-

Thursday, October 29

hey budak hingus.

sampai bila kau mahu berhingus?

sampai bila otakmu mahu berlendir mukus?

sampai bila kau mahu berperangai tikus?

sampai otakmu lupus?

sampai hidup kau hapus?


sudah-sudahlah.


Wednesday, October 28

dua bungkus roti tambah dua lagi.


ada kisah seorang lelaki ini,
tidurnya sepanjang hari, cuma berlegar di ruang maya mimpi dan igau.
terlalu banyak bahana yang bermain di pemikirannya, lantas dia pejam untuk bebas dari bingar itu.
nyenyak dari taufan masalah.
tapi tidurnya bukan cuma atas alasan itu,
dia sebenarnya berlapar.

dia telah terjaga dan bangkit seketika, kala terik suria menegak di kepala.
dia mengambil bungkusan pos yang dikirim oleh seseorang yang dikenali jelata.
lalu kemudian digogoknya beberapa keping syiling untuk membeli roti.
dua bungkus roti dibelinya.
dan di setiap kunyahan itu, dia merengus rakus.

di petangnya, tatkala mentari memudarkan cahaya di muka bumi,
dia menyepak bola bersama taulannya.
sudah menjadi tradisi mereka saban hari.
yang dipanggil ramai, yang datang menyahut,
cuma empat orang.
bermainlah mereka di tanah lapang itu beserta sebiji bola yang baru diisi anginnya tengahari tadi,
sehingga dinihari.
dia teramatlah penat, sambil berlapar.

malamnya dia tidur.
mungkin penat, mungkin juga lapar.
atau mungkin mahu hindar dari segala akalan sumbang tentang perawannya yang pergi meninggalkannya.
maka berkaburlah bencana duka pabila ia lelap.

dia terjaga lagi ketikanya ada taulan sedang menggoncang pintu.
lantas ia bangkit, lalu mandi.
perutnya berkeroncong, perutnya kosong.
lalu dia menapak ke markas, mencari hiburan di malam hari.
kerana penat menggonggong perut kosong itu, dia tersadai di kerusi markas.

berkatalah ia kepada seorang sahabat yang kebetulan juga ingin berpesta di situ,

"aku laparlah. aku makan dua bungkus roti sahaja hari ini"
"kenapa kau tak makan? kau nak kuruskah?"
"bukan, aku segan. di hujung purnama ini wang kertas aku telah singkat. yang tinggal timbunan syiling yang aku simpan sebelum ini"
"habis tu kenapa tak guna saja syiling itu?"
"aku segan lagi. kerana sudah dua hari aku beli roti guna syiling di situ. mereka memandang aku runcing seperti aku ini papa kedana"
"mari sini aku belikan untuk engkau. berapa kau mahu?"
"dua, cukuplah untuk hari ini. sekejap aku ambil syiling di bilik"

sejurusnya sahabat itu mengagihkan bungkusan roti itu kepadanya, dia merakus lagi mengunyah lumat2 roti itu. jelaslah dia paling lapar.

Tuesday, October 27

si kurung putih XIV (finale).

hembus
hela
hembus
hela
hembus
hela

nafas pantas;

sudah terluah segala rasa yang sempat
reda sudah jantung yang menembak darah di muncung aorta (yang sebelum ini laju2 deraunya)
selembah harapan aku galikan
walau sehingga kini masih berlohong
aku pasrah.

begitupun
memori dulu masih menempik di minda;
di setiap kelip alis yang mengatup iris, aku lihat kamu
di setiap hela nafas, aku terbau parfum kamu
dan di setiap hembusan angin yang melintas di cuping aku,
aku masih dengar hilai tawamu.

aku acukan pistol di pusat dahi
mahu menembak pangkalan memori denganmu
biar lenyap, biar pupus;
padahal picunya aku tak tertarikkan,
cuma berdaya menyentuh sahaja.

sudahlah sudahlah
yang lepas biarkan lepas
hari ini mulanya hari baru
kita berkenalan semula, ya.


kita,
kawan.

***

"hai nama aku wafi, aku pernah lihat kamu di kelas audit dulu"

Monday, October 26

karma.

bagaimana kita melayan orang yang sayang kita,
begitulah juga kita akan dilayan oleh orang yang kita sayang.

setimpal.

cuma kadang2, kita akan dapat dua kali timpal dari itu.
lagi sakit,
atau lagi bahagia.

