tiga ratus lima puluh enam hari
sudah direntas;
waktu itu kau di layar
aku di dampar
terhimpit antara ratusan jasad
yang dipegun akan ayumu
dan kesantunan olahanmu
maka telah terdakap hatiku
dipeluk lirik senyum
yang paling manis sekali;
cinta
raga dan seluruhnya
jiwa
rasa dan segala isinya--
ku serah padamu
tiga ratus lima puluh enam hari
telah terpintas;
dan mimpi-mimpi malam
telah jadi kenyataan
kiranya waktu terputar pantas
masih jua aku mengukuh hati
pejal dan setia menemanimu
sayang,
ini tanganku yang menghulur
menunggu untuk berpimpinan
berkasih setia
sampai bila-bila
sambutlah, sang kasih.
Wednesday, September 25
tarik tali
dan janganlah diletak hati
di pertengahan
untuk diregang-regang
sepertinya mainan
tarik tali
kerana nanti
hatimu jua yang kan tersembam
pecah terhancur
rebah terlebur
dan talinya jua
terputus dua.
Friday, July 19
juwita
air - debu - mentari
cinta dan segala janji
harum syurga mendebunga
lirik senyum ke telinga
tutur, prosa dan puisi
indah bait mengisi hari
apalah ada pada dunia
bila ku cukup adanya kau juwita
ambil hatiku
dan nyawaku sekali
kerna ku tak mau
merindumu sekian hari
serah ragamu
dan jantungmu sekali
kerna aku mahu
menyimpanmu sampai mati.
Saturday, May 11
Tuesday, March 5
lima haribulan empat
ulangtahun hari lahirku terhabis begitu saja--
tak ada istimewanya
cuma yang ada
timbunan ucap selamat di laman sosial
mujurlah
ada sang separuh nyawa
sentiasa tampil membuat aku tersenyum
di ulangtahun kelahiran
buat kali pertamanya dia bersama.
Wednesday, February 6
kamu
sayangku;
bibir kamu bersalut cokelat
manis sekali bila dikucup
nafasmu umpama pewangi
pekat sekali helanya
sampaikan aku longlai tak bermaya
genggamanmu enak sekali
terasa seperti memimpin syurga
durja jadi bahagia
sengsara jadi sentosa
senyum kamu tak berbanding
lirik-lirik di hujung lingkung bibirmu
membawa aku ke ruang angkasa
bermimpi tentang angan-anganku
yang mencetus aku menulis puisi
ini.
bibir kamu bersalut cokelat
manis sekali bila dikucup
nafasmu umpama pewangi
pekat sekali helanya
sampaikan aku longlai tak bermaya
genggamanmu enak sekali
terasa seperti memimpin syurga
durja jadi bahagia
sengsara jadi sentosa
senyum kamu tak berbanding
lirik-lirik di hujung lingkung bibirmu
membawa aku ke ruang angkasa
bermimpi tentang angan-anganku
yang mencetus aku menulis puisi
ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)