-

Monday, June 20

di syurga


lelangit jiwa menjunjung rasa sejuta raga
ada pari2 menyulam rindu padanya
mengulit kenangan seribu rona;
makanya dia senyum2 saja
bermimpi perihal sang kirana
seolahnya hanya dia arjuna--
di syurga

maka biarlah saja dia bermimpi
yang terlewatkan waktu mengejar mati
bisa dia gembira bersendiri
walau nyata sunyi sepi
dan seolahnya hanya dia yang mengemudi--
di syurga.




2 comments:

Anisa Hang Tuah said...

menapak di syurga hati
pada seorang lelaki
yang tak membenarkan warna pelangi
masuk ke liang diri

sedih sekali :'(

EZAN IDMA said...

Syurga memang indah.

dari mana mereka datang?