Sunday, October 25

pasta kasta.

aku mahu peluk seluruh rasamu
mendakap detik sendumu;

untuk yang telah hilang
untuk yang telah musnah
untuk yang pernah diratapi
untuk rasa sunyi yang serba menghimpit
dan untuk hari-hari yang taat menyiat ragamu.

aku terlantun kepada kamu
kau ragut hati miskin ini sedikit demi sedikit
bersulam bebenang rindu kepadamu
menggumpal rasa yang semua orang ingin rasa
suka aku kepadamu

tapi
aku
tak mahu melanjutkan kemahuan ini,
tak ingin aku melabuhkan rasa ini keatasmu

kerna kita
punya jurang kasta paling dalam.
cukup untuk buat aku lemas dan mati bersama kamu
maka sesak aku mencari nafasmu.


p/s: pasta kasta telah lama aku masak untuk seseorang. cuma baru hari ini aku letak di sini kerana pasta kasta sudah pun basi tak dimakan. sila2. boleh rasa. :)

the rival.

tonight,
liverpool versus manchester united.

klik sini untuk dapatkan mood penyokong man utd.

:)

Saturday, October 24

si kurung putih 13.

biar ini kali ketiga belas aku tulis tentang kamu,
aku masih rindu kamu.


aku bahagia bersamamu di tiga belas.
kau telah melakar satu bentuk hati di dadaku.
kadang sakit, kadang cantik.
suka sebenarnya. *senyum*



aku harap mentari esok lebih terang untuk aku melihat kamu.

Friday, October 23

rubik punya kiub.


video


:)

salingan kita.

kita;

saling percaya,
biar kita saling menipu

saling cinta,
biar kita saling curang

saling kasih,
biar kita saling tak suka

saling mati,
biar kita masih hidup.

Wednesday, October 21

tanggal 21 oktober.

dengan ini di isytiharkan bahawa sesi persekolahan aku tahun ini telah tamat pada siang tadi.

makanya aku harus bersedia awal untuk peperiksaan akhir nanti yang akan bermula dan berakhir pada 11 november.

kelongsong ilmu aku masing kosong. aku takkan tembak guna peluru kapur kabur lagi.

selamat maju jaya kepada aku sendiri.

:)

Tuesday, October 20

saja mahu cerita.

1. aku boleh imbang hockey stick di dagu lebih dari seminit.

2. aku pernah jadi solo nasyid ketika sekolah rendah. suara bukan sedap sangat pun.

3. juga pernah memenangi tempat ketiga dalam peraduan bayi comel dalam majalah anjuran pureen.

4. aku peroleh 9A dalam spm. tapi satu A pun tak guna sebab aku sangat lembab sekarang.

5. pernah mewakili sekolah dalam bolasepak di posisi centerback sebagai stopper.

6. semasa sekolah rendah aku sangat manja. selalu menangis di sekolah akibat dibuli.

7. boleh menyelesaikan rubik's cube dalam masa seminit lebih. ok lah tu dari tak reti.

8. pernah patah tulang di lengan kiri semasa umur aku 3 tahun. parut masih jelas terpampang.

9. aku meminati matematik. setiap kali ujian aku mesti target untuk dapat seratus per seratus.

10. aku belajar photoshop ketika aku di tingkatan 3. eksplorasi sendiri lebih banyak membantu daripada bertanya orang lain.

11. aku pernah mewakili mrsm muadzam shah untuk kawad kaki ketika perkhemahan kadet polis mrsm semalaysia. menjadi johan setelah perik lelah kami berlatih dengan polis sebenar.

12. juga pernah bermain chess untuk maktab. tempat kedua dan ketiga diperoleh dalam masa dua tahun berturut.

13. keluarga aku pernah tinggal di sabah untuk satu setengah tahun.

14. ex aku juga orang sabah. kami juga pernah berhubungan secara serius selama satu setengah tahun.

15. tahu serba sedikit tentang silap mata.

16. tak minat membaca tapi suka mencari ilmu.

17. aku tak makan seafood.

18. ingin belajar bahasa isyarat supaya kelak dapat meniru dalam ujian tanpa tertangkap.

19. aku juga reti untuk mengimbang diri di atas kerusi dengan hanya dua kaki mencecah bumi. rekod terlama melebihi tiga minit.

20. imbang buku atau bantal yang terpusing di atas telunjuk juga menjadi kemahiran aku.

