tercatit dalam jadual hidup aku esok, taxation.
cukup berat tulang humerus, radius dan ulna malam ini untuk menyelak buku teks taxation.
berapa juta muka surat entah. sangat tebal.
kalau hempuk kepala aku, mahu saja aku koma seminggu.
eh, mungkin dua minggu kot.
ohh, metakarpal dan karpal ringan sahaja tatkala aku melabuhkan jasad di atas tilam empuk berlapikkan cadar dan comforter berjalur hitam, putih dan biru.
ya lah, asyik menekan kekunci telefon bimbit aku.
bukan menaip message 'jiwang karat' pun, tapi bermain worms. =)
sebentar lagi, aku mahu menonton dua puluh dua lelaki di atas satu hamparan luas berumput, berebut dan berasak demi satu objek sfera, tapi apabila sudah dapat, mereka akan menendangnya jauh dari mereka.
bunyinya macam bangang, tapi itulah realiti bolasepak.
ya, aku 'kipas susah mati' manchester united. tahu kan?
dan jika satu game terlepas, aku rasa nak bunuh diri. melampau kan?
ah.
mahu atau tidak aku tidak boleh tidur malam ini.
peperiksaan aku bermula seawal sembilan pagi esok.
dan otak aku masih kosong untuk itu.
aku sangat butuh peransang.
kalian boleh tolong aku?
p/s: kalau man u menang mungkin aku boleh score besok. =P
9 comments:
insyaAllah awak boleh nye buat...
x pe x pe...
tak yah la tdo
sehari je
x matipun
tp nanti otak akan berat
hikhik
coz saya baru buat mcmni kelmarin...
selagi x masuk dewan..ade masa lagi
aza aza fighting...
thanks ;)
wafi, x sangka, bola dan tax bersangkut paut.
xpe2, cherating menanti mu bulan depan.
wat tax leklok.
wafi boleh man u boleh!
*sejak bila aku kasi sokongan kat wafi ni?*
elly aku sayang kau! haha.
weh. plan elok2! aku nak de rhu beach resort. banyak pool.
ko nak mandi pool ke mandi pantai?
both la.
nk pi cuti-cuti cherating ke?
huuuuuuu
*sayu hatiku*
*terasa mau menanges*
nk ikott...
amik pic byk2 eh.
kecian aina.selalu ditinggalkan.
xpe,ko balik mesia nanti suh azri lak yang plan.
ko ni wafi, tamak betul.
pilih satu sudey.
ur post yg plg i suke.
Post a Comment