-

Sunday, July 26

soalan sekolah rendah.

esok hari isnin.

asah pensel tajam-tajam guna pengasah bercermin. susun buku ikut jadual kelas besok ke dalam beg swan beroda. sediakan pemadam banyak-banyak untuk ditaruhkan sebagai cagaran lawan pemadam nanti. (pemadam bendera negara paling famous masa itu.) semak lengkapan alat tulis dalam kotak pensel power rangers bertingkat. baju tak perlu digosok sebab dah guna jenama cap canggih. oh, jangan lupa kasi kapur kasut putih-putih, sampai keras depan kasut itu sebab kapurnya terlebih tebal.
ok. terimbau memori malam hujung minggu zaman persekolahan kalian tak?

***

aku nak bagi kalian satu soalan.
soalan sekolah rendah mudah.
subjek matematik tahun enam.

ada sedia? hee.


satu tambah dua tambah tiga tambah empat tambah lima darab sifar.

selesaikan.


p/s: rakan-rakan yang aku pernah soal soalan ini sila berdiam diri. :)


17 comments:

♥iqah♥ said...

0 la jwpnnya.
kn kn kn ???
eheh.
=p~

izzahfarhana said...

0 kn?

adiwafi said...

teruskan menjawab. nanti aku bagi jawapan. :)

aurox_3d said...

sifar....heheh

aurox_3d said...

satu lagi...beratur panjang kat kantin utk beli makanan...perhimpunan tengah panas..nyanyi lagu negeri pahang..lalala~

xxx said...

simple elementary arithmetic.
scaling operation in linear.

good job!

Zatiesiska Abdul Rahman said...

aku kene denda ngn cekgu sbb bising dlm kls time die p meeting..kne tibai kat bontot..cis xgne punye ketua darjah...tulis nama aku lak

IJAT said...

o la wafee oit...

adiwafi said...

azri : karipap 20sen kan.
izzua : berapa? aha.
zatie : ganas ah kau. haha.
izzat : kalau aku cakap salah macam mana? :P

xxx said...

10

adiwafi said...

yea. sepuluh. kan cikgu suruh selesaikan operasi darab dahulu baru tambah. :P

aurox_3d said...

ces...macam penah terkene je..hehe

Anonymous said...

i tak tau calculate..math failed

Cinta moCha said...

sifar la jawapannya.
atok toi..
ahah..
eh wafo..i x pkai beg swan beroda..
x penah pkai beg beroda..
miskin xd duit nak bli
hahahha

adiwafi said...

10 lahh. sila baca komentar sebelum ini. :)

shureko-san said...

x...
jawapan dye sifar lee...

sbb kt skolah rndah x blaja pon psl kne darab dlu...

hehehehe....

**skolah mngh bru blaja...

chocolatesedap said...

kat sekolah darjah 1 dlu aku nakal skit..haa..darjah satu dh kene rotan gan cikgu..haha

dari mana mereka datang?