21. banyak imbangan yang aku mampu buat. tapi imbangan duga tak termampu aku selesaikan walaupun aku pelajar perakaunan.


p/s: perkataan pernah diguna dengan kerap. mungkin aku rindu sebilangan dari perkara2 di atas. :)

Sunday, October 18

hipokrasi basi.

selalunya

masuk kandang kambing mengembek
masuk kandang lembu menguak

tapi aku

masuk kandang mana2 pun aku tetap sama
aku akan menjerit, melolong, membisik, memekik
masih berpusing pada norma yang serupa

aku
manusia
tanpa hipokrasi
basi.

Saturday, October 17

iklan kereta tangan kedua.









Iswara Aeroback 1.5i (Auto)
1st owner -year 2000
new sit cover (red & black)
new sport rim (gold)
new tyre (2009)
new paint (metalic black 2009)
mileage 160000
*price: best offer (cash)
contact person : faris (012-2712810)

Wednesday, October 14

ini tentang betina.

(peringatan, entri kali ini mungkin mengambil masa sehingga 3 jam jika anda pembaca lembab. dinasihatkan untuk bancuh kopi dahulu, dengan biskut kering tersedia untuk dipatahcicah demi santapan kalian)

(entri ini tak bermaksud untuk mendiskriminasi kaum jantan. kalian semua boleh baca.)

hoi semua betina, aku nak cakap sesuatu.
aku cakap tentang pengalaman aku.
kalau tak suka, boleh marah.
kalau betul, marahlah juga.

aku kategorikan betina kepada empat.
betina murah, mahal, tak laku, dan biasa2.
aku pecahkan kepada empat ini, atas sebab perilaku mereka jelas dapat dibezakan dan cara untuk mengambil hati betina2 ini juga berbeza.

betina murah.
kalian pun tahu bagaimana betina jenis ini.
desperate, suka bersosial, mudah jatuh hati, dan juga mudah melompat ke hati yang lain.
betina jenis ini cenderung untuk bergedik dan bahasa yang digunakan juga selalunya bahasa gedik.
"u na kol i kew? bilew? maloo arh uuu."
"hihi. ane la shaye tao awk shukew kat shayee"

mengjengkelkan. meluat. hak tuihh!
satu lagi, mereka kerap menaip sesuatu ayat sambil jari kelingking atau jari manis menekan kekunci shift di keyboard.
aKu puN taK FahAm MeNgapA mEreKa peRlU mEnaIp sEbeGinI ruPa.
aku nak taip sikit macam kat atas ni pun susah kot. eee!
oh, betina ini mudah saja untuk jatuh hati dengan anda (jika jantan).
setakat nak minta nombor tu mudah. petik jari memang tak dapat.
kalian perlu berlagak macho, dan jalan tanpa pandang mereka.
mereka sendiri akan beri isyarat dan setelah itu anda akan membuka laluan sendiri untuk dapatkan betina itu.
kalau bernasib baik, tak payah buat macho pun takpe.
betina paling murah ini yang sendiri tinggalkan nota kecil terkandung nombor mereka.
senang.
bangang.

perempuan mahal.
ada dua, mahal tanpa kualiti dan mahal dengan kualiti.
mahal tanpa kualiti ini bergaul dengan betina mahal berkualiti.
mereka takkan melayan sesiapa kecuali jantan itu betul2 menarik perhatiannya.
perempuan jenis ini selalunya keseorangan.
jantan yang dihajati tak dapat2, jantan yang berhajat dengannya berduyun tak dilayan.
bila sunyi, mereka akan post status di facebook, yang berima sedih dan sepi.
maka setelah itu jantan2 tipikal laman sosial itu pun akan komen.
betina ini takkan reply. kalau ada pun sepatah dua.
jual mahal walaupun nilai betina ini telah mengalami depresiasi.
di atas tangan-tangan yang lain, perempuan mahal dengan kualiti ini yang terbaik pada pandangan aku.
betina ini tak semestinya kaya, atau cantik, kerana itu tak menjamin apa-apa dalam perhubungan.
betina ini sukar untuk didapatkan, hanya jantan bernaluri jantan sebenar dapat menarik bebenang hati mereka untuk disulam ke jantung anda.
betina jenis ini bersifat happy-go-lucky walaupun hidup tanpa jantan.
mereka ada teman2 sendiri, dan bila sedih, mereka ada cara sendiri untuk melepasluah rasa itu tanpa perlu beritahu semua orang di laman sosial.
aku suka lihat wanita jenis ini.
berkarisma. tapi aku tak selayaknya dengan mereka.
bukan setakat tak ada karisma, keris pun tiada. haha.

