hidup persis saja drama
dinukilkan tuhan, dengan produksi sendiri
berepisod sampai mati, seolah infiniti
dan dalam satu babak;
aku diberi satu watak picisan-- antara ekstra2 yang lain
ada atau tidak aku, tampak sama sahaja
namun aku bersungguh memain peranan aku
seluruh raga aku beri, jiwa aku separuh mati
mungkin ada yang mencemuh;
"kau bukan dapat apa2, cuma penat lelah saja. takkan dapat kau kejarkan nama, cuma menanggung di bawah hidup watak utama sahaja"
eh itu bukan niat aku
aku ikhlas mau bantu mereka2 yang buntu
ujar aku ikhlas, maka serius aku ikhlas
aku takkan berkehendak pada nama
tak sekali terlintas untuk menang apa2
malah merampas hak siapa2, pun bukan
lakon layar ciptaan tuhan terlalu agung
aku tak berani untuk cuba mengolah sendiri
aku ditakluk dan diarah untuk mengikut skrip
tapi aku diberi kebebasan sedikit untuk melaksana dengan cara sendiri
yang penting akarnya aku tidak cantas
aku tak tahu sama ada aku di klimaks
atau sudah beranti-klimaks
atau mungkin baru saja mengembangkan plot
aku cuma sedikit bingung.
ah hidup persis saja drama
dinukilkan tuhan, dengan tujuannya sendiri
segala pelakon cuma memain watak
takkan tahu hujungnya gimana.
serius kita semua takkan tahu.
p/s: drama nukilan manusia adalah plagiat seni tuhan.
No comments:
Post a Comment