereka pun memulakan perbualan mereka.

S : susah betul lah nak masuk uitm pakai lengan pendek kan.
T: ye lah. menyusahkan je.
S : aku rasa kita kena berlakon jadi foreigner lah. baru pak guard bagi lepas.
T : eh kau nak jadi foreigner apa muka pun hitam?
S : kita jadi lah negro. haha.
T : a'ah kan. kita cakap kat pak guard macam ni, "yo man! i'm a nigga!". *sambil tangan nak buat gaya hip hoppers tapi lebih kepada gaya cakar harimau.*
S : hahaha.
T : pak guard tu mesti pelik kan. "apo kono ekau ni? ngigau eh?". hahaha.


bunyi ngigau dengan nigga tu macam hampir sama kan?

Tuesday, August 4

senyum yang hampir sengih.

kau ingat tak masa kita mula-mula selisih?
aku masih ingat. indah bukan?
kau rasa tak ada angin nyaman bila kita bersama?
aku rasa sangat cool. indah bukan?

bau kentut nyaman yang damai, merempuh setiap corong hidung makhluk berderia.
kau, aku, dan angin lalu itu.
indah.

aku paling suka part ini. :)

Monday, August 3

youth got talent.



aku baru siapkan satu dari tiga poster untuk minggu perindu gemilang ke-11.
youth got talent ini merupakan acara untuk malam kedua.
ada komen untuk poster di atas?

Sunday, August 2

paranormal yang ikhlas.

kau tak boleh ubah lahiriah nafsu seorang lelaki yang inginkan wanita.
kau tolonglah faham situasi aku bila dunia di luar lihat aku.
kau tak perlu mengharap balasan bila tanganmu memberi, walau sebesar zarah sekalipun.
kau harus belajar terima kata aku, dan bukannya menentang dan akhirnya semua kau yang betul.
kau boleh buat apa sahaja yang kau suka berkaitan hidup aku, tapi sila tanya izin aku dahulu.
kau tak mengerti makna privacy seperti mana yang aku faham.
kau jangan halang, marah, dan dengki bila aku hidup gembira, tanpa engkau.
kau silalah jadi lelaki sejati.

aku beri kau sedikit ruang dalam hidup aku.
aku bagi masa aku demi kehendak kau.
aku bergaul biarpun aku ada kalanya kurang selesa.
aku pekakkan tohmahan member aku.
aku lalikan kehidupan paranormal keliling aku.
aku malas nak buat drama yusuf haslam. itu sangat menggelikan.
dan aku tak mahu menyesal untuk mengenali engkau.

kau masih ada masa depan. aku akan bantu kau.


terima kasih, kawan.

dari mana mereka datang?