-

Wednesday, April 28

episod baru.

di sela lidah mengaku
di jurang ruang yang menjauh

ada nama kamu terlaung

di balik tirai memaksa
di selang nafas yang terhenti

kau menghilang dalam kelam


berderau darahku
merekah hatiku
menyeksa batinku

putih,
kembalilah.

Monday, April 26

saya tak mau main monopoli.

kawan
aku sibuk sedikit lately.

masih mencari sela untuk bernafas.

penat juga kerja kalau nak target tinggi2.

haihh.

Tuesday, April 20

epistemologi agung.

sehelai idiom
sudah cukup untuk melengkap prosa lohong jiwa aku.

Sunday, April 18

senada.

dalam setiap saat
aku bingar degup jantungmu
memekik namaku
dalam diam

rupanya
jantung aku yang berdegup di hatimu.

Friday, April 16

menghamba kepada si bongkak.

hari ini aku mahu kongsi pengalaman hidup aku.
kisah aku menghamba kepada si bongkak.

semalam,
aku pergi unit percetakan untuk mencetak banner.
berjumpalah aku kepada seorang ketua di situ,
H namanya.

pakcik H ni memang malas nak layan aku.
bila aku datang, dia cakap dia sibuk.
aku dah bawa soft copy dalam pendrive aku.
tapi dia mau hard copy.
aku tak faham apa guna hard copy sedang aku dah bawa soft copy.
katanya itu adalah prosedur.

aku tanya,
"encik, dekat kawasan sini ada tak tempat untuk print? kalau nak keluar jauh. saya ada kelas selepas ni."

dia balas,
"tak ada. printer rosak."

hati aku pula balas,
"unit percetakan ternak satu printer rosak ke?"

tapi mulut aku balas,
"encik, kalau macam tu saya bagi dulu soft copy, nanti bila sempat, saya hantar hard copy."

aku tanya lagi,
"encik, hard copy tu untuk apa? apa yang saya boleh buat untuk memudah kerja encik?"

dia jawab,
"saya banyak kerja, kalau ada hard copy boleh saya letak atas meja. boleh saya ingat saya ada banner nak kena cetak."

hati aku membentak,
"eh setahu aku kalau nak print, tekan button print sahaja kan?"

tapi mulut aku cakap,
"hmm. macam ni encik, saya akan follow-up besok pagi. dan petang esok pun saya akan call lagi. encik jangan risau"

dia mudah menjawab,
"ok"


keesokannya,
aku pergi ke situ semula.

konsep aku menghamba kelmarin telah membuah hasil.
dia layan aku seperti anaknya hari ini.
dia ajar aku macam mana mahu print banner.
dia tunjukkan aku cara mahu gam hujung banner.
dia beri aku peluang untuk menebuk lubang banner sendiri.

hey, aku tak minta pun semua ni.
aku cuma mahu hidup dengan zero-conflict.
kalau ikut hati, dah lama emosi aku mati.

kalian,
kita boleh kawal emosi kita.
kita boleh lawan amarah kita.
kita perlu harungi ombak manusia seperti ini.
jangan menghentam, cubalah berenang.

Wednesday, April 14

menantimu.

paksi ini takkan berganjak
selagi aku deras menghela nafas

paksi ini takkan tumbang
selagi maruah belum tersampahkan

paksi ini takkan hancur
selagi jiwa kental terkendong

paksi ini selalunya menang
selagi hatinya belum sedia mengaku kalah.

Tuesday, April 13

sambutlah aku yang terjatuh.

hello dunia!

pekikkan fiksyen2 syurga untuk aku
jiwa aku betul2 telah luruh
amarah aku berdentum guruh
hati aku betul2 runtuh

pekiklah aku
supaya pekaknya aku

bingar

lalu semata sunyi semula
dan aku

merintih kembali.

Monday, April 12

persis spade.

hari-hari tua sudah berlalu;

masih melontar kad maharani yang serupa,
takkan tertolak naluriku
takkan menyonsang taruhanku

kerna jiwa aku,
sepenuhnya gambled.

Saturday, April 10

ikhfa' shafawi.

ada perkara yang kita alpa
sedang kita tahu signifikannya

sepertimana kita lupa bila mana perlu berdengung
tika mim bertemu ba'

begitulah jua hidup
senantiasa kita alpa
senantiasa kita perlu disapa.

Thursday, April 8

kami ikhlas mau berbakti.

bukan kami nak membayang kalian
tapi keluarlah dari bayang kami
yang lama sudah kami cuba undurkan.

Wednesday, April 7

sebentar.

ke hadapan pegasus perkasa
pinjamkan aku sayap patahmu
aku ingin terbang sebentar

sahabat
andai aku diperlukan
cari aku di bintang
yang satunya silau di celah rona

aku di situ sebentar.

Tuesday, April 6

suara yang tidak didengari.

mengapa langit mudah dicecah
sedang bumi sukar dipijak?

mengapa sang garuda ditabik tinggi
sedang pekik semut di telapak dipekakkan?

mengapa bulan dikhabarkan indah
sedang kita tahu kawahnya bergelimpangan?

mengapa dicantas pucuk yang menjalar
sedang ranting lain tersipu untuk hidup?

dan

mengapa perlu kami bersuara?
sedang suara kami langsung tidak didengari?

Monday, April 5

Sunday, April 4

awek jepun.

kau,
tak muncul2 lagi di hadapan lif itu.

jiwa aku sering meneriak rayuan,
yang lalunya memancar imej kamu dalam akalan aku,
setiap kali mulut lif mahu melontar selonggok manusia keluar.

bergetar-getar.
berkocak-kocak.
tersipu-sipu.

oh awek jepun.

Friday, April 2

far 400.

1st test - 83%.

2nd test - will be held on this saturday.


four flat is on the way. a real four flat.

:)

Thursday, April 1

sejuta warna di hati.

sejuta warna di hati
untuk kirana yang aku cintai

sejuta warna di hati
rindulah arjuna yang kau miliki

sejuta warna di hati
beri makna damai aku hingga mati.

dari mana mereka datang?