-

Friday, July 31

entri matang sikit.

dari apa yang aku lihat dan dengar, foreigner di negara kita bercakap dengan kadar desibel yang agak tinggi.
mereka riuh bercerita seperti berinteraksi dengan rakan yang sebatu jauhnya, tanpa menggunakan alat pembesar suara.
tak kira di panggung wayang, restoran ataupun di tempat awam yang lain.
orang kita tak macam itu pun.

apakah mereka terlalu selesa menghamburkan kata-kata di negara kita atau orang kita sendiri yang terlalu soft spoken?


p/s: walau otak kau dah westernized sekalipun, tapi hati tu biar lah ada semangat melayu beb!

Thursday, July 30

sarapan awal pagi.

rasa salah yang lalu masih memekik di gegendang hati.

esok, rasa itu akan aku lenyapkan. insyaAllah. :)

Tuesday, July 28

tasbih sang pari-pari.

mari terbang bersama aku.
kita lintas langit lentang.
berpegang pada sayap patah.
kita rebahkan segala raga.
jatuh ke pasiran halus.
dan tenanglah bersama aku.
berselimutkan ros merah.
damai selamanya.

Sunday, July 26

soalan sekolah rendah.

esok hari isnin.

asah pensel tajam-tajam guna pengasah bercermin. susun buku ikut jadual kelas besok ke dalam beg swan beroda. sediakan pemadam banyak-banyak untuk ditaruhkan sebagai cagaran lawan pemadam nanti. (pemadam bendera negara paling famous masa itu.) semak lengkapan alat tulis dalam kotak pensel power rangers bertingkat. baju tak perlu digosok sebab dah guna jenama cap canggih. oh, jangan lupa kasi kapur kasut putih-putih, sampai keras depan kasut itu sebab kapurnya terlebih tebal.
ok. terimbau memori malam hujung minggu zaman persekolahan kalian tak?

***

aku nak bagi kalian satu soalan.
soalan sekolah rendah mudah.
subjek matematik tahun enam.

ada sedia? hee.


satu tambah dua tambah tiga tambah empat tambah lima darab sifar.

selesaikan.


p/s: rakan-rakan yang aku pernah soal soalan ini sila berdiam diri. :)


Saturday, July 25

gila.

bila kau rindu aku, kau tengoklah bulan.
aku pun akan lihat sama.

walau kita berjauhan kita tetap pandang bulan yang serupa.
damai bukan?

Thursday, July 23

aku tanya, kalian jawab.

1. kalian tengok aku ini ada rupa seorang romeo tak?

2. aku nampak gemuk tak?

3. layout blog aku ini menyakitkan mata tak?


selamat mencuba! ;)

Wednesday, July 22

aku masih berhingus.


berderau.

epidermis saling tercium.
rasa ini janggal.
walhal aku macam suka ini.
uhh. tapi aku tak boleh.
aturan ini indah tapi caranya salah.
maaf.

tangkap basah.

fabregas dan ballack ditangkap basah ketika sedang beromantika di atas papan skate. :p



so sweet! haha.

Tuesday, July 21

erti rm58.


rm58 adalah harga untuk tengok orang jatuh-jatuh pondan di padang.
rm58 juga adalah pas mencarut dengan berhemah di khayalak ramai.
rm58 memang untuk beli kebosanan satu malam yang tak terhingga! huh.

Monday, July 20

aku perlu kamu.

makin hari makin suram aku rasa di blog ini.
komen berkurang. chatbox tak bergerak.
tapi viewers blog ini ada saja.
kepada para silent readers, aku minta jasa baik kalian untuk memberi sebarang komen di setiap entri aku.
aku rasa seperti aku tertogel di tengah keramaian.
ada orang lihat aku tapi aku tak tahu siapa mereka.

jadi tolong, meriahkan blog ini seboleh mungkin. aha. :D

Sunday, July 19

sinopsis sinikal.

nafas terhela di titik mula.
aku celik mata, lihat dunia.
indah alam ini aku kata.
tak tahu lagi bahana durjananya.

lalu aku menjalar dewasa dengan konflik jiwa.

diasuh supaya tahu tunjukpilih haluan.
diasah mindaku untuk suluh masa depan.
agar aku kenal susu dan santan.
biar aku telus tahu erti kehidupan.

tapi aku ini orangnya lalai.
sudah banyak tanggungan aku abai.
aku makin tenggelam dalam ramai.
fikiran aku dah terburai.

jelasnya, aku masih lagi dangkal.


p/s: teka apa aku jumpa dalam kocek sweater aku? aha. ini dia.
keychain ini aku hilangkan setahun yang lepas. separuh lagi ada pada dye. mati-mati aku ingat dah lenyap. :P

