-

Wednesday, July 1

cerita dalam van Vanette.

cerita ini aku tulis berdasarkan sejarah hidup aku sendiri.
sila baca dengan teliti.


tempat : indera mahkota 5.
tarikh : 1 syawal 1429.

ok. ini hari raya pertama. aku di kuantan seorang.
famili aku di sabah. jadi, aku beraya dengan adik-beradik abah aku.
pagi itu, sesudah solat sunat aidilfitri, kami beraya di rumah saudara di indera mahkota 8.
lama juga di situ.

selepas itu,
kami solat zuhur di masjid im1.
di situ, terdetik dalam hati aku untuk beraya di rumah F (bukan nama sebenar).
rumah beliau di im5. besar macam muzium.
aku hantar pesanan ringkas bertanyakan beliau di mana.

ok, set. dia ada di rumah.

tanpa segan-silunya, kami mengadakan rombongan Cik Kiah ke rumah beliau menaiki van Vanette.
penuh satu van. sardin cap ayam.
setibanya di situ, mak cik aku tiba-tiba mahu pulang. dia segan.
aku dah cakap rumah beliau besar.
kami berhenti jauh sedikit sebab segan-sampai-nak-kambus-kepala-dalam-tanah.

abah dia keluar. panggil kami masuk.
ah. tak boleh lari dah.
terpaksa masuk.

tergedek-gedek kami melangkah masuk rumah itu.
naik tangga baru jumpa ruang tamu.
kagum.
labuhkan pinggul di atas sofa empuk. ruang tamu terisi dua penghawa dingin.
dua kali kagum.
duduk di situ lihat keliling. ada gambar famili F dengan sultan pahang.
sumpah kagum.

ok. ini dah sampai klimaks cerita. (aku tahu kalian dah bosan)

anak makcik aku, azri ada hajat besar untuk disempurnakan.
merengek dia kepada makcik aku. oh dia baru 6 tahun.
maka makcik aku ni bawalah azri ke jamban muzium itu.

pakcik aku, segan-segan berborak kosong dengan abah F.
tak tahu nak cakap apa. cuma mengiyakan apa yang abah F kata.

azri selesai berhajat. makcik aku membawanya ke ruang tamu berhawa dingin itu semula.
dia tersenyum. seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
lantak lah. aku teguk air guava yang tersedia di depan aku.
(hari raya yang lepas pun air itu juga aku minum di situ).

masanya sudah tiba.
kami berangkat pulang.

dalam van Vanette itu, makcik aku meluahkan rasa kagumnya.
dijangka awal oleh aku tentang ini. tapi tak terjangka pula dia akan terus call abah aku di sabah.
dia cerita rombongan kami ke situ.

berikut adalah perbualan mereka di telefon:

makcik yang kagum : long, kau tau tak tadi kitorang pergi rumah bakal menantu kau?
abah yang cool : siapa pula menantu aku ni? pergi mana tadi?
makcik yang kagum : tadi la, pergi rumah kawan wafi di im5. besar gila tu rumah dia. macam muzium!
abah yang cool : ohh. apa yang best sgt nya?
makcik yang kagum : tadi aku bawa azri pergi buang air kat rumah tu. toilet dia ada aircond
abah yang cool : (nada selamba) laa. toilet kat Megamall pun ada aircond.
makcik yang kagum : ...

maka kami pun gelak macam hantu lah dalam van Vanette itu. sumpah tak tipu. :P

17 comments:

fatinsuhana said...

*terkedu.
huhu.

adiwafi said...

aha. jangan kantoikan F tu siapa.

Elly Elinna said...

wawawa..boleh agak dah kot sape F tu. :P

fatinsuhana said...

iyew.
akuh knal,
tp tadew la rapat mane.
sombong kot dea.
heh.

♥iqah♥ said...

ahah.
i knOw dat F.
hee.
dia cantik + pandai !
=))~

fatinsuhana said...

iqah kenal?
mmx,
tuh maybe luaran dea
iqah.
tanye wafi sebenar2
dea cemane.
ftn ta kenal mane pn.
wink.

adiwafi said...

aha. F tu siapa2 je. jangan gaduh2. :P

fatinsuhana said...

huhu..

Anonymous said...

zipp ur mouth. hahaha. adeihh.

canggih. ey dlm toilet si F tu ta de ke laptop ke?

adiwafi said...

kena ada laptop dalam toilet ke?

or toilet rumah kau ada laptop?
wow. hahaha

Zatiesiska Abdul Rahman said...

gilak la bkl bini ko kaye raye :D

adiwafi said...

haha. itu makcik aku buat cerita lah.

aurox_3d said...

f tuh ngader2 okeyh...kate nak kuar ngan kite, tapi, xkuar2 pon....cam nak langgar jer baby J dier...opsss

FatinSuhana said...

isk.
dea br pas accident kau na wat
gtuh kan.
haih~

Anonymous said...

LAPtop ta ta de tp kain buat LAP ade la. haha

aurox_3d said...
This comment has been removed by the author.
aurox_3d said...

haah...cian kete die...jahat okeyh enche F ituh...dush2

dari mana mereka datang?