-

Monday, May 31

konklusi cinta mayu.

dan pada hari ini
berkabur lagi lensa hatiku
berselaput
berserabut

meruncing hancing
menghambat yang tertambat
tanpa siapa tahu
tanpa siapa peduli

seyakin aku
tiada siapa gagal selagi belum puas mencuba
selagi harapan masih seperca
selagi hari tak berkempunan

di konklusi ini
tiada apa lagi yang berpenghujung
kisah yuni baru sahaja akan bermula.

dan mendakaplah pada hari2 mendatang.

Saturday, May 29

setelah tiga tahun mengharung.

maka hari ini aku berkonvo.

terima kasih untuk kawan2 yang memberi sokongan kepada aku selama ini.
biar kurang signifikannya bagi aku diploma ini,
aku tetap bersyukur.

terima kasih kawan. :)

Friday, May 28

imun.

tiada sedatif
tiada aspirin;

sumpah
hati yang luka takkan sembuh
cuma bila kerap dirempuh
segala yang lara tiba2 angkuh

kita lalunya jadi imun
lebih gagah bertarung

dan segala gelombang yang mendatang
kita tempuh.

Thursday, May 27

tiada gunanya.

ayuh
jasad2 angkuh
mengelilinglah aku

ayuh
malam ini jua
kita berjiwa

ayuh
tinggal segala rasa lalu
kita baru kita satu

ayuh
jiwa2 berseloroh
amanlah bersama roh2

ayuh
kita susun prosa kita
selayaknya kita tiada sengketa.

Wednesday, May 26

igau dan angau.

bagai sang pria merenjis kesuma
laksana arjuna memayung kirana
umpama kasanova menambat cinta

dan begitulah jua aku,

hari2 aku bangkit dari mimpi
dengan cereka yang sama.

walhal di ufuk khatulistiwa.

aku tak faham mengapa perlu aku senyum
mengapa perlu aku tidak rimas
mengapa terlucut kail di lidah

eh eh
macam ada bunga2 dalam taman usang ini.

musim apakah?

Sunday, May 16

mana postur? mana gestur? mana figur?

berdiri aku bermeta postur
teriak aku bermacam gestur
jelma aku sekian figur

hah
mana lagi langit mahu aku tumpangi
begini aku dijajah nafsi
sedang aku seiri hati
kelu aku tak berpuisi
hilang aku tanpa apresiasi

hish!
bila lagi jiwa lohong ini mahu redup dari membentak?

Saturday, May 15

dia rasa.

dibelenggu lagi dia
yang merasa kosong cuma
yang lelah menyusu jiwa
bagai bangkai bernyawa
rupanya telah mati selamanya

dia tidak minta lebih--
sahabat, famili, tuhan.

Tuesday, May 4

buat sahabat kita, Huzaifah.

rindu
dan selamanya dirindu

kerana yang telah pergi
akan tetap meniti di hati.


al-fatihah.

Monday, May 3

biar live di laman budaya.

rasa goyah dengar lagu ni,
sayu. terpaku.

aku juga di situ, di laman budaya.


aku salut fynn jamal.

video

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Sunday, May 2

benar juga.

benar,
tangan wanita mampu menggoncang dunia

seperti seeloknya sang lelaki
yang menggenggam kuasa
meraja alam
mendabik dada
menghunus ego
melangkah gagah
memuja mewah

dialah si jantan yang beraksi gagah!

aduh!
walhal sungkurnya juga ia,

dalam telapak wanita itu.

emosi.

emosi ibarat histeria;
sekali kau paranoia
seluruh raga menguli hamba

emosi ibarat histeria;
di gelumang puak emosi rapuh
kau pecah, segenap rakyat terdistraksi

emosi ibarat histeria;
andai kau paling berilmu
nescaya segala puaka kau boleh redupkan.

dari mana mereka datang?