-

Thursday, April 14

suatu pernah oleh fynn

gambar curi dari vimeo, dan aku edit sendiri. siapa nak curi buat wallpaper ambil lah.


suatu pernah adalah antara masterpiece Fynn Jamal yang paling aku suka.
sampai ke tua pun akan aku kongsi untuk orang dengar,

lebih2 bila hati mereka melebur, sumpah aku kasi lagu ni. padan muka ekau. HAHA.

Tuesday, April 12

pancing cinta


yang menzahir cinta itu bohong
semata bohong, dibolong

lalu diikatkan janji pada kailnya,
harap2 ada yang terumpan
harap2 ada tergigit sakit
senang diheret lama2 kelak

dia suka kerja pancing2 cinta
sebab yang terjaja di pasar sudah basi di matanya.

Saturday, April 2

pathetic


sebelum ini, setiap kalinya ada yang pincang,
aku cuba mengekspreskan betapa pathetic hidup aku
ceritakan segala apa yang rumit,
kisahkan apa yang aku ada.

ya aku rasa aku silap,
salahnya aku untuk tidak bersyukur pada apa yang ditakdirkan pada aku
khilafnya aku memberontak pada nasib yang kurang mewah.

syukur saja--
nanti tuhan akan bagi lebih untuk kita.

----

dan untuk selepas ini, andai ada lagi cerita2 pathetic,
anggap saja itu sebagai satu perkongsian,
okay?

assalamualaikum.


dari mana mereka datang?