Saturday, July 18

si gemuk vs si cantik.




aku pergi ke shout! award semalam.
ok. bila si gemuk, hitam dan masam itu perform, aku tak tengok pun.
bukan tak teruja tengok budak boroi tu atas pentas,
tapi aku lihat marion lagi menarik perhatian aku.

maaflah sean kingston. u're not my type. haha.





p/s : sean kingston macam snorlax. ketiak sangat masam. tapi tak apa lah, bukan selalu dapat bau ketiak masam dia kan. :P

Friday, July 17

shout!



aku dapat tiket percuma untuk ke shout! award 2009.
terima kasih kepada pesawat yang bermurah hati sedekah aku tiket satu.
aku cuma tahu lagi mirage saja. tapi dah jadi fan dia di facebook.
tak mengapa kan? aku suka mirage. aha.

esok kalian jangan lupa tonton 8tv, mana tahu kut2 nampak aku sedang terkinja-kinja di situ. :P


p/s: kalian patut tonton video clip mirage. ada 'hsb' di situ!

Thursday, July 16

perindu futsal challenge.


kepada kawan-kawan uitm yang aku sayang,
aku di sini wakil jpk perindu nak ajak kalian join tournament ini.
ada apa-apa hal contact aku ok.
klik pada poster untuk view yang lebih jelas.

Wednesday, July 15

bangun pagi gosok gigi.


awal pagi aku dah bangun.

pukul 7.30am aku mandi.
sejuk sampai ke tulang kut.
biasalah, tak biasa mandi awal pagi. :P

oh, hari ini aku ada kelas pagi.
so terpaksalah bangun awal nak mati.

sungguh gigih mamat ini bangun awal.
bersiap untuk ke sekolah.
tengok checklist apa yang perlu dibawa ke kelas.
dan tak lupa untuk menyebur sedikit parfum,
dengan harapan ada minah hot tergoda nanti. haha.

aku sampai awal pagi tadi.
sangkaan aku meleset. tiada minah hot nampaknya.
lemah semangat untuk belajar.
aku tunggu cikgu masuk.
dia lambat.
tak sabar-sabar nak belajar ini.
dulu aku gagal, tapi sekarang aku bertekad dapat A.
atau mungkin sekadar lulus pun ok lah. :P

setibanya cikgu masuk, semangat aku menjunam terjunam.
en rashit. dia yang masuk.
shit. kenapa dia yang masuk?
ramai students tak suka dia.
tapi tak apalah, belajar saja.
mana tahu nanti-nanti aku ok dengan dia.

haihh.
memang aku tak suka dia.
aku cuma gelak dalam hati apabila dia berlawak di hadapan.
bukan aku tertawa kerana lawaknya, tapi sebab lawak yang tak jadi.
aku rasa dia masa kecil-kecil selalu dibuli.
terpinggir. selalu dijadikan bahan ketawa.
masa kecilnya banyak dihabiskan dengan bersendirian.
mungkin dia ada sebilangan kawan-kawan yang lemah.
dia juga nampak selesa dengan perempuan.
mungkin dia membesar dalam kalangan perempuan.
boleh digelar romeo. romeo kecil-kecilan.
sekarang umur dia dah separuh abad.
rambut lusuh. misai pun lusuh.
tapi kesan dari riwayat kecilnya masih tampak jelas.
aku kasihan dengan kau cikgu.

tak mengapa, aku janji aku mahu belajar bersungguh-sungguh.
aku mahu jadi anak murid kesayanganmu kelak.
haha. :D

Tuesday, July 14

esok aku sekolah.


malas mahu ke kelas esok.

dah la awal pagi.
entah bangun entah tidak.
harap-harap lah ramai minah hot.
see, niat pun dah tak betul.
macam mana lah nak ada berkat belajar. aha.

hmm. aku perlu tidur awal lah.
selamat malam kalian! :)

Monday, July 13

gallop.


hati mahu, tapi naluri ini yang halang.

aku berhenti menapak.
bimbang kalau-kalau hari esok mendung.
risau langkah laku aku sumbang.
aku khuatir dengan tamparan realiti.
dan takut juga simpulan ini terlerai.

aku bimbang.
aku risau.
aku khuatir.
dan aku takut.