seterusnya, wanita tak laku.
di sini aku ingin ingatkan kalian, apa aku tulis ini adalah realiti berdasarkan pengalaman aku sendiri.
jika anda rasa anda tergolong dalam kategori ini, jangan baca.
dinasihatkan sekali lagi, JANGAN BACA.
ok, sampai sini saja anda boleh baca.

publisiti tak dapat menjamin hidup betina ini.
betina jenis ini, bukan tak berkualiti, tapi kurang.
bersifat sederhana dengan keadaan fizikal yang tak menarik perhatian jantan.
tak pernah atau kurang bersosial.
banyak menggunakan masa lapang untuk membaca buku atau tidur.
selalu diperlekeh oleh teman, tapi betina ini tetap sabar.
rasa mereka tak terluahkan, tapi sebenar-benarnya hati mereka meronta.
menangis tanpa suara. tanpa air mata.
kebiasaannya betina jenis ini kalau ada pun tak menyusahkan, kalau tiada pun tak terasa.
tapi betina ini jangan sekali dipandang rendah, kerana dengan sekelip mata betina ini boleh berubah.
jangan terkejut.
hanya mata yang benar2 melihat dapat menembus hati mereka, lalu melihat keindahan sebenar mereka.

seterusnya betina biasa2.
kalian pun boleh tahu sendiri.
aku berpendapat kalian mesti berharap kalian adalah yang biasa2 setelah baca semua yang aku carutkan di atas biar pada mulanya kalian berharap untuk jadi yang mahal.
tak ramai betina mahal, tapi kalian boleh cuba untuk itu.
aku dah malas nak beri deskripsi betina biasa2 ini.
penat menaip.
entah2 tak ada orang pun baca semua yang aku tulis ni. haha.

sekian saja dari aku.
boleh marah2 aku selepas ini.

bye2.

p/s: si kurung putih tak termasuk mana2 kategori sebab dia dah masuk laman hati aku.

pencukaian.

pagi tadi ujian untuk kertas pencukaian (pelik bunyinya).
hebat. aku macam boleh jawab.
yakin. tapi dulu masa aku fail pun sama je.
yakin juga. haha.

aku betul2 nak dapat A untuk subjek ni.
semester depan dah degree.
kena jadi multi rajin dari sekarang.
tak boleh malas2 dah. haihh.

sampai situ saja pantun keluhan aku.

:)

Tuesday, October 13

hari terbaik dalam hidup adalah hari aku mati.

di sekalian hari yang mendakap nafasku
aku berazam agar hidup aku lebih baik dari sebelumnya
supaya kata aku lebih indah
senyum aku lebih ikhlas
langkah aku lebih teratur
akal aku makin matang
jiwa aku makin tenang
hati aku makin suci
gerak aku lebih tersusun
pandangan aku lebih jauh
dan amal aku jauh lebih bagus dari semalam.

sekalipun hari ini aku mati
biarlah hari ini jadi hari terbaik dalam hidup aku.

Monday, October 12

si kurung putih 12.

kau takkan tahu apa aku rasa.
kau takkan tahu apa aku fikir.
kau takkan tahu apa aku buat.
kau takkan tahu bila masanya aku suka.
kau takkan tahu bila masanya aku duka.

biarlah kau tak tahu,
aku harap kau cuba selam lautan rasa aku.
sekurangnya cuba.

cuba.

fakta fesbuk.

(aku bagi amaran awal2; apa yang kalian akan baca ini adalah sampah semata2. boleh diangkutbaca tapi jangan simpan di memori, takut2 busuk kohong pula minda kalian kelak.)


di facebook, aku suka menambah kawan.
dan pada masa yang sama aku juga ada terima rayuan tambah rakan dari mahkluk maya siber lain.
tapi sebenarnya aku tambah dan terima kadangnya bukan sebab ingin berkenalan pun,
cuma bila profil mereka disulitkan,
jadinya tak dilayakkanlah aku untuk melihat foto2 mereka yang lain.
mengempunan aku sendiri.

gambar profil nampak hot, jadi aku pun eager lah untuk lihat foto2 berikutnya.
kebiasaannya hot chicks lah yang selalu guna private profile.
mereka menggunakan taktik ini sebagai strategi untuk memiliki sejumlah rakan yang mengagumi mereka atas sebab mereka hot.

aku selalunya tertipu dengan taktik ini.
pakai shades, bibir mungil muncung, mekap litup segala ibu jerawat, dan gambar pun diedit supaya nampak cantik dan menawan.
walaubagaimanapun hakikatnya, mereka langsung tidak hot.

dah lama aku perhatikan senario ini, dan akhirnya aku telah mengenalpasti beberapa taktik yang selalu digunapakai untuk mengatup keburukan mereka di samping menganggunkan rupa mereka.

