-

Wednesday, September 30

gadis di imagi paling agung.

kau
permaisuri segala fantasi
yang mendefinisi
deskripsi
setiap halusinasi
aku
terbawa dengan mayamu
meniduri malamku
temani sela sunyiku
mengatur mimpi-mimpiku
ke alam paling magis
tragis

aku mahu
jadi realiti fantasimu
selalu.

Tuesday, September 29

si kurung putih 9.

hati terlitupkan rindu yang tak menampakkan kamu.
sayang aku tanpa memiliki.
cemburu aku berteka-teki.

seperti egonya aku, sang laki-laki.

Monday, September 28

pasar barter.

wanita zaman sekarang berniaga hatinya di pasar barter,
di mana wang dan kereta jadi tukaran.
kemewahan jadi timbangan.

lantas,
hati bukan lagi untuk hati.


p/s: aku dah bundarkan statement di atas kepada rakus perasaan yang terdekat. tak semua mereka adalah sama. aku tahu kaum hawa tak suka ini. maaf tersusul sebelum noktah terakhir.

Sunday, September 27

rantaian musik hati.

aku meringkuk dalam kurungan sepi.
tiada kutemu sang penjaga kunci hati.
yang bisa lepaskan segala ikatan sunyi.

aku ronta, rintih, ratap dalam rantaian mati.
menantikan hadirnya seorang bidadari.
yang akan mengisi takhta permaisuri,
di daerah jiwa sepi ini.

pulanglah.

shah alam.
jam 1400.
acad's limo.

peh.

Thursday, September 24

si kurung putih lapan.


berjuta saat kita terpisah,
beribu batu kita terjarak,
dan beratus kali imej kau terbentuk pada awan akalan aku.

aku rindu.

aku cuma boleh lihat kamu di dimensi yang kurang satu.
dimensi dua.
realistik imejmu aku mahu.
berdiri sopan depan aku.
dan berkurung putih kau senyum.

ayu.

Monday, September 21

bapak.

hari-harinya cuma mengangkang dan mengongkong.
mengangguk dan menggeleng.
memantau sekalian anjing yang mengonggong.
di jendela yang berlohong.

hari-harinya sungguh senang.
makan enak terhidang.
minumnya tak lekang.
layanan pun kencang.
seperti tiada apa yang kurang.

anak jadi hamba, bini jadi kuli.
tunjuk saja yang itu, yang ini.
yang penting puas hati.
maki hamun pun lepas-lepas.
semua orang baginya adalah makhluk hampas.

anaknya kata pada aku,
bapak ini kalau mati, lagi tenang.
tak ada lagi si berang dan si garang.
dia sudah rimas dengan keadaannya sekarang.
sudahlah bapak itu tidak sembahyang.
tika bulan puasa pun beli makan tengahari suruh orang.
orang jenis itu semua orang pun nak lempang.
sial gampang.

nanti,
kita perlu waraskan akal.
aku nasihat pada dia, kau sabar sajalah.
aku tahu, aku pun tak mungkin sabar kalau begitu keaadaannya.
tapi kita masih perlu hormat dia sebagai bapa.
kalau dah tak sayang pun kita masih perlu patuh pada dia selagi dia tak melanggar batas agama.
kau tunggu sajalah dia mati, kau akan bahagia lepas itu.
tapi makan minum kau siapa pula mahu tanggung?
ibumu?
abangmu?
atau kau sendiri ada simpanan yang cukup untuk setiap jilid hari-hari dalam hidupmu?

beginilah,
kau tunggu dan lihat saja.
aku sentiasa di belakangmu.
aku sedia bantu kamu.

bertenanglah.

bisikan bahagia.

berbisik aku pada lembaran takdir yang merangkak pada hari-hari bahagia ku,
agar diapitkan aku dengan rasa damai terinfiniti.
dan deminya aku syukur.

aku mahu hidup bahagia begini sampai aku mati.
sampai aku mati.

