-

Monday, May 3

biar live di laman budaya.

rasa goyah dengar lagu ni,
sayu. terpaku.

aku juga di situ, di laman budaya.


aku salut fynn jamal.



mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Sunday, May 2

benar juga.

benar,
tangan wanita mampu menggoncang dunia

seperti seeloknya sang lelaki
yang menggenggam kuasa
meraja alam
mendabik dada
menghunus ego
melangkah gagah
memuja mewah

dialah si jantan yang beraksi gagah!

aduh!
walhal sungkurnya juga ia,

dalam telapak wanita itu.

emosi.

emosi ibarat histeria;
sekali kau paranoia
seluruh raga menguli hamba

emosi ibarat histeria;
di gelumang puak emosi rapuh
kau pecah, segenap rakyat terdistraksi

emosi ibarat histeria;
andai kau paling berilmu
nescaya segala puaka kau boleh redupkan.

dari mana mereka datang?