-

Wednesday, August 12

ratapan melodi hampa.

ketiga-tiga malam untuk program minggu perindu gemilang ke-11 terpaksa dibatalkan atas arahan timbalan naib canselor uitm.

keringat yang selama ini dikerah siang dan malam tampak sia-sia. jujur aku katakan, aku amat kecewa dengan pembatalan tersebut.

warga uitm sudah tidak dibenarkan untuk menganjurkan program berbentuk pengumpulan pelajar. hal demikian terjadi disebabkan oleh isu h1n1 atau selesema babi yang sedang menular dalam kalangan rakyat malaysia.

arahan ini dikeluarkan dua hari sebelum program ini berlangsung. persiapan sudah 95% siap. poster sia-sia, banner sia-sia, bunting sia-sia, promosi sia-sia, belian barang program sia-sia, khemah yang dipasang sia-sia, jemputan para VIP sia-sia, rancangan untuk menjemput artis sia-sia, semuanya sia-sia.

persediaan dan perancangan untuk program ini sebenarnya telah bermula sebulan yang lalu, di mana shazman ingin membawa perubahan kepada kandungan program ini. semangat yang ditunjukkan berkobar-kobar, ingin membawa satu program berbentuk keremajaan kepada para pelajar uitm. aku ingat lagi semasa dia menyatakan hasratnya untuk program kali ini, raut wajahnya bersungguh dan aku sangat tertarik untuk bekerja dengan gigih demi program ini.

kami cuba untuk berjumpa tnc, menyatakan hasrat kami untuk meneruskan apa yang telah dirancangkan biarpun arahan telah dikeluarkan. kami juga mengeluarkan usul untuk mengedarkan topeng muka dan risalah berkaitan dengan selesema babi kepada setiap pengunjung yang datang ke program tersebut. usaha kami gagal dan kami terpaksa meneruskan untuk ke plan b.

jika mengikut plan b, tak banyak yang boleh dilakukan. kami merancang untuk mengadakan solat hajat, larian kemerdekaan, dan pertandingan youth got talent! secara tertutup tanpa ada audiens. aku tak tahu bagaimana program ini akan berjalan nanti tapi aku yakin program ini takkan jadi semeriah yang dirancang sebelum ini.

bila keringat dicurah ke daun keladi seperti ini, emosi dan jiwa mula memberontak. ada juga suara-suara dalam hati kecil ini mahu boikot semua program uitm yang melibatkan orang ramai, di mana mereka berkumpul. manalah tahu takut-takut ada program uitm yang terlepas. macam mana kalau ini terjadi? aku tak tahu. suara itu aku cuma dengar, tak sampai ke akal untuk menggerakkannya. aku perlu menjadi profesional di sini.

dalang di sebalik semua masalah ini sebenarnya adalah babi itu sendiri. kalau dia tak bersin merata-rata tempat, tak adalah penyakit yang meragut 429 nyawa seluruh dunia (sehingga tarikh entri ini). aku kasihan kepada mereka yang tidak bersalah itu.

akhir kata dari aku untuk babi-babi sekalian, BABI KAU MEMANG SIAL. FUCK YOU.


p/s: mpg11 tetap berlangsung cuma pengisian dikurangkan dan dianjurkan untuk skala yang kecil. gerai jualan tidak akan terjejas di samping wujudnya gerai celcom yang menawarkan pelan u.o.x pada kadar paling rendah untuk para pelajar di bawah umur 25 tahun. terima kasih.

10 comments:

we~win said...

BABI memang tersangat sialll!!!

izzahfarhana said...

turut bersimpati.if sempat one day bt lah

idham said...

babi btol la babi ni

zatiesiska abdul rahman said...

aku bersin pun lecturer usha slek gle cis...adoi hampa

miszkeyna said...

bersimpati kt kamu..
babi punye pasal, manusia yg kene...haisshh

aurox_3d said...

babi mmg babi r ko babi...babi pon x macam ko babi....hehehe

cian ohhh....kalo aku, da x da semangat da nak buat kije

Cinta moCha said...

siannye u wafee...
em..penat lelah u...
:(

said...

the longerst, and the most easiest to comprehend of all enrties.

i iz happy.

juansyahmi said...

saba ek wafi
:D

dila said...

aku nmpk gerai jer...
huhuhu~
sian2..

dari mana mereka datang?