-

Thursday, September 30

tujuh hari mencari cinta.

dan di sini hari pertamanya
dia bersilang di jutaan kasih
berpusar di banjiran juwita

matanya pinar
hatinya bingar
jiwanya pudar

dia takkan percaya
kiranya hari tujuh nanti
dia akan ketemu jantungnya

dia cuma tahu
dalam enam hari lagi

cinta harus datang kepadanya

kerana kelengkeng2 percaya
sudah tertaut

lalu segala janji
harus tertunai nanti.

2 comments:

Anonymous said...

niceeeeeeeeee!! hahaha. tak mencarut takpe kan?

adiwafi said...

haa

tak apa :)

dari mana mereka datang?