-

Sunday, August 30

ini untuk kamu.

helo. nama aku wafi.
aku ada seorang kawan yang aku gelar ia sahabat.
dah lama aku tak jumpa beliau.
hmm. sejak dia dah menemui cinta barunya.
dah lama juga lah kami tak contact.

satu hari tu adalah call daripada beliau.
aku ingatkan mahu bertanya khabar atau bercakap tentang hidup sejak hari kami kali terakhir bertemu itu.
terus aku dengar suara kakaknya, minta aku tolong edit gambar.
aku tak kecil hati. tak perlu pun.
tak payah lah syahdu sangat kan.
aku pun setuju je lah untuk menolong kakak beliau.

aku tak pasti ini bila, beliau ada beritahu di facebook yang dia akan balik ke luar negara untuk menyambung pengajian beliau.
tapi dia tak beritahu aku. aku cuma nampak di dinding rumah aku di facebook.
biarlah. nanti-nanti sebelum dia balik dia beritahu lah tu. fikir aku begitu.

senyap-senyap rupanya dia dah di sana. (aku tak tahu ini betul atau tidak)
dia yakinkan aku yang dia memang di sana.

baru-baru ini ada sahabat aku nampak beliau di bazar ramadhan.
ohh. ini berlaku di malaysia, bukan luar negara.
bererti dia sudah berada di malaysia. katanya kepada kawan aku, "baru pulang pagi tadi."
baru pulang pagi tadi dan petangnya terus ke bazar, bersama pacarnya.
bukan dia baru ke sana ke?
tak apa lah.
aku percaya itu.

semalam dia ada call aku. katanya dia on the way ke kolej aku.
mahu berjumpa aku. dia bersama pacarnya.
kala itu aku masih busuk. belum mandi. mamai lagi.
aku cakap aku malas mahu bangkit. malas mahu mandi.
dia tak tahu yang malam sebelum itu aku dah habiskan tenaga aku banyak.
bukan setakat low battery, dah battery empty dah. tut tut tut.
dia mahu merajuk dengan aku sebab itu.
end call sejurus itu.

dia seperti mahu jerat aku.
perlu pilih salah satu dari dua.
sama ada berjumpa atau aku akan dihurung rasa bersalah.
tapi dua-dua aku tak pilih.
buat pilihan sendiri, tak mahu jumpa, tak mahu rasa bersalah.
kenapa tak cakap awal-awal nak berjumpa?
ohh. dia dah cukup awal katanya.
dia beritahu bila dia dah gerak dari sana.
tak sampai pun lagi. kira awal lah tu.
awal lah sangat tu kan!
whatever.

aku minta maaf jika kau marah aku.
aku dah rimas melayan karenah makhluk pra-matang keliling aku.
aku harap kau faham, walaupun sebenarnya kau takkan faham aku.
aku bosan dengan hidup penuh plastik.
rajuk kau aku dah tak terlayankan. aku penat.

satu lagi, sila salahkan aku kerana aku tak ada usaha untuk contact kau.
sebab aku ini sifatnya tak suka bergaduh dengan boyfriend teman aku.
aku pernah alami itu.

***

helo. nama aku wafi.
aku ada seorang sahabat yang telah lama aku kenali.

aku dah delete dia daripada facebook.

itu sahaja.

9 comments:

Anonymous said...

ntah la...mmm...tp pdan muka dia

ika said...

hehe. tindakan yg baek!
go wafi! :P

aurox_3d said...

macam kenal...hehehe...kenal ker?? lalala

xxx said...

i iz sad.

adiwafi said...

as : kenapa padan muka?
ika : baik ke?
azri : siapa?
izzua : kenapa?

m!3r@w said...

better wat cm tu:P

ika said...

err, baik kot. pd ak la. dunno. stiap org ade opinion msg2. :)

syafiq_saharudin said...

jgn na emo2 cam aku lak. haha

da abes mengkaji? haha

nunanuna said...

wooooooooo....sadis2

dari mana mereka datang?