Sunday, July 12

shabab's birthday.


hari ini birthday babab.

kalian semua harus wish beliau.
siapa-siapa yang tak wish beliau aku sumpah dia jadi proton juara warna pink.

siap ar lu kalau lu degil.

takut tak? haha.

sedarkan aku untuk kali terakhir.


pagi tadi aku mimpi kau lagi.

aku lihat kau melangkah dengan penuh kesantunan.
semakin lama semakin jauh. sayup.
kau senyum.
seolah-olah sedang menuju satu taman damai yang paling indah.
dan di situ kau ketemu sang putera, lalu dia pimpin kau menikmati ketenangan taman itu.
ritma bahagia beralun di setiap erat jemari yang tergenggam.
romantis.

ah, mungkin itu mimpi terakhir tentang kau.
atau, mungkin juga kau akan kembali semula nanti,
tetapi kau muncul sebagai mimpi ngeri yang tak sudah.

Friday, July 10

sekali lagi.


sangkut.

masih diploma.
satu semester lagi.
satu subjek lagi.
masa lapang banyak lagi.
dan kita enjoy lagi.

diploma forever, and ever.

chill la weh!


ada orang kata masa itu emas.

ada orang juga kata masa tak boleh dibeli.

tapi aku sendiri pula kata emas boleh dibeli.

so how lah?


***

kerja aku hari ini, melepak.
result supplement paper belum keluar, jadi aku tak boleh masuk ke kelas lagi.
pls don't blame me for that. aku bosan tahap dewa di bilik ini.

12.00p.m. - lunch bersama engku, ungku, dan ekin. (mereka adalah asas kepada tungku kaki tiga yang selalu digunakan dalam makmal)

2.00p.m. - minum air sampai kembung perut bersama shakira, tya, radzi, sufiza, iylia, dan hatta.

9.00p.m .- dinner 'famili angkat' di klang. nama restoran itu persis nama duda mak - afnan. kami makan bersila di situ.

11.30p.m. - minum cham di pakli. main tipu sampai bosan. riak dan takbur si shakira berulang kembali.

2.30a.m. - pulang jua akhirnya. :)


***

aku kenal mamat ni melalui radzi, pertama kali bersua di bintang sidewalk.
kami ramai-ramai gelak ketawa buat lawak bangang.
masa itu aku tak sedar mamat ni rupanya bapak famous.
balik dari situ barulah tya beritahu mamat ni fashion designer yang sohor-sohor juga di malaysia.
rasa bersalah juga aku bagi teka-teki bodoh mengenakan beliau. haha.
oh, beliau ialah hatta dolmat.

ini beliau.



***

aku tunjuk gambar aku bersama engku pada tya dan sha.
gambar itu kami snap semasa lunch tadi.
mereka cakap kami seperti adik beradik.
oh makcik ini dua tahun lebih TUA dari aku.



i don't think so lah!


***


masa itu emas. namun bukanlah seperti emas biasa. tiada harga untuknya, namun kehilangannya boleh buat kita rasa rugi selamanya.
orang kata masa itu tak boleh dibeli. tapi sebenarnya boleh, jika kalian tahu caranya dan kalian bijak menghargainya.

dan itu aku yang cakap selepas orang lain cakap.


suka hati aku lah nak cakap apa pun. chill la weh!

Thursday, July 9

wad tingkat satu, katil sebelas.


klimaks. mudah sekali.

cairan nikmat itu melulu masuk mencari pasangannya.
telur betina itu tertunggu-tunggu.
menanti lamaran sang jantan.
ditakdirkan mereka bertemu di satu lorong.
jutaan berudu mikro yang datang menghampiri.
telur itu hanya pilih satu. mungkin yang paling gatal.
maka sang jantan bertuah itu dijemput masuk.
lalu mereka bercampur.
bersatu jadi satu.

namun, tak semudah yang disangka.
hakikinya campuran itu terlarang.
caranya juga salah. menyimpang dari hukum.
namun begitu hasilnya tak bersalah langsung.
hasil itu merupakan zuriat yg suci, terbit dari corong terlaknat.
aku kasihan pada jasad kecil itu, bakal didewasakan tanpa si bapa.
patutlah lapan purnama sahaja di rahim.
tak tertahan menahan hangat dosa sepanjang ia bernyawa di situ.
rimas panas.

aku lihat ia. aku renung ia puas-puas.
bayi lelaki itu cukup sempurna fizikal.
hidungnya sama seperti ibunya.
aku lihat ibunya pula. lemah.
jelas dia penat melawan maut sedang jasad baru itu ingin keluar malam kelmarin.
raut mukanya bercampur-baur.
melankolik jiwanya.
mungkin gembira kerana zuriat baru terlahir.
dan mungkin sedih kecewa bapa kandung bayi itu menafikan tanggungjawabnya.
terfikir pula aku, bayi itu diazankan oleh siapa?
atau kalimah mulia itu tak berkumandangkah tatkala ia menghela nafas pertama?

