-

Friday, August 21

ramadhan terakhir.

hati kebal ini enggan terima sebarang kata nasihat.
tapi bila suis paling dalam di hati ini dipetik, maka terwujud satu cahaya malap di dalam ruang hati yang gelap.

aku tak dapat baca setiap baris lirik kehidupan aku.
aku tak tahu apa yang ada di hadapan aku.
jiwa aku masih lohong. hati masih tepu.
sekejap lagi muazzin akan azan maghrib.
tanda ramadhan sudah tiba.
jelasnya, aku belum bersedia.
mahunya, aku berubah menjadi lebih baik dari tahun terdahulu.
sekurangnya, hijrah sikit pun jadilah.
naluri itu ada.
sama-sama kita mengambil peluang sebaiknya untuk ramadhan kali ini.
mungkin ini merupakan ramadhan terakhir kita.

kita tak tahu itu.


p/s: ibadat kita digandakan sehingga 700 kali pada bulan ramadhan yang mulia ini. kalian mahukannya tak? sama-sama kita jadi insan yang lebih baik dari dahulu. :)

dari mana mereka datang?