Tuesday, July 7
ringkasan hariku.
1. aku lunch dengan minah yang aku selalu usha dengan shabab dalam kelas. sayangnya shabab tak ada tadi. mungkin dia akan jealous.
2. tya call aku siang tadi, tanya pasal result supplement paper. esok kut keluar. aku tak tahu. risau juga lah rasanya.
3. aku text shabab beritahu dia aku lepak dengan minah tu. jelas dan nyata dia jealous.
4. bila aku bosan, aku main fifa09. manager mode, dah sampai tahun 2013. masa itu kaka dah retired dan cr7 memang dah mengalami zaman kejatuhan beliau.
5. ada orang fogging petang tadi. aku tutup pintu bilik. buka kipas kuat-kuat. duduk depan laptop. tutup hidung.
6. malam tadi aku lepak dengan shakira, taufiq dan budin di pak li. budin study di canada. beliau sedang bercuti. oh, shakira masih stim tengok dia walaupun aku dah bosan berborak di situ.
7. shakira mahu lepak lagi. idea pertama mahu tengok perut am menari di court futsal. malangnya, dia tak main pula. jadi kami ke dataran. lepak kat situ sambil main speed. beliau sudah ada improvement. oh beliau sangatlah riak dan takbur.
8. aku dapat berita gembira sebentar tadi. tapi aku disuruh buat-buat tak tahu dahulu. jadi apa berita gembira itu? aku tak tahu.
9. aku tegur dye di facebook tadi. tanya khabar dia. dia cakap dia happy. dia sudah berbaik dengan koe semula. bagus lah. aku tumpang gembira untuk dia. aku harap dia tanya aku semula, tapi dia tak tanya. aku dah sediakan jawapan untuk soalan yang tak tertanyakan itu. aku pun happy juga.
10. aku ada berbaik dengan seorang perempuan ini, aku panggil dia as. aku selalu call dia bila aku bosan. lama-lama aku rasa aku menjadi seseorang yang sangat desperate. jadi aku rasa aku perlu kurangkan aktiviti tersebut.
11. hari ini ulangtahun hari kelahiran nadrah hassan. oh dia orang famous kuantan. single, cantik dan pandai mengait. memang aku suka promote kawan-kawan aku di sini.
12. bercakap tentang promote, silalah melawat blog ini. tuan punya blog sedih tak ada orang comment blog beliau. aku tak suka tengok kawan-kawan aku sedih. jadi tolong comment demi kesejahteraan beliau ok.
13. aku cirit-birit hari ini. malu nak cakap awal-awal. kalau dah akhir-akhir ni aku rasa macam tak ada orang nak baca sangat sebab dah bosan membaca fakta-fakta di atas. baru tak segan sangat bila tak ramai baca part ini.
p/s: aku menulis entri ini dengan penuh tak ada perasaan. sebab apa eh? lu pikir lah sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kesian kau. okeh lah, aku comment.
.
.
.
kau x promote aku pun?
aha....post wafi da panjang2....kene tunggu elly plak...hik2...
p/s: word verication untuk komen ni adalan fuckin.
kau kena kesian jugak ke elly? haha.
wow. xpernah dapat word macam tu lg. haha.
hooo...kuang ajo btol..nk tgok prut mnari???
shakira cakap kau msg dia mcm tu. haha.
Post a Comment