  1. gambar cuma fokus kepada muka. taktik ini selalu digunapakai untuk melindung lemak2 ekstra pada badan mereka. dan sebab itu, cuma muka digunakan sebagai pelaris.
  2. gambar tanpa dahi. khas untuk wanita berdahi luas dan jendul, mereka menggunakan taktik ini bagi melindungi dahi mereka yang terancam dengan cemuhan luar.
  3. foto separuh muka. mungkin kerana tahi lalat atau parut yang besar di sebelah kanan muka, hanya bahagian kiri yang ditonjolkan.
  4. gambar hitam putih. tona kulit yang tidak memberangsangkan merangsang mereka untuk menggunakan grayscale mode bagi mengelakkan kecelaruan warna di situ.
  5. gambar beramai-ramai. purata manusia dalam satu gambar bagi seluruh album mungkin lima atau enam orang. hal demikian mungkin terbit dari perasaan rendah diri atau ingin meninggi diri dengan cara menggunakan foto yang melibatkan mereka dengan wanita yang hot selayaknya.
  6. gambar shot dari atas. taktik paling digemari ramai. berfungsi sebagai alat menguruskan badan (cuma dalam gambar). dipercayai ilusi mata paling berleluasa di fesbuk.
  7. foto orang lain digunakan untuk tiket promosi diri sendiri. mereka langsung tak ada harga diri. bukan setakat copy-cat, mereka juga copy-dog, malahan copy-pig jua.
mahukan lagi? aku dah malas menaip. kalau mahu tahu lebih lanjut kita boleh berinteraksi secara langsung di masa2 yang kita lapang. kajian ini cuma sekadar suka2. tak ada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak. sesiapa yang terasa tu aku minta maaf sangat2.

jadi,
jadilah diri anda sendiri.

:)

Sunday, October 11

nani oh nani.

aku tak tahu kenapa tuhan ciptakan mamat ni.
apa hikmah pun aku masih kabur.
mungkin dia pun tak ingin dijadikan begitu.

nani tanjung,
aku ucap selamat menyepak bola.

majulah sukan untuk man utd.

Saturday, October 10

si kurung putih 11.

bila ada selumbar menggusar kamu
teriakkan kepada aku,

dan bila ada duri mencarik jiwamu
berikannya kepadaku,

aku adalah sukarelawan
yang sentiasa ada untuk menyembuh kamu.

Friday, October 9

antara rokok dengan perempuan.

di asia cafe;
hajar : kalau diberi pilihan, antara rokok dengan perempuan, yang mana you pilih?
aiman : err. entah. dua-dua tak boleh?
hajar : pilih satu je.
aiman : hmm..

aku mencelah.

"kalau aku lah kan, aku akan pilih rokok, dan seterusnya aku akan pilih perempuan yang tak banyak soal pasal ni."


p/s: aku tak merokok.

Thursday, October 8

ekstasi asmaraloka.

berkelambu
belum sempat pudar merah inai di pucuk jemari
tergenggam saling bertangan
pesona lilin2 merah diatur kemas berderet
surih rona berjiwa mengolah di setiap penjuru
menyaksi hangat malam di bayangan tirai kamar
bersorak menguja dalam kesunyian berkedap
nafsu menjalar merentasi ruangan aroma ghairah
merangkai cinta jalinan setahun lalu

dan sampai malam ini
bisik halus di bibir kebas
senyum terangkul puas
bebas

satu di surga asmaraloka.

