-

Thursday, July 21

hari ini dan semalam


hari ini dan semalam jaraknya satu perubahan
jauh-dekat-panjang-singkat
bersandar pada jasad2 yang diukur

penghisaban bukan cuma ketika saat ini, detik ini;

jadi kita usah berseloroh menuding itu ini,
betul-itu-salah-ini
sebab telunjuk kita bukan suci mana
entah besok lusa kita ini jadi konco dajjal (nauzubillah)

maka kelak di hujung hayat duniawi,
doa2lah kita mati dengan kemuliaan

sepertimana yang kita selalu gemburkan.

3 comments:

norshila ibrahim said...

best bro...!

Johan 'Champ' Radzi said...

Saudara,
pemikiran kau yg abstrak dan melangkaui semapdan logik itu benar-benar menarik minat aku.

Kau juga ahli sejuta stanza bukan?

adiwafi said...

hehe macam mana nak langkau logik sedangkan aku cuba untuk jadi realist?

:)

aku juga ahli sss. tak setegar; tak sehebat mereka yang lain.

dari mana mereka datang?