aku renung jasad kecil itu lagi.
masa depan ia tampak kabur.
ibu muda itu belum sedia untuk menerima kehadiran zuriat itu.
tanggungan itu tak tertanggung sebenarnya.
si bapa lari, si ibu berdikari.
dan si anak bakal membesar sendiri.

hati aku masih sayu.
aku harap dia membesar dengan sempurna.
kelak dia harus jadi insan mulia.
berbakti kepada yang perlu.
berjasa kepada yang yang pernah berjasa kepadanya.
dan aku juga tahu, satu hari nanti dia akan mula menjejak asalnya.
dia akan merasakan sesuatu yang kurang dalam hidupnya,
bila dia membesar dalam kelompok yang normal usulnya.
dan dia juga pasti akan mencari kebenaran yang pasti akan dikaburkan oleh ibunya nanti.
jadi aku harap dia boleh hadapi itu.
aku betul-betul harap dia boleh.
kerana aku sudah nampak hakikat itu bakal menghempap dirinya, yang aku sendiri tak tertanggung untuk lihat dia begitu pada saat dan situasi itu.


p/s: ada orang famous called aku petang tadi. terharu rasanya. hehe. oh2, terima kasih juga buat kalian yang sudi membaca blog aku. dah mencecah 10,000 pelawat di sini. terima kasih sekali lagi :)

Tuesday, July 7

ringkasan hariku.


1. aku lunch dengan minah yang aku selalu usha dengan shabab dalam kelas. sayangnya shabab tak ada tadi.
mungkin dia akan jealous.

2. tya call aku siang tadi, tanya pasal result supplement paper. esok kut keluar. aku tak tahu. risau juga lah rasanya.

3. aku text shabab beritahu dia aku lepak dengan minah tu. jelas dan nyata dia jealous.

4. bila aku bosan, aku main fifa09. manager mode, dah sampai tahun 2013. masa itu kaka dah retired dan cr7 memang dah mengalami zaman kejatuhan beliau.

5. ada orang fogging petang tadi. aku tutup pintu bilik. buka kipas kuat-kuat. duduk depan laptop. tutup hidung.

6. malam tadi aku lepak dengan shakira, taufiq dan budin di pak li. budin study di canada. beliau sedang bercuti. oh, shakira masih stim tengok dia walaupun aku dah bosan berborak di situ.

7. shakira mahu lepak lagi. idea pertama mahu tengok perut am menari di court futsal. malangnya, dia tak main pula. jadi kami ke dataran. lepak kat situ sambil main speed. beliau sudah ada improvement. oh beliau sangatlah riak dan takbur.

8. aku dapat berita gembira sebentar tadi. tapi aku disuruh buat-buat tak tahu dahulu. jadi apa berita gembira itu? aku tak tahu.

9. aku tegur dye di facebook tadi. tanya khabar dia. dia cakap dia happy. dia sudah berbaik dengan koe semula. bagus lah. aku tumpang gembira untuk dia. aku harap dia tanya aku semula, tapi dia tak tanya. aku dah sediakan jawapan untuk soalan yang tak tertanyakan itu. aku pun happy juga.

10. aku ada berbaik dengan seorang perempuan ini, aku panggil dia as. aku selalu call dia bila aku bosan. lama-lama aku rasa aku menjadi seseorang yang sangat desperate. jadi aku rasa aku perlu kurangkan aktiviti tersebut.

11. hari ini ulangtahun hari kelahiran nadrah hassan. oh dia orang famous kuantan. single, cantik dan pandai mengait. memang aku suka promote kawan-kawan aku di sini.

12. bercakap tentang promote, silalah melawat blog ini. tuan punya blog sedih tak ada orang comment blog beliau. aku tak suka tengok kawan-kawan aku sedih. jadi tolong comment demi kesejahteraan beliau ok.

13. aku cirit-birit hari ini. malu nak cakap awal-awal. kalau dah akhir-akhir ni aku rasa macam tak ada orang nak baca sangat sebab dah bosan membaca fakta-fakta di atas. baru tak segan sangat bila tak ramai baca part ini.


p/s: aku menulis entri ini dengan penuh tak ada perasaan. sebab apa eh? lu pikir lah sendiri.

Monday, July 6

mari membazir.


amaran.
ini bukan iklan PAUL SMITH.


nampak?
ini namanya pembaziran.
kalian jangan jadi macam aku.
tak ada duit tapi tetap membazir.
bertambah lah geng-geng alam halus aku.
haihh.

tapi aku kisah apa.
yang penting aku suka ini!
ho-yeah!

