-

Wednesday, April 8

senyum.





=)




***

ku termenung. duduk di atas kerusi, berhadapan dgn laptop.
jari telunjukku, lembut menyentuh touchpad.
lalu membawa cursor di desktop ke icon winamp.
double-clicked.
ku tatap playlist di winamp.
oh, terlihat lagu yang dia bagi kepadaku dahulu.
lantas ku mainkan lagu itu.
ku biarkan lagu itu di volume rendah.
enak telinga-tak-korek-tiga-bulan ku mendengarnya.

uhh.
tiba rangkap kedua reff, aku tersentap.
sial. janganlah siksa aku begini.
aku sudah penatlah!
kalau kau mahu perli aku pun, ku rayu supaya kau cari waktu lain.
bukan sekarang ok!
hati berkecamuk. jiwa terancam.
fikiran melayang.

ku pejamkan kelopak mata.
gelap, nampak cacing-cacing independant bergerak rawak.
apa itu? ah.
cuba membayangkan dedaun pohon rambutan gugur di rumah datukku.
mungkin tenang sedikit.
sebentar.
bagaimana rupa daun rambutan ya?
aku lupa.

***

aku biasanya bisa tahan dugaan sebegini.
tarik nafas, hembus nafas.
selesai.
tapi kali ini macam bernafas dalam derauan darah panas.
hampir lemas ku dibuatnya.

ku berbaring di atas katil.
aku ketawa.
cik medula oblongata punya kerjakah?
oh tidak. akal aku yang suruh.
beliau yang bagi command.

aku sedar, aku masih mentah.
ini kali pertama aku putus pacar.
entah lepas ini berapa kali lagi akan terjadi, kan?
dia, sudah beberapa kali. patutlah nampak kuat dariku.
cepat ada pengganti walau masih dalam eddah.

selepas ini aku akan punyai pacar baru.
mungkin esok. mungkin lusa.
bila-bila sajalah. aku tak kisah.
yang pasti dia akan datang.
dan mungkin, dia akan pergi semula.
pada masa itu haruslah aku akan bersedia.
tiada lagi air masin tumpah ke lantai selepas melewati pipiku.
tiada lagi termangu di atas roller-coaster.
tiada lagi aku terlepas stesyen sampai ke padang jawa.
tiada lagi aku meraung di dalam comforter.
tiada lagi semuanya yang kalian takkan tahu.

kini, aku tersenyum.
senyum malu. bodoh kan aku.
macam ****mak saja.
benda kecil, jadi besar.
perempuan benda biasa.
objek bernyawa, berbentuk WOY di luar kurungan.
tanya encik shabab. beliau tahu rasanya.



*senyum*



p/s: jgn tanya lagu apa. malas mau jawab.


11 comments:

Cinta moCha said...

dun be sad!~
i know how u feel.:')

adiwafi said...

jom tengok cacing2 independant terbang!

Elly Elinna said...

=)
*senyum*

Elly Elinna said...

ahak3...
da tau da WOY...gle mengong~ =P *jelir lidah*

syafiq_saharudin said...

W
o
Y

haha

adiwafi said...

WOY di luar kurungan.

W
)o(
Y

Elly Elinna said...

P!!
korunk ni mmg P..
lesen P btul..hahaha

Anonymous said...

perogol..ahahaha

wafi, ak nk nges lah

adiwafi said...

haihh.. asal na nanges?

Elly Elinna said...

sume org cite pasal ex lately...
wafi la perintisnye..
pasni ak nak cite pasal bf lak...
jom ramai2 cari pasangan baru!!!
idup bunag!
haha...

Anonymous said...

huh?

dari mana mereka datang?