-

Monday, August 31

mazhab hati.

aku bimbang rasa ini terluahnya lebih.
khuatir rasa ini mampu ubah setiap hela nafas aku.
bimbang pupus gelak tawamu saat aku menjadi badut dalam sarkas hidupmu.

aku mengerti kita kongsi rasa yang sama.
ikatan itu wujud senyap-senyap.
tak nampak dan tak boleh sentuh, tapi boleh rasa.
efeknya mungkin tak terasa. mungkin jua lebih teruk.
negativiti.

mahu, minat, dan suka, tapi aku tak boleh. itu bukan pernah berlaku pada aku.
itu sedang berlaku. sedang.

tak mampu aku palsukan rasa ini.
jadi aku cuba simpan di setiap pertemuan kita.
menjadi normal seperti biasa.
biar aku tahu di antara kita ikatan itu nilainya lebih berharga dari semalam.
lebih berat dari hari-hari sebelumnya.
dengan makna lain, ia bercambah.

di setiap udara yang aku hirup,
aku tapis segala laku dengan penuh perhatian.
bimbang rasa ini terpeluk rasa kau juga.
nantinya dua-dua terhidu ekstasi rasa yang lalai.
bahagia tapinya bahaya.
biarpun dua-dua mahu, tapi caranya jelas salah.
fahamnya begitulah.

baiknya kita jadi teman normal tanpa ada rasa yang terluahkan.
begitu lebih baik. kan?

No comments:

dari mana mereka datang?