-

Monday, November 14

pejuang muda


dahi masih terlekap di sejadah
bersujud mengharap segalanya akan lancar
diusapnya perut usai salam
terkenang saat anak sulung masih berkongsi tali pusat dengannya.

si anak sibuk mengasah pensil,
cuba mengingat kembali hafalannya malam tadi.

makannya tak lalu, tunggu selesai kertas satu, baru dia mahu,
itupun di kantin nanti.

ibunya menyapa bahu, menyentak lamunan dia di masa mendatang,
dihulur salam berserta kucupan di dahi,

pelukan erat disusuli.

senyum saja si anak,
perjuangannya nanti direstui manusia yang paling disayang.


p/s: buat yang terbaik adik2 yang mengambil SPM. restu ibu bapa itu penting, jadi, dapatkannya sekarang! :)

dari mana mereka datang?