-

Sunday, February 14

baurkan segala rasa.


sejuta tahun lagi aku tunggu
demi kamu
dan sinar senyummu aku mahu

biarkan aku ratap
demi kamu lagi aku tatap
maka hati kamu aku berharap.

Monday, February 8

selagi.

selagi besok menjanjikan suatu hari bagiku
akan aku terus bernafas
dan merengus-rengus untuk terus hidup.

Tuesday, February 2

mari!

niatnya,
setiap ada peminta sedekah yang berlalu di hadapku,
akan aku hulurkan sekurangnya seringgit.

tapi bilanya terlalu ramai yang melintasi aku,
aku jadi kurang senang.
bukan sebab banyak wang keluar,
tapi kurang wang untuk memberi.

jadi aku ubah niatnya;

setiap ada peminta sedekah yang berlalu di hadapku,
akan aku hulurkan sekurangnya seringgit,
bersyarat, iaitu aku dahulunya perlu mendahului makhluk yang perlu didahului dahulu.

maksudnya,
sama ada antara peminta2 sedekah,
ataupun antara aku dengan mereka.

baru adil.

p/s: kalian boleh praktikkan sekali. aku bukan mahu menunjuk, cuma mahu mengajak. ikhlas atau tidak, itu bukan kita yang putuskan. sekian!

dari mana mereka datang?