Saturday, September 19

si kurung putih 7.

teriakan imagimu menusuk masuk ke kotak fikiran setiap kali ia kosong.
kau muncul dalam kelibat paling indah.
ghairah.
birah.
merasuk segenap jasad, histeria aku keranamu.

biar aku terapung di daerah ternyahgraviti ini,
bersama buih-buih kantuk yang menari keliling kepala aku.

di fantasi paling tinggi.

pantun raya.

andai hati kau kukasari,
pernah kau titis air mata;
aku atur sepuluh jari,
maaf maya dan nyata.

sepurnama makan siang aku rindu,
pantas akhirnya macam tak percaya;
pada detik yang beritma syahdu,
aku ucapkan selamat hari raya.

p/s: aku tak berapa mahir berpantun. aha. selamat hari raya aidilfitri. nak duit raya! :)

Friday, September 18

kuantan.

sekarang aku di kuantan, berkatil tertiarap.
mengelap kipas ceiling pagi tadi.
bosan.

p/s: rindu. syahdu. kedu-kedu.

Thursday, September 17

puaka bangsat.

puaka bangsat itu malas menuntun si kerepot merentas batang jalan.
perimanusia lenyap.
si buta terus buta.
yang tua lantas rebah.
yang bunting keguguran.
anjing.

kita ini,
masih berbadi atau belum mula sakti bakti?

Wednesday, September 16

ringkasan aku.

esok aku akan pulang ke kuantan. menumpang arsyad.

malam ni aku baru nak cari baju melayu. jum ke jalan tar! :)

kelas aku dah habis untuk minggu ini. kelas pagi tadi cancel.

ramai yang bertanya siapa gerangan si kurung putih itu. dia, kelibat yang tak dapat aku dedahkan identitinya di sini. tolong jangan membuat sebarang spekulasi. :)

aku ada design wallpaper raya untuk aku. ingat mahu share tapi ada gambar aku. kalau nak guna ambil lah. aku bagi free. :P

klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.

Tuesday, September 15

si kurung putih VI.

jiwa berimbun rumbai.
di laman hati berlapang damai.
kau lain dari yang ramai.
bikin aku jadi serabai.

you're the reason for me to fly high,
now i'm kissing the sky.


:)

Sunday, September 13

betina dan vincci.

lelaki.
kerjanya menghurung betinanya tawaf satu shopping complex.
mencari sepatu paling rare di dunia, konon-kononnya.
bertatah berlian palsu, gaya tali melilit betis, tumit harus enam inchi kalau boleh.
seluruh alam dia cari sepatu itu.
jarak langkah jalannya sama seperti berjalan dari kuantan ke kemaman.
semalam pun begitu juga, tapi objektifnya lain.
meneroka kebaya nyonya merah.
fuhh. marathon shopping.
semuanya kerana hari-hari terakhir sale.

tapi bila dah sampai ke 'kemaman',
yang menjadi pilihan betinanya adalah sepatu di vincci 'kuantan'.
kedai pertama yang mereka kunjung.
"kepala hotak lu lah!"
bermonolog sahaja lelaki itu.

ragam. kau tak tahu lelaki itu kakinya dah bergetar seperti handphone ada call masuk tanpa henti dalam mode silent. vibrating. model philips. getarnya sungguh luar biasa.

vincci kuantan. destinasi terakhir pengembaraan lelaki itu.
lelah dan alah.

pap! pap! pap!
betinanya mencuba sepatu dengan tiga warna berbeza.
cari warna paling serasi dengan tona kulit kaki yang gelap.
sambil berdiri. dia terlalu excited.
kerusi empuk untuk para gadis mencuba sepatu tak digunakan.
cuma jadi tempat sang lelaki merehatkan punggung dan menyental lenguh belakang mereka.
kepala lutut pun harus diservis. mungkin jua perlu overhaul.

lelaki-lelaki ini senyum sesama sendiri dengan masing-masing menghirup udara segar ber-aircond sambil mencuci mata.

nikmat.

si kurung putih V.

kita berselisih di konflik rubik berpaksi kubik.

aku, tersepit dalam kesempitan yang menghimpit.
teraniaya dengan percaya.

mungkin kita dah tiba di simetri graf kuadratik perkenalan.
di satu titik y sama dengan bosan.
satu garisan normal bagi setiap pertemuan.
yang merupakan ujian.
bernafsukan nista sebagai halangan,
dan percaya sebagai bekalan.
lalu dihujungnya kita terhumban.

sayang,
kita harus harungi ini.

