-

Thursday, May 12

kalah


maka aku letupkan satu persatu
buih angan2 yang terhirup di udara mayu
harapan jadi senjata paling bahaya
dan aku jadi manusia paling berdosa.

ampunkan aku andai sesekali ternampakkan
niat untuk menolak suratan.

sedarkan aku, ya tuhan
bahwa rasa yang kau beri ini bukan pilihan
cuma nikmat untuk aku merasa kekalahan.

terima kasih.

Sunday, May 8

ma


tanggungjawab yang takkan pernah terurai
usai sudah satu tugas, seribu lagi cabaran menanti

aku juga mau jadi sepertimu
punya jiwa yang takkan pernah terlunturkan
kental di setiap ketikanya ombak menghentam

ma,
maafkan aku untuk segala salah tuturku
serta khilaf lakuku

ma,
sayang aku, takkan pernah putus untukmu.

Thursday, May 5

cinta kosmik


bintang rebah dari hatimu--
jatuh ke mataku.

meraung si aku tatkala ia tersiat,
meninggalkan aku sorang--
buta.

bintang, bulan, hancurlah seluruhnya
tinggalkan aku bersuram
tanpa fajar, tanpa hari,
cuma aku dan larut senja,
dalam bayang hatimu.

dan dalam gelita aku bingar jantungmu
mencari suara yang terhenti,
dan aku di ruang paling gelita
segelita jiwaku.

bintang2 dari mata kita
aku satukan dalam peta
mengerti bahawa masih ada jalan pulang bagiku.

lalu aku dengar suram jantungmu;

kau pun seiyanya sama bergelap
yang meyakinkan aku untuk terus tinggal di sisimu.



diubahsuai daripada lirik lagu:

dari mana mereka datang?