-

Tuesday, July 19

mimpi

dia senyum melangut langit
sambil tangan mendepa
melayar jiwa mengarus angin

tiada pernah raganya ringan begini
seolahnya dia terbang merewang
bersayapkan cinta
berkepakkan bahagia
persis bidadari syurga

mimpi--
indah.

---

dia tahu usianya telah menjerut
dan telah terhidu bau2 syurga yang sering dia impikan

besok, lusa, nanti2 datang jua katanya.

mimpi--
senantiasa indah.

anak kecil itu pasti, punya masa terinfiniti untuk mengecap segala rasa yang dia impikan,
kelak.

5 comments:

Anisa Hang Tuah said...

mimpi

kejap

tapi

indah.

xynophillious said...

selayaknya manusia, aku juga bermimpi tentang syurga..namun pemiliknya tetap Dia

Johan 'Champ' Radzi said...

Syurga itu selayaknya bagi
hati-hati yang terpancar sinar
seperti matahari.

ninja hamimo said...

mimpi yang hanya keindahan sementara.
tapi apa bisah mimpi jadi kenyataan dengan usaha. :)

adiwafi said...

ini mimpi budak kecil yang menghidap HIV kronik.

moga2 dia tabah.

dari mana mereka datang?