-

Sunday, September 13

betina dan vincci.

lelaki.
kerjanya menghurung betinanya tawaf satu shopping complex.
mencari sepatu paling rare di dunia, konon-kononnya.
bertatah berlian palsu, gaya tali melilit betis, tumit harus enam inchi kalau boleh.
seluruh alam dia cari sepatu itu.
jarak langkah jalannya sama seperti berjalan dari kuantan ke kemaman.
semalam pun begitu juga, tapi objektifnya lain.
meneroka kebaya nyonya merah.
fuhh. marathon shopping.
semuanya kerana hari-hari terakhir sale.

tapi bila dah sampai ke 'kemaman',
yang menjadi pilihan betinanya adalah sepatu di vincci 'kuantan'.
kedai pertama yang mereka kunjung.
"kepala hotak lu lah!"
bermonolog sahaja lelaki itu.

ragam. kau tak tahu lelaki itu kakinya dah bergetar seperti handphone ada call masuk tanpa henti dalam mode silent. vibrating. model philips. getarnya sungguh luar biasa.

vincci kuantan. destinasi terakhir pengembaraan lelaki itu.
lelah dan alah.

pap! pap! pap!
betinanya mencuba sepatu dengan tiga warna berbeza.
cari warna paling serasi dengan tona kulit kaki yang gelap.
sambil berdiri. dia terlalu excited.
kerusi empuk untuk para gadis mencuba sepatu tak digunakan.
cuma jadi tempat sang lelaki merehatkan punggung dan menyental lenguh belakang mereka.
kepala lutut pun harus diservis. mungkin jua perlu overhaul.

lelaki-lelaki ini senyum sesama sendiri dengan masing-masing menghirup udara segar ber-aircond sambil mencuci mata.

nikmat.

7 comments:

sebab saye nadrah hassan said...

ahaha..ayat anda.....

adiwafi said...

aha. ayat saya dah rojak tu.

syafiq_saharudin said...

shakirah.

adiwafi said...

bukan lah. bukan spesifik.

Anonymous said...

This is an exact copy of my situation few years back. Naik lumpuh kaki aku pusing Bukit Bintang untuk cari dress yang berkonsep 'chic lit' which I don't have any freakin idea what that was. Akhirnya, baju dibeli di kedai 'Kuantan'. A good one, Wafi.

Elly Elinna said...

haha. Wafi, siapa suruh kau setuju nak teman?

adiwafi said...

nizam : bukit bintang, sg wang plaza, lot 10, pavillion, timesquare.

pilihan menarik bagi yang minat aksi kembara ni. ehe.

elly: siapa cakap aku setuju? aku tak cakap itu aku.:P

dari mana mereka datang?