-

Tuesday, May 17

cemburuan


diacuh aku dengan muncung soal
aku atau dia, atau kita semuanya
dihunjam pula aku ke muka pesisiran
cuma tunggu malaikat papah aku ke langit
melirik semula hiba di hati menjadi lagu

bahlulnya si aku kerana membisu
lidah kelu otak beku akal buntu

di hadap aku selaut lagi sang pencemburu
mencari mangsa untuk diburu
lalu dikerlingnya aku
pada dahiku ditampalkannya satu klu

yang mana aku percaya dia tahu itu semua palsu.

Sunday, May 15

senyap


pinjamkan aku senyummu
ubati luka semalamku
kembali kita pada titik hari satu
indah, bila terhenti waktu

malam2 jadi siang
angin jantung bertiup kencang
kerna kasih tak lagi hilang.

Saturday, May 14

pagi, hari baru


kicau burung meracik sepi pra-fajar
kala angin meniup lembut embun2 dedaunan
sang gelita gusarkan sinar
sedang aku masih dijajah gebar kesorangan

digagah bangkit dari rebah semalam
aku kini berjiwa baharu.

pagi, hari baru.
semoga segala pengertian dirai oleh alam.

dari mana mereka datang?