Saturday, September 12

si kurung putih empat.

bila aku menggenggamsentuh jemarimu,
aku mengharap hati kau juga aku sentuhkan.
biar bergema kubah hampamu.
biar benderang kelambu resahmu.

biar aku sentuh kamu.

Friday, September 11

rigid yang mati.

dulu masa aku di mrsm, aku hidup dengan rutin yang rigid.

kalau bangkit tidur pukul 9 tu dah lewat gila. dah skip kelas.
rasa sangat luar biasa. macam skip kematian dalam final destination 4.

tapi sekarang aku dah terbiasa skip kelas.
tak rasa apa-apa. mungkin kerna aku sudah selalu mati.

entah bila aku boleh hidup semula.

Thursday, September 10

fiksyen selesema.

disembur mukus hingus berhablur ke udara.
sekalian titisan menerobos pecut melalui ruang atmosfera sempit.
menyelit-nyelit di celahan molekul terhimpit.
lalu mencari tempat melepak sementara.

rebak.

Tuesday, September 8

bersama.

lauknya lain.
makannya beza.

tempatnya asing.
atmosferanya tak sama.
aircond pun kami tak rasa.

jadi kenapa dinamakan majlis berbuka puasa bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jika begitu gayanya?

Monday, September 7

panorama cemas fajar jatuh.

bungkusan sup kosong diikat getah dengan simpulan solex.
akak tu ingat aku ada master key ke apa?

bungkusan air soya rm2 besar gedabak, nampak menggiurkan.
tapi kalau tak bagi straw, macam mana si pelahap air ni nak teguk bang?

bungkusan kuah kari ayam sampingan roti jala, tampak enak.
tapi kan akak, saya suka makan isi ayam, bukan tulang ayam tau.


air soya yang tak terminumkan dek tak ada straw itu tumpah ke lantai.
tulang ayam aku ratahkan, nasi aku telankan. air jatuh dibiarkan.

monolog aku sendiri, tak baik memaki hamun dengan perut kosong.


jadi,
SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA!

Sunday, September 6

si kurung putih III.

aku mahu kau tahu, aku rindu kau.

aku telah rindu kau sepuluh minit selepas kali terakhir kau melambai tinggal aku dari kotak kenderaanmu.

tapi lelaki egonya tinggi. jadi jangan harap aku mahu beritahu terus-terus, depan-depan padamu aku rindu kamu atau aku sayang kamu.

faham-faham sajalah.

:)

Friday, September 4

nak tanya ni.



kalian faham tak apa aku mencarut ni?

kalau tak faham buat-buatlah faham.

boleh? :)

Thursday, September 3

si kurung putih II.

pada hari-hari yang melintasi hidup,
pada setiap hembus hela nafasku,
dan pada takdir yang menapak selari dengan langkahku;

aku sembahkan rasa ini di hadapan setiap utusan angin.


kehadapan sang angin malam,
aku terlalu ingin bersamanya.
memihak kepada amarahnya.
merangkul kesetiaan kepadanya.
takkan aku siakan setiap detik pertemuan dengannya.
biarpun hanya seketita.
biar hanya dia ingin tinggalkan aku sendiri di kerusi itu,
biar hanya sepuluh minit sebelum kami bersama semula,
aku tak mahu itu.

aku terlalu ingin berdamping di sampingnya.
kerna aku sudah rasa bahagia di situ.

tolong bisikkan khabar ini ke dalam mimpinya.
selamat malam pari-pariku.

i'm single, let's mingle!

hidup tanpa awek terlalu sedap.
macam chocolate cake dengan topping ceri merah.
giur gila beb!

p/s: eh aku bukan jual mahal. cuma aku malas nak jual. :)

Wednesday, September 2

genap.


hey!
aku nak ucap terima kasih kepada para viewers yang rajin buka blog aku.
dah genap 15000 hits di blog aku.
jangan lupa untuk menjatuhkan komentar terulung anda di setiap entri aku tulis. :)

Tuesday, September 1

antiseptik september.

desinfeksi diri.
cegah infeksi renik mazmumah.
persistenkan amal, oksida segala mungkar.
absorpsikan ilmu fardhu di sekitaran.
biar wujud satu tindakbalas dengan litmus hati.
berhipotesiskan perubahan warna diri;
dari hitam bertukar kepada putih.

cubalah eksperimentasi sendiri. :)

dari mana mereka datang?