-

Tuesday, March 5

lima haribulan empat


ulangtahun hari lahirku terhabis begitu saja--
tak ada istimewanya
cuma yang ada
timbunan ucap selamat di laman sosial

mujurlah
ada sang separuh nyawa
sentiasa tampil membuat aku tersenyum
di ulangtahun kelahiran
buat kali pertamanya dia bersama.

Wednesday, February 6

kamu

sayangku;

bibir kamu bersalut cokelat
manis sekali bila dikucup

nafasmu umpama pewangi
pekat sekali helanya
sampaikan aku longlai tak bermaya

genggamanmu enak sekali
terasa seperti memimpin syurga
durja jadi bahagia
sengsara jadi sentosa

senyum kamu tak berbanding
lirik-lirik di hujung lingkung bibirmu
membawa aku ke ruang angkasa
bermimpi tentang angan-anganku
yang mencetus aku menulis puisi

ini.

Saturday, December 15

ragut

taut matamu
menggelora rasa
yang sebelumnya tenang
di tandusan hamparan lapang

jiwa ragaku
mendenting nama
juwita yang menghangat ais
tercair hati sang penulis

kucupku di alis
sang peragut hati

selamat malam, sayang.

dari mana mereka datang?