-

Sunday, May 17

pulang.



aku sudah pulang.
kembali ke dunia asal aku.
menjalani jadual hidup yang normal.
tidur mesti lebih 12 jam sehari.
online 24 jam tanpa henti.
makan hanya bila rajin menyelubungi.
itulah makna 'pulang' bagi aku.

aku singkatkan sahaja pengalaman aku di kem btn.
hari pertama, tiba di kem kuala lipis pada pukul 2.30 petang.
kawasan yang terpencil, indah, dan baharu.
sekitarannya memang wujud suasana kem.
tapi apabila malam, keadaan berubah.
kawasan keliling tampak seram.
gelap, malap, suram.
dari cerita nenek atas loker, hingga kisah mayat cari kepala,
semuanya melintas kilat menyeberangi arus minda aku.
membuatkan bulu roma berdiri spontan, tanpa kawalan otak.
ya. aku agak penakut. tapi hati aku kering.

berakit 5 jam di sungai jelai, memang menguji mental dan fizikal aku.
jeram dan selekoh memaksa kami mengayuh laju.
arusnya sangat deras.
uhh. aku rasa aku dah kena distrofi otot sama seperti allahyarham mokhtar dahari hidap dahulu.
biceps dan triceps longgar.
tisu-tisunya juga seperti terlerai satu-satu.
lelah dan lemah.

aku malas sebenarnya mahu menulis.
jadi sampai sini sahaja penceritaan pengalaman aku.
kalian akan bosan jika aku teruskan lagi.
aku mahu berehat.
selamat malam kalian.



5 comments:

Anonymous said...

wakaka

Nunazama said...

selamat pulang ^^

adiwafi said...

thanks. ;)

Zatiesiska Abdul Rahman said...

ape beza ngan org penakut tp hati basah??

aku kategori mne ek

adiwafi said...

penakut hati basah boleh duduk dalam kubur senyap-senyap. aha.

dari mana mereka datang?