-

Friday, July 29

exes in town


ego melangit mengelar bumi
sang arjuna berpenjuru
kirana bingung tak menahu

hatinya ke sana sini
tak berputus kata mau
"aku di sini untukmu"

jiwa bak hutan tanpa matahari
raganya lari seribu batu
takkan dipeluk yang cuma satu.

Tuesday, July 26

harimau malaya


siapa pergi ke stadium nasional bukit jalil khamis ni?

mari bersama gua kita sorak-menang skuad kebangsaan Malaysia.
jom?

Friday, July 22

fakta futsal

mereka yang bising dan tunjuk lagak di gelanggang,
adalah golongan manusia pasif yang kurang diberi perhatian di luar gelanggang.

maka elok saja kita lihat, dan diam.


dan sebab itu, aku tak suka akaun sampai sekarang.

berpejam hati buta


apa ada pada langit andai tanah yang dijejak tiada bertapak?

bercukuplah menghibur nafsi tuan
kami di telapak ini tolong juga tuan jenguk-intaikan.

Thursday, July 21

hari ini dan semalam


hari ini dan semalam jaraknya satu perubahan
jauh-dekat-panjang-singkat
bersandar pada jasad2 yang diukur

penghisaban bukan cuma ketika saat ini, detik ini;

jadi kita usah berseloroh menuding itu ini,
betul-itu-salah-ini
sebab telunjuk kita bukan suci mana
entah besok lusa kita ini jadi konco dajjal (nauzubillah)

maka kelak di hujung hayat duniawi,
doa2lah kita mati dengan kemuliaan

sepertimana yang kita selalu gemburkan.

Tuesday, July 19

mimpi

dia senyum melangut langit
sambil tangan mendepa
melayar jiwa mengarus angin

tiada pernah raganya ringan begini
seolahnya dia terbang merewang
bersayapkan cinta
berkepakkan bahagia
persis bidadari syurga

mimpi--
indah.

---

dia tahu usianya telah menjerut
dan telah terhidu bau2 syurga yang sering dia impikan

besok, lusa, nanti2 datang jua katanya.

mimpi--
senantiasa indah.

anak kecil itu pasti, punya masa terinfiniti untuk mengecap segala rasa yang dia impikan,
kelak.

Monday, July 18

kakak


tiada pernah terlintas--
aku, kau, kita bermastautin dalam pertemuan ini
sebegini lama, sebegini utuh

mulanya segala jengkel,
saling menjelir, saling mencebik
seolahnya kita takkan pernah bersahabat.

*tawa kecil; senyum.

kakak, sahabat, teman;
dan apalagi posisimu di mataku?

---

selagi mana takdir menentu arah,
selagi alam belum berpecah,
selagi kita tertaut ukhwah,

kita akan menikmati detik2 begini lagi
bersama hingga ke tua.

terima kasih kakak.

Saturday, July 16

untuk kamu yang belum tentu


ada pun cinta masih di lautan
bayunya tetap mengarus daratan--
nyaman.

rindu pada suatu yang belum tentu,
jaraknya aku dengan kamu.

Friday, July 15

mari kutip tiket anda


maaf di atas kelewatan pengumuman ini,
ada sedikit kekangan masa untuk saya mengemaskini belog ini.

jadi penilaian pemenang ini adalah hasil undian 5 orang rakan2 saya,
dan segala keputusan adalah muktamad.

maka tak perlu kecoh2,
anda semua tak perlu bayar apa pun untuk menyertai contest ini, kan? :)

berikut adalah senarai pemenang tiket ke Urbanscapes 2011;

1. Ines Mariel "Tempoyak Mozzarella Abuk Daging" (5 tiket)

2. Omar Bahrin "Tenuk Masak Anak Dugong" (3 tiket)

3. Fatan Fauzan "Tapir Megi Ayam Dara" (2 tiket)


saya akan menghubungi terus setiap pemenang dan anda perlu mengutip sendiri tiket2 tersebut pada saya.

sekian. wassalam. :)

Thursday, July 14

Contest #1: 10 tiket Urbanscapes 2011 untuk dimenangi! :)


assalamualaikum semua!

hihi. saya ada TIKET PERCUMA ke Urbanscapes 2011 (berharga RM40.00 setiap satu) untuk diberi kepada pengunjung2 yang bertuah di belog ini.

harapnya tak sia2 lah kalian membazir masa membaca belog saya ni :)

agihan tiket kepada pemenang adalah seperti berikut;

TEMPAT PERTAMA - 5 tiket
TEMPAT KEDUA - 3 tiket
TEMPAT KETIGA - 2 tiket

syaratnya mudah saja, cuma perlu tinggalkan komen di post ini dengan butiran berikut;

1. nama anda
2. nombor telefon
3. alamat;
4. dan ciptakan satu menu paling kreatif dalam berdasarkan initial TMAD
contoh: 'Tapir Masak Asam Durjana'

menu paling kreatif dan penyertaan yang lengkap membolehkan anda terpilih untuk memenangi tiket2 tersebut.

selain itu, prioriti akan diberikan kepada followers belog ini.

pemenang akan diumumkan pada jam 12 tengahari besok (Jumaat / 15 Jul) dan anda perlulah mengutip tiket tersebut pada saya sendiri.

terima kasih kerana meluangkan sedikit masa di sini.
selamat mencuba! :)




Urbanscapes adalah event terbesar festival seni kreatif KL yang diadakan pada 16 Jul (Sabtu) ini; seni yang dimaksudkan adalah termasuk fesyen, fotografi, muzik dan lain2.

Venue : Padang Astaka, PJ
Date : 16th July 2011, Saturday
Time : 12pm – 12am
Main sponsor : TM Everyone Connects

Tiket berharga RM40 dan boleh didapati di Sudut Rock, Musik Victoria dan Bee.



Tuesday, July 12

polis

jangan dihunus pedang amarahmu pada polis secara total,
sebab kelak kau susah;
seperti dirompak atau keluargamu dibunuh,
ikhtiarmu mencari polis juga kan?

kasihan jugalah pada polis
yang semata mencari rezeki untuk menampung keluarganya,
yang niatnya semata-mata untuk berkhidmat pada negara;
bila yang lain tidak.

memang ada yang pincang,
tapi usah terlalu lancang mulut tu okay?

manusia boleh berubah.
kita ini entah besok2 jadi orang sejahat2 manusia.
entah2 tak ada rupa manusia langsung dah.

mana tahu kan?

Saturday, July 9

syiling

"semua sekali RM4.70"

aku hulur RM5 pada penjaga tunai.

"70sen tak ada?"

aku buat2 cari syiling.

"tak ada. 30sen ada tak?"

Thursday, July 7

bila jawabmu iya

ada kelunya aku menutur baris ayat keramat
membuak perasaan ingin mengibar rasa di hadapmu
rasa2 yang terpendam jauh di karaman laut
biarpun aku tau, kau juga terlalu ingin mendakap erat si aku

jantung berdetak gallop;
pantas, sesak, pedih

lalu bila jawabmu iya
aku senyum saja

iya jawabmu
iya.

Monday, July 4

rasuk


mimpi yang terajai ngeri
memusnah lirik senyum pagi senin

penanggal merasuk kotak imagi
itu kau.

jadi apalagi sayang?

dari mana mereka datang?