-

Thursday, May 5

cinta kosmik


bintang rebah dari hatimu--
jatuh ke mataku.

meraung si aku tatkala ia tersiat,
meninggalkan aku sorang--
buta.

bintang, bulan, hancurlah seluruhnya
tinggalkan aku bersuram
tanpa fajar, tanpa hari,
cuma aku dan larut senja,
dalam bayang hatimu.

dan dalam gelita aku bingar jantungmu
mencari suara yang terhenti,
dan aku di ruang paling gelita
segelita jiwaku.

bintang2 dari mata kita
aku satukan dalam peta
mengerti bahawa masih ada jalan pulang bagiku.

lalu aku dengar suram jantungmu;

kau pun seiyanya sama bergelap
yang meyakinkan aku untuk terus tinggal di sisimu.



diubahsuai daripada lirik lagu:

No comments:

dari mana mereka datang?