-

Friday, August 28

hoi si buta.

lelah aku menyelam dalam lautan segala rasa hati keliling aku.
lagi jauh aku selam, lagi aku ditekan rasa itu.
berdesing jiwa aku dibuatnya.
aku, cuba redakan segala gelora amarah mereka.
kadang-kadang itu aku yang sakit dihentam ombak,
selepas dibaling keluar ke muka perairan.

uhh.

kadang-kadang itu aku mahu merungut.
mereka tak cuba langsung untuk berenang di kolah rasa aku.
biar ia tampak cetek, tohor, dan damai. bukan dalam pun!
sedang aku ini sembunyi sejuta bangkai rasa di dasaran.
kenapa tak mahu langsung melihat aku?
kenapa tak ingin langsung faham aku?

hari ini, aku calarkan sedikit dasar kolah itu.
hari ini juga, akan aku katup ia dengan kelodak palsu hidup aku.

berhentilah memandang aku, selamanya.

No comments:

dari mana mereka datang?