-

Thursday, July 9

wad tingkat satu, katil sebelas.


klimaks. mudah sekali.

cairan nikmat itu melulu masuk mencari pasangannya.
telur betina itu tertunggu-tunggu.
menanti lamaran sang jantan.
ditakdirkan mereka bertemu di satu lorong.
jutaan berudu mikro yang datang menghampiri.
telur itu hanya pilih satu. mungkin yang paling gatal.
maka sang jantan bertuah itu dijemput masuk.
lalu mereka bercampur.
bersatu jadi satu.

namun, tak semudah yang disangka.
hakikinya campuran itu terlarang.
caranya juga salah. menyimpang dari hukum.
namun begitu hasilnya tak bersalah langsung.
hasil itu merupakan zuriat yg suci, terbit dari corong terlaknat.
aku kasihan pada jasad kecil itu, bakal didewasakan tanpa si bapa.
patutlah lapan purnama sahaja di rahim.
tak tertahan menahan hangat dosa sepanjang ia bernyawa di situ.
rimas panas.

aku lihat ia. aku renung ia puas-puas.
bayi lelaki itu cukup sempurna fizikal.
hidungnya sama seperti ibunya.
aku lihat ibunya pula. lemah.
jelas dia penat melawan maut sedang jasad baru itu ingin keluar malam kelmarin.
raut mukanya bercampur-baur.
melankolik jiwanya.
mungkin gembira kerana zuriat baru terlahir.
dan mungkin sedih kecewa bapa kandung bayi itu menafikan tanggungjawabnya.
terfikir pula aku, bayi itu diazankan oleh siapa?
atau kalimah mulia itu tak berkumandangkah tatkala ia menghela nafas pertama?

aku renung jasad kecil itu lagi.
masa depan ia tampak kabur.
ibu muda itu belum sedia untuk menerima kehadiran zuriat itu.
tanggungan itu tak tertanggung sebenarnya.
si bapa lari, si ibu berdikari.
dan si anak bakal membesar sendiri.

hati aku masih sayu.
aku harap dia membesar dengan sempurna.
kelak dia harus jadi insan mulia.
berbakti kepada yang perlu.
berjasa kepada yang yang pernah berjasa kepadanya.
dan aku juga tahu, satu hari nanti dia akan mula menjejak asalnya.
dia akan merasakan sesuatu yang kurang dalam hidupnya,
bila dia membesar dalam kelompok yang normal usulnya.
dan dia juga pasti akan mencari kebenaran yang pasti akan dikaburkan oleh ibunya nanti.
jadi aku harap dia boleh hadapi itu.
aku betul-betul harap dia boleh.
kerana aku sudah nampak hakikat itu bakal menghempap dirinya, yang aku sendiri tak tertanggung untuk lihat dia begitu pada saat dan situasi itu.


p/s: ada orang famous called aku petang tadi. terharu rasanya. hehe. oh2, terima kasih juga buat kalian yang sudi membaca blog aku. dah mencecah 10,000 pelawat di sini. terima kasih sekali lagi :)

7 comments:

Anonymous said...

aku tanye mesti ko no komen nye.

ape kes. sape yg wat ni. ko ke?.

da crett tinggal. haha

adiwafi said...

wah wah wah. aku tak kenal minah tu beb. dia kawan kepada kawan aku. aku teman kawan aku lawat dia tadi lah.

Anonymous said...

da la seap bg tau wad ape. kang aku p kang. haha.

ko ta de la tampa2 die. ksi sedar. haha

Elly Elinna said...

ish. kesian kat baby tu.

adiwafi said...

am : tak guna tampar. biar dia sedar sendiri.

elly : kan.

Anonymous said...

uuuu...insaf2,,,kecian baby tu

xxx said...

whys so hard to hold the nut out?

this is not 60s, where 7e is never around.

dari mana mereka datang?