Wednesday, October 7

lelaki tipikal laman sosial.

lelaki ini
egonya tinggi tak terlihat
tapi mentalitinya murah amat
semua wanita cantik dia mahu
bila tak dilayan buat tak tahu
masih menegur tanpa malu
macam apple juice dengan kuih bahulu
kepala hotak lu!

kalau dah disampahkan
takkan lah kau tak perasan
tak payah nak berangan
cuma memalukan kaum lelaki
berlagak macam puki
kan dah kena maki

di facebook kau lah romeo
di myspace kau lah hero
di friendster kau lah macho
di tagged pun kau lah yang mengucap helo
biar kau tahu realiti sebenarnya kau zero
"hi u ni hot la. nak number bleh??"
"bila i tgk u, i tak boleh tidur. serious."
"setiap kali terbayang u, i akan tengok langit"
"hihi, u ni cun la. dah ada bf?"
"dah makan? kalau belum saya nak belanja? =P "
"hey gorgeous, comment my pics k, takmo sombong2 tauu"
"macam pernah nmpk u b4 dis. plzz reply ok"
"i dah lama hidup sorang, u sudi tak kawan dengan i"
ini namanya terdesak
mereka otak rabak
perangai haprak
mental berkerak

sini aku pesan
simplistikkan fikiranmu
lazimkan akalanmu
sental mentalmu

jangan jual harga diri
kerna perempuan itu hobinya jual mahal (biarlah tak hot mana pun)
dan pembelinya harus lah yang kaya
kaya yang sendiri kau boleh beri definisi

pertama, meditasi.

Tuesday, October 6

spontan.

aku menjangkakan ombak rumit yang besar akan datang,
dan aku tahu aku perlu bersedia awal, bersiap.

tapi hakikatnya aku tidak,
kerana aku tahu spontan itu lebih selari mengalirnya dengan arus takdir.

dan kerana itu aku masih di sini.
hidup.

:)

bila kau tiada di sisi.

dipeluk sepi | malam temani | aku sendiri

Monday, October 5

malas.

tak tahu nak tulis apa.
macam tak ada orang nak baca.
komen pun tiada.

malas.

Sunday, October 4

Saturday, October 3

si kurung putih sepuluh.

suraikan kebuk-kebuk resah di hatimu
jangan ada lagi wasangka ragu
percayalah aku, segenap ragamu.

aku cinta kamu.

Friday, October 2

topeng kebodohan.

aku
hidup bertopengkan kebodohan
yang tutup segala hakikat
katup semua cerdik pandai
litup segala benda yang boleh buat kau menganga

agar aku
hidup tanpa luar biasa
berjalan di bumi nyata
duduk aku bersama makhluk manusia
seiya sekata
sehati sejiwa

tapi kawan
itu tak bermakna aku bodoh
jangan anggap aku ini hampas
kelak kau akan lihat aku
kelak kau akan tahu
bila aku berdiri nanti
sendiri
tanpa topeng kebodohan ini.

Thursday, October 1

menyaksi aksi penyaksi.

awal pagi semalam aku tahan kelopak mata dari tersembam penat semata-mata untuk menonton game man utd lawan wolfsburg.

sini aku mahu cerita.
ada seorang mamat ini duduk berhampiran dengan aku, bersama rakan dia, berdua sahaja.
mereka juga peminat man utd, seperti aku, tapi aku lebih handsome dari mereka. perasan.

terus terang aku katakan aku tak suka mamat ni.
dah jadi komentator untuk bahasa malaysia kat situ.
bising nak mampus. dah lah ilmu tentang bolasepak nya cetek.
player man utd pun tak kenal. gedik lah kau nak tunjuk lagak pandai kat situ.
aku lempang tinggi2 baru tahu! huh.

dia banyak mulut.
dah lah mulut busuk.
saliva berkelat di celahan bibir.
hanyir dengan kebodohan kau je kat situ.
amek kau.

hampir setiap komentar mamat ni aku reply.
tapi dalam hati saja lah.

si mulut hanyir : rooney nak buat overlapping tu tapi tak sampai dekat giggs. smart dah tu.
aku : smart la kau ni. kau jangan aku overslapping kau dah la. itu trough ball lah cerdik.

si mulut hanyir : buruk gila muka grafite! hahahaha.
aku : buruk lagi muka kau. syndrome down.

si mulut hanyir : aku suka tengok match kat old trafford. dramatik gila. best!
aku : baru 1st half pun kau dah boleh cakap dramatik? peh. aku ingat kau ada bakat jadi komentator je, rupanya director film pun boleh. hebat2.

banyak lagi dia cakap tapi aku malas nak taip di sini. penat lah.

geram aku dibuatnya.
tapi bila aku fikir kembali, lantaklah dia nak cakap apa pun.
bising pun bisinglah.
bukan kat panggung wayang pun kan.
kita tonton orang berebut bola.
cool lah.

:)

dari mana mereka datang?