Sunday, July 5

emosi saban malam.


hari makin gelap.

malam hampir tiba.
emosi aku gila meroyan.

aku pakai selimut malam.
katup semua emosi.
tutup segala tingkap fikiran.
kasi kosong awan angan sebelum tidur.
gelombang jiwa pun dipecah halus.
akalan sumbang ternafikan.
biar aku baring pada graviti sifar.
biar bebas jasad aku berdengkur.
apungkan aku setinggi mungkin.

mimpi indah,
sila tiduri aku.
biar aku tidur lena malam ini.


p/s: selamat beradu kalian! :)

Saturday, July 4

menggoda.


makcik mata sepet
ni dah ada blog.

kalian rajin-rajin lah jenguk ya. :)

tergoda
nostalgic gila beb! haha.


Friday, July 3

hati yang terluluh.


❝wahai sang cinta, aku lepaskan kau jauh-jauh. kembali jika kau perlukan nafas aku, pergi jika kau temui nafas baru. aku nantikan kau di sini.❞



Thursday, July 2

lupa nak beritahu.


rambut aku dah pendek!


tak mahu gunting tapi terpaksa.
bila lah aku nak habis belajar. hmm.



Wednesday, July 1

cerita dalam van Vanette.

cerita ini aku tulis berdasarkan sejarah hidup aku sendiri.
sila baca dengan teliti.


tempat : indera mahkota 5.
tarikh : 1 syawal 1429.

ok. ini hari raya pertama. aku di kuantan seorang.
famili aku di sabah. jadi, aku beraya dengan adik-beradik abah aku.
pagi itu, sesudah solat sunat aidilfitri, kami beraya di rumah saudara di indera mahkota 8.
lama juga di situ.

selepas itu,
kami solat zuhur di masjid im1.
di situ, terdetik dalam hati aku untuk beraya di rumah F (bukan nama sebenar).
rumah beliau di im5. besar macam muzium.
aku hantar pesanan ringkas bertanyakan beliau di mana.

ok, set. dia ada di rumah.

tanpa segan-silunya, kami mengadakan rombongan Cik Kiah ke rumah beliau menaiki van Vanette.
penuh satu van. sardin cap ayam.
setibanya di situ, mak cik aku tiba-tiba mahu pulang. dia segan.
aku dah cakap rumah beliau besar.
kami berhenti jauh sedikit sebab segan-sampai-nak-kambus-kepala-dalam-tanah.

abah dia keluar. panggil kami masuk.
ah. tak boleh lari dah.
terpaksa masuk.

tergedek-gedek kami melangkah masuk rumah itu.
naik tangga baru jumpa ruang tamu.
kagum.
labuhkan pinggul di atas sofa empuk. ruang tamu terisi dua penghawa dingin.
dua kali kagum.
duduk di situ lihat keliling. ada gambar famili F dengan sultan pahang.
sumpah kagum.

ok. ini dah sampai klimaks cerita. (aku tahu kalian dah bosan)

anak makcik aku, azri ada hajat besar untuk disempurnakan.
merengek dia kepada makcik aku. oh dia baru 6 tahun.
maka makcik aku ni bawalah azri ke jamban muzium itu.

pakcik aku, segan-segan berborak kosong dengan abah F.
tak tahu nak cakap apa. cuma mengiyakan apa yang abah F kata.

azri selesai berhajat. makcik aku membawanya ke ruang tamu berhawa dingin itu semula.
dia tersenyum. seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
lantak lah. aku teguk air guava yang tersedia di depan aku.
(hari raya yang lepas pun air itu juga aku minum di situ).

masanya sudah tiba.
kami berangkat pulang.

dalam van Vanette itu, makcik aku meluahkan rasa kagumnya.
dijangka awal oleh aku tentang ini. tapi tak terjangka pula dia akan terus call abah aku di sabah.
dia cerita rombongan kami ke situ.

berikut adalah perbualan mereka di telefon:

makcik yang kagum : long, kau tau tak tadi kitorang pergi rumah bakal menantu kau?
abah yang cool : siapa pula menantu aku ni? pergi mana tadi?
makcik yang kagum : tadi la, pergi rumah kawan wafi di im5. besar gila tu rumah dia. macam muzium!
abah yang cool : ohh. apa yang best sgt nya?
makcik yang kagum : tadi aku bawa azri pergi buang air kat rumah tu. toilet dia ada aircond
abah yang cool : (nada selamba) laa. toilet kat Megamall pun ada aircond.
makcik yang kagum : ...

maka kami pun gelak macam hantu lah dalam van Vanette itu. sumpah tak tipu. :P

dari mana mereka datang?