skip to main |
skip to sidebar
ada orang kata masa itu emas.ada orang juga kata masa tak boleh dibeli.tapi aku sendiri pula kata emas boleh dibeli.so how lah?***kerja aku hari ini, melepak.result supplement paper belum keluar, jadi aku tak boleh masuk ke kelas lagi.pls don't blame me for that. aku bosan tahap dewa di bilik ini.12.00p.m. - lunch bersama engku, ungku, dan ekin. (mereka adalah asas kepada tungku kaki tiga yang selalu digunakan dalam makmal)2.00p.m. - minum air sampai kembung perut bersama shakira, tya, radzi, sufiza, iylia, dan hatta.9.00p.m .- dinner 'famili angkat' di klang. nama restoran itu persis nama duda mak - afnan. kami makan bersila di situ.11.30p.m. - minum cham di pakli. main tipu sampai bosan. riak dan takbur si shakira berulang kembali.2.30a.m. - pulang jua akhirnya. :)***aku kenal mamat ni melalui radzi, pertama kali bersua di bintang sidewalk.kami ramai-ramai gelak ketawa buat lawak bangang.masa itu aku tak sedar mamat ni rupanya bapak famous.balik dari situ barulah tya beritahu mamat ni fashion designer yang sohor-sohor juga di malaysia.rasa bersalah juga aku bagi teka-teki bodoh mengenakan beliau. haha.oh, beliau ialah hatta dolmat.ini beliau.


***aku tunjuk gambar aku bersama engku pada tya dan sha.gambar itu kami snap semasa lunch tadi.mereka cakap kami seperti adik beradik.oh makcik ini dua tahun lebih TUA dari aku.
i don't think so lah!***masa itu emas. namun bukanlah seperti emas biasa. tiada harga untuknya, namun kehilangannya boleh buat kita rasa rugi selamanya.orang kata masa itu tak boleh dibeli. tapi sebenarnya boleh, jika kalian tahu caranya dan kalian bijak menghargainya.dan itu aku yang cakap selepas orang lain cakap.suka hati aku lah nak cakap apa pun. chill la weh!
klimaks. mudah sekali.cairan nikmat itu melulu masuk mencari pasangannya.telur betina itu tertunggu-tunggu.menanti lamaran sang jantan.ditakdirkan mereka bertemu di satu lorong.jutaan berudu mikro yang datang menghampiri.telur itu hanya pilih satu. mungkin yang paling gatal.maka sang jantan bertuah itu dijemput masuk.lalu mereka bercampur.bersatu jadi satu.namun, tak semudah yang disangka.hakikinya campuran itu terlarang.caranya juga salah. menyimpang dari hukum.namun begitu hasilnya tak bersalah langsung.hasil itu merupakan zuriat yg suci, terbit dari corong terlaknat.aku kasihan pada jasad kecil itu, bakal didewasakan tanpa si bapa.patutlah lapan purnama sahaja di rahim.tak tertahan menahan hangat dosa sepanjang ia bernyawa di situ.rimas panas.aku lihat ia. aku renung ia puas-puas.bayi lelaki itu cukup sempurna fizikal.hidungnya sama seperti ibunya.aku lihat ibunya pula. lemah.jelas dia penat melawan maut sedang jasad baru itu ingin keluar malam kelmarin.raut mukanya bercampur-baur.melankolik jiwanya.mungkin gembira kerana zuriat baru terlahir.dan mungkin sedih kecewa bapa kandung bayi itu menafikan tanggungjawabnya.terfikir pula aku, bayi itu diazankan oleh siapa?atau kalimah mulia itu tak berkumandangkah tatkala ia menghela nafas pertama?aku renung jasad kecil itu lagi.masa depan ia tampak kabur.ibu muda itu belum sedia untuk menerima kehadiran zuriat itu.tanggungan itu tak tertanggung sebenarnya.si bapa lari, si ibu berdikari.dan si anak bakal membesar sendiri.hati aku masih sayu.aku harap dia membesar dengan sempurna.kelak dia harus jadi insan mulia.berbakti kepada yang perlu.berjasa kepada yang yang pernah berjasa kepadanya.dan aku juga tahu, satu hari nanti dia akan mula menjejak asalnya.dia akan merasakan sesuatu yang kurang dalam hidupnya,
bila dia membesar dalam kelompok yang normal usulnya.
dan dia juga pasti akan mencari kebenaran yang pasti akan dikaburkan oleh ibunya nanti.jadi aku harap dia boleh hadapi itu.aku betul-betul harap dia boleh.kerana aku sudah nampak hakikat itu bakal menghempap dirinya, yang aku sendiri tak tertanggung untuk lihat dia begitu pada saat dan situasi itu.p/s: ada orang famous called aku petang tadi. terharu rasanya. hehe. oh2, terima kasih juga buat kalian yang sudi membaca blog aku. dah mencecah 10,000 pelawat di sini. terima kasih sekali lagi :)
1. aku lunch dengan minah yang aku selalu usha dengan shabab dalam kelas. sayangnya shabab tak ada tadi. mungkin dia akan
jealous.
2. tya call aku siang tadi, tanya pasal result supplement paper. esok kut keluar. aku tak tahu. risau juga lah rasanya. 3. aku text shabab beritahu dia aku lepak dengan minah tu. jelas dan nyata dia jealous. 4. bila aku bosan, aku main fifa09. manager mode, dah sampai tahun 2013. masa itu kaka dah retired dan cr7 memang dah mengalami zaman kejatuhan beliau. 5. ada orang fogging petang tadi. aku tutup pintu bilik. buka kipas kuat-kuat. duduk depan laptop. tutup hidung. 6. malam tadi aku lepak dengan shakira, taufiq dan budin di pak li. budin study di canada. beliau sedang bercuti. oh, shakira masih stim tengok dia walaupun aku dah bosan berborak di situ. 7. shakira mahu lepak lagi. idea pertama mahu tengok perut am menari di court futsal. malangnya, dia tak main pula. jadi kami ke dataran. lepak kat situ sambil main speed. beliau sudah ada improvement. oh beliau sangatlah riak dan takbur. 8. aku dapat berita gembira sebentar tadi. tapi aku disuruh buat-buat tak tahu dahulu. jadi apa berita gembira itu? aku tak tahu. 9. aku tegur dye di facebook tadi. tanya khabar dia. dia cakap dia happy. dia sudah berbaik dengan koe semula. bagus lah. aku tumpang gembira untuk dia. aku harap dia tanya aku semula, tapi dia tak tanya. aku dah sediakan jawapan untuk soalan yang tak tertanyakan itu. aku pun happy juga. 10. aku ada berbaik dengan seorang perempuan ini, aku panggil dia as. aku selalu call dia bila aku bosan. lama-lama aku rasa aku menjadi seseorang yang sangat desperate. jadi aku rasa aku perlu kurangkan aktiviti tersebut. 11. hari ini ulangtahun hari kelahiran nadrah hassan. oh dia orang famous kuantan. single, cantik dan pandai mengait. memang aku suka promote kawan-kawan aku di sini. 12. bercakap tentang promote, silalah melawat blog ini. tuan punya blog sedih tak ada orang comment blog beliau. aku tak suka tengok kawan-kawan aku sedih. jadi tolong comment demi kesejahteraan beliau ok. 13. aku cirit-birit hari ini. malu nak cakap awal-awal. kalau dah akhir-akhir ni aku rasa macam tak ada orang nak baca sangat sebab dah bosan membaca fakta-fakta di atas. baru tak segan sangat bila tak ramai baca part ini. p/s: aku menulis entri ini dengan penuh tak ada perasaan. sebab apa eh?
lu